Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup

Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup



ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat yang berkat untuk semua nya, sekarang ni dah masuk bulan syaaban makna nya tak lama lagi ramadhan , sekejab saja masa berlalu, tak sempat nak buat itu ini dari sehari ke sehari sedar2 dah malam kan ADUH GIMANA YA...

HARI ni kak noor nak kongsikan resepi karipap pusing yang hari2 kak Noor dapat tempahan ni, sampai tak menang tangan nak buat. kejab2 ada WA utk karipap ni, resepi ni kak Noor intai dari  siapa lagi kalau bukan dari blog SHEILA SPICES TU, untuk SHEILA izinkan Kak Noor kongsikan di blog kakak jugak ya, memang sedap dan terangkat, fedback dari pelanggan memang memberangsangkan.




BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...





BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
 

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.




NAH !!!!!  kalau ada yang nak mengintai jugak ambil lah sorang satu atau sorang dua ke, jangan malu2 tau heee, jom ngopi time ni boleh santai2 depan tv 104 tengok AISYITERU heee
SESEKALI layan sinetron ni best gak kan..


60 comments:

  1. arghh..!!!! ni sangat menggoda...nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah try nanti Nita In Shaa Allah pasti menjadi tu

      Delete
  2. Alamak!!.. Cheq terlioq laa Kak Noor cayang.. Achaner??.. Mai sepirinn.. ;)

    Alhamdulillah knoor.. Saya tumpang gembira.. Moga biz knoor makin maju.. Saya doakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma Aamiin Shiela
      kadang sampai tak dan nak buat lah
      kalau dengan karipap pusing ni

      Delete
  3. suka karipap pusing..
    nak buatnya jerk yg bercinta sikit..huhuhu
    terliurrrr jerk nengok karipap pusing akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor kalau orang order baru tumpang makan Mas kalau tak memang malas jugak heee

      Delete
  4. Kalau saya tempah karipap juga sudah tentulah kak noor kena tambah kaki tangan sebab sekarang pun dah tak cukup tangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa Amie bab nak kena tambah tu lah payah sikit tu, susah beno nak cari kaki tangan yang betul2 kaki dan tangan heee

      Delete
  5. Salam kak noor..lama dh x mengaripap ni...makan semua mau..kalau ada dekat blh join skli ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumusalam Sury, sayangkan kalau tak mesti hari-hari boleh join makan2

      Delete
  6. kak noor zila x ckup seketui kak..dapnye..lama x buat ni..

    ReplyDelete
  7. Kak nor..seyess kecur mati..tp dh beli td siang kt psr mlm..he heee akk mmg rajin tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha rajain lah sangat Zila tapi rasa nya tak jugak lah rajin tu

      Delete
  8. salam kak..

    cantiknya karipap pusing tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wana pun boleh buat secantik ni kalau selalu praktis lah

      Delete
  9. waduh cantiknye kak noor karipap pusing kaknoor wat nih..mmg cun sehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc Ina tak buat je tu kan, kalau buat mesti lebih hebat lagi rasa nya

      Delete
  10. Salam Kak Noor, kakpb tak pandai buat karipap pusing. Dah beberapa kali fail je, sedih. Nak cuba juga nanti bila hati dah tak merajuk. Kakak kakpb pandai buat karipap pusing, senang je tengok. Bila sendiri buat, berpeloh. Makan je taunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. karipap pusing kena selalu praktis kakpb, saya dulu pun memang agka frust sebab tak menjadi, tapi tak putus asa cuba dan cuba lagi in syaa Allah mesti jadi jugak suatu hari nanti

      Delete
  11. tgk pon tau dh karipap ni mesti sedap..rajin2 nti bleh la try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahai kalau QH buat mesti karipap jadi tomey macam QH jugak hehee

      Delete
  12. salm kak noor mintak izin nak salin resepi yer..nak cuba buat hehhe .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan dear memang letak kat sini nak suruh kongsi tu dah izinkan dan halal

      Delete
  13. mmg cantiklalapisannnya..kak noor:)

    ReplyDelete
  14. salam kak noor..
    saya nak test resepi ni ye..
    budak baru nak belajar memasak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan test dear, kaknoor pun kalau dpt test U punya karipap lagi best kan

      Delete
  15. Trima kasih Kak Noor - i kat Australia ni, homesick sangat. Nasib baik saya jumpa resepi ini - saya akan buat minggu depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiii mesti rindu nak makan makanan kita lah ni kann

      Delete
  16. wahhh bole cube niw kak..suami suke karipap niw..hihi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang suami suke mesti jadi selalu buat dear cikna kannn

      Delete
  17. Dh try.gebu kulit dia...Wlaupn rupa x cntik,jnji sedap.hihii
    Almaklum la,bru 1st time

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cantik masa first time tu biasa lah Mimie, in shaa Allah lama2 oklah tu

      Delete
  18. Salam kak nor. Minta izin share resepi. Saya dah buat karipap pusing ni tapi tak nampak corak pusingnya. Apamrahsianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam warahmatullah dear Masmerah
      takdelah rahsia apa pun, mungkin adunan tu terlalu lembut
      kena try dan try in Shaa Allah akan jadi tu

      Delete
  19. dah cuba resipi org lain, tapi tak menjadi pun. minta izin share resipi ni plak. moga2 berjaya kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in Syaa Allah menjadi dear kalau first time tak jadi memang biasa lah, tapi lama2 bila kita dah pandai agak kelembutan dan kekerasan karipap tu akan jadi in shaa Allah

      Delete
  20. salam kak,dah cuba resepi nie.tapi bile goreng terbuka la pusingan nyer..ape2 pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terlalu nipis bila Zana gelek tu, dan kalau suka boleh jugak lapiskan adunan, maksudnya sediakan lebihan adunan yang bercampur minyak tu utk bahagian dalam nya, tapi kena gelek nipis lah letakkan bahagian dalam nya, tapi kalau dah tebal tak perlu lagi

      Delete
  21. Replies
    1. kalau intinya sedap memang sedap lah in shaa Allah

      Delete
  22. As salam kak, mohon share resepi yer, nnti nak cuba. Thnxs

    ReplyDelete
  23. I've never made this before but your tempting pictures and simple dough recipe made me try it out.....wallaaa....it's working and so yummy!!! Thamks you so much for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear you must to make it one fine day hehe

      Delete
  24. Slm..k.nor.. saya nknbertanye kerana tidak.berapa.jelas.. apa maksud k.nor dgn k.nor guna 2 utk buat karipap pusing sb k.nor nk.buat bentuk.bulat.. mcmner cara nk.gelek.aupaya 2 potongantu beraatu jadi 1 . Satulg.. k.nor kata karipap k.nor bulat.. saya nampak xbulat pun..atau apa maksud k.nor dgn bulat tu.. maaf k.nor..saya baru belajar.. tolong tunjuk ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. disini resepi yang karipap bulat tu Fida sbb kaknoor hanya copy paste je dari yang asal memang karipap biasa lah, lepas tu dah pandai sikit try buat yang bulat lagi

      http://nooriahnaim.blogspot.com/2016/11/karipap-pusing-bulat-paste-kacang-hitam.html

      Delete
  25. sedapnya kak..kita suka karipap pusing dari karipap biasa..bleh try nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan try Liza mesti sedap dan ranggup ni

      Delete
  26. Canteknya tekstur karipap pusing Kak Noor! Excited saya tengok!

    ReplyDelete
  27. Apa khabar Puan Noor, saya orang Malaysia berasal dari Kuala Lumpur tapi sudah berhijrah ke Melbourne, Australia hampir 10 tahun dah. Suami orang putih Australia saya gemar makanan pedas terutamanya yang ada kentang. I'm his wife and potato is his mistress. Hahaha. Dah lama saya tak buat curry puffs so bila saya nampak resipi puan, saya terus tulis bahan-bahan dan method membuatnya. My husband loves the curry puffs very much and we both thank you for so kindly sharing all the gorgeous recipes with all your readers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor baik je Ann, terimkasih sudi mencuba resepi kaknoor ya
      Sorry lambat respond kat sini ya
      Apa pun thanks ya Ann

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home