Nasi Kerabu Azie Kelantan Yang Menyelerakan

Nasi Kerabu Azie Kelantan Yang Menyelerakan



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua adik2 blogger semua, semoga semua nya sihat walafiat disamping apa jua tugasan kita.
SEBENARNYA nasi kerabu ni dah seminggu lebih kot kak Noor buat tapi disebabkan kesibukan dan tuntutan masa jadi tak dapat nak mengupdate kan resepi ni, pagi ni agak santai, dapatlah menulis sikit, nasi ni sebenarnya emergency akak buat sebab mak labu kat rumah ni teringin nak makan, kesian jugak kan, semua bahan2 90% dah ada jadi bersilat lah pagi dua tiga jam jugak sebab semua nya buat masa tu jugak hahaaa, sampai ber faluh2 membuat nasi ni tapi berbaloiii sangat, sebab mak labu kata SEDAP SEDAP SEDAP  hahaaa oklah tu dah lepas tanggungjawab akak, dan tak kurang jugak si tukang masak pun bertambah2 jugak makan nya.

NASI KERABU  ni akak intai dari blog AZIE KITCHEN rasa nya DARI DAPUR MADIHAA jugak dah mencuba resepi ni memang lazat dan sedap, jadi untuk kedua2 blogger ni izinkan kak noor letakan resepi anda di blog kak noor jugak ya untuk rujukan anak di masa ketiadaan kita nanti, sebab masa ni memang anak2 malas nak buat sebab tersangat banyak songeh nya, tapi berbaloii " kesongehan" nasi kerabu ni sedap lazat menyelerakan dan semua yang indah2 ada pada nasi kerabu ni.





Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Di rumah kak Noor tersangat banyak bunga telang tu maka nya hampir 20 kuntum bunga telang jadi sasaran untuk nasi kerabu ni.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Mula nya teragak2 jugak nak masukan budu dalam kuah tumis ni sebab sebelum ni akak belum pernah makan, tapi budu memang standbye beli lagipun dah terjumpa kat supermarket, rhope nye sedap budu ni aduiii dah terlambat umur dah lima series baru nak merasa budu rogi besor tu kan adik2 akak semua...


 
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Kuah tumis kak noor agak kureng naik minyak sebab 2,3 jam berkuntau kat dapur memang tak sempat nak naik minyak kan...


Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.





Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 


Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin takde stok la pulak tapi rasa nya dah meriah jugak tu...
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar daging masih beku malas dah proses
Daging goreng atau ayam goreng hanya ikan rebus goreng je
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk pun takde
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.



Resepi Solok Lada ni akak sekodeng di blog AMIE 'S LITTLE KITCHEN  thanks Amie ya, tapi akak guna capsicum sebab hanya itu yang ada stok kat rumah, izinkan akak letak resepi kat blog akak jugak dah harap halal kan  heee :)

Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) - belah dan buang biji 
1 cawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2 ekor ikan kembung saiz besar - ambil isi sahaja
sedikit garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada. 
4. Kukus hingga masak.




Siapa yang belum mencuba nasi kerabu ni teramat lah rugi nya tau, rajinkan diri, untuk lebih santai kita kena buat sedikit demi sedikit, sehari lebih awal lebih mudah, jadi tak lah jadi lipas kudong seharian kat dapur 
MENGERJAKAN
Nasi Kerabu ni...

SELAMAT MENJAMU MATA WAHAI ADIK2 AKAK SEKELIAN.

24 comments:

  1. Kebetulan, kakcik belum bersarapan ni... Lapo 'giler' jadinya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak cik meh lah sini kerusi dah ada standbye kat luaw tu jom lah kita menggiler dgn nasi ni heee

      Delete
  2. assalamualaikum kak noor amboi..zila lum sarapan lagi ni..lapar perut tengok..

    ReplyDelete
  3. hihi.. kreative akak, buat solok guna capsicum.. sedap x? ezzah org klate, budu mmg awesome..:)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Kak Noor. Tak menahan kakak tengok. Macam-macam pulak tu lauk-pauknya. Rajin betullah Kak Nor. Kalau kakak dah ada ulam-ulam dan nasi aje dah sedap ini kan pula macam ini meriah lauknya... berkendurilah makan macam ini:)

    ReplyDelete
  5. salam kak noor..

    saya ni penggemar nasi kerabu..suka sangat makan nasi ni.selalu dapat makan time bulan posa ja sebab time tu banyak orang semenanjung yang jual..kat sini susah nak dapatkan nasi kerabu..hanya ditempat tertentu saja.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak Noor, sedapnya set nasi kerabu kak NOOR ni.Entah bila la nk mencuba.Malu pulak rasanya org Kelantan tak pernah wat sendiri nasi kerabu huhu..Selalu main beli ajer sebab anak2 tak suka..banyak sayur katanya

    ReplyDelete
  7. amboi orang brunei bersantap nasi kerabu ya... terliur pulak saya... yang dalam capsicum tu apa kak? solok ke?

    ReplyDelete
  8. Aslmkum k.Noor
    dtg jamu mata dg nasi kerabu k.Noor.kalau nasi kerabu mmg favorit sy....sedappp. K.Noor baru cuba mkn budu....mmg sedapp ..penambah selera..hi...hi..

    ReplyDelete
  9. Laparnya tengok Nasi ekrabu... saya memang suka sangat nasi kerabu ni... ada budu perghh... ada telur masin lagi perghhh....

    ReplyDelete
  10. Waaaa Kak Noor.... siap ada bunga purple tu lagi... susah tau nak dapat pewarna sali dari bunga tu sekarang

    ReplyDelete
  11. aduh kak noor...
    meleleh air liur sy tengok nasi kerabu akak pepagi ni... kalau kat kelantan senang jumpa org jual nasi kerabu utk sarapan.. kat sini harapkan pasar mlm jelah.. itu pun belum tentu sedap..

    ReplyDelete
  12. Ermmm...teringin sangat nak mkn nasi kerabu...kak noorboleh buatkan satu lagi tak?

    ReplyDelete
  13. salam kak.noor..
    lengkap aksesori nasi kerabu akak... nih klu ada depan mata mau bertambah tiga pat kali.. sedappp

    ReplyDelete
  14. Kita pun dah pernh cuba buat guna resepi ni..mmg enak mbanget

    ReplyDelete
  15. As salam. Ambooi Kak Noor, meriahnya nasi kerabu tu. terus terasa nak makan nasi kerabu. Saya tertinggal ketapi ni, tu yg baru smp ke Brunei

    ReplyDelete
  16. honestly, presentation akak menarik sangat. terima kasih for the information.the pictures are marvelous.

    ReplyDelete
  17. Wah rasa nk try buat, biasa mak je, sy ore klate mmg sukoo sgt kak.

    ReplyDelete
  18. Ni utk mkn berapa org?

    ReplyDelete
  19. Dah lama akak tak buat nasi kerabu.Sedapnya...Kalau ada kerajinan esok nak buat lah...

    ReplyDelete
  20. Salam kak nor..best ye nasi kerabu kak nor...telan air liur sy mlm2 ni...hihihi.entri kak nor mmg menarik...lengkap semua..

    ReplyDelete
  21. Assalamu'alaikum...maaf tumpang lalu..kalau sesape yang tinggal kat area KL atau sungai besi boleh singgah kt gerai cek na.gerai dia betol2 kat depan traffic light nak masuk flat tasik selatan..bertentangan dengan apartment tasik heigh..nasi kerabu dia memang marveles!memang cukup rasa.

    ReplyDelete
  22. Salam kak noor.
    Sedapnyer resepi nasi kerabu ni. Terima kasih kak noor sudi berkongsi resepi ni:-)
    Sesiapa yang sedang mencari supplement untuk anak2 dan family, jemputlah melawat blog saya ni ye.
    www.vitamin4mama.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Salam kak noor.
    Sedapnyer resepi nasi kerabu ni. Terima kasih kak noor sudi berkongsi resepi ni:-)
    Sesiapa yang sedang mencari supplement untuk anak2 dan family, jemputlah melawat blog saya ni ye.
    www.vitamin4mama.blogspot.com

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home