Florentine Cookies ~ Crispy Almond SEDAP SEDAP SANGAT.

Florentine Cookies ~ Crispy Almond SEDAP SEDAP SANGAT.




ASSALAMULAIKUM dan selamat petang pada sesiapa saja yang sudi singgah di blog kak Noor, kebizian yang melampau dengan macam-macam tugasan, membuatkan kak Noor masak yang ala-ala simple-dimple je hari ni, sebenarnya dah berbulan jugak simpan tepung florenta tu dalam petiais sebab takut tak ok kalau simpan di luar, kebetulan masa ke Singapore baru ni singgah KL, sempat lah ke BAGUS ternampak tepung florenta ni, terus tangkap 2 peket je pun hahahaha, ALHAMDULILLAH baru hari ni dapat membuatnya walaupun sebenarnya simple sangat cara nak buat florentine cookies ni.



LAGIPUN bahan-bahan semua dah ada nak dengan tak nak saja nak buat cookies ni, bahan-bahan memang dah stok banyak kat rumah al maklum kalau ada yang mengorder apa-apa senang takyah kelamkabut ke kedai segala, lagipun kalau barangan kering memang tahan disimpan, adus berceloteh lah pulak maktok ni kan.. jom tengok resepi yang sangat sangat mudah ni..

Bahan-bahannya

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci 
20 gm bijan ( putih + hitam )

Cara membuatnya.
1. Badam dan kuaci di panggang sekejab dalam oven pada suhu 160'C selama 5 - 10 minit
2. Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Sebenarnya boleh jugak kita bakar dalam loyang, tapi kak noor masukan dalam dulang muffin yang ada 12 lubang tu, sebab kurang rajin nak potong masa panas-panas tu ..
4. Bakarlah pada suhu 160'C selama 10 - 15 minit.
5. Dah siap florenta cookies ni sedapppp sangat haha

KAK NOOR memang suka apa saja yang berunsurkan kekacang ni, tambahan yang ni ranggup adussss, kalau dah habis pasti nak buat lagi sebab tepung masih berbaki heee




10 comments:

  1. senangnya kak nor... ingatkan susah la nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sngt Jue,tapi mesti ada campuran tepung florenta tu lah, mmg hebat tepung tu kan..

      Delete
    2. Assalamualaikum kak noor. nak tanya,kak noor pakai dulang muffin tu alas dengan baking paper x?

      Delete
  2. Replies
    1. sangat sedap Bbwana, akak sngat LIKE LIKE LIKE :)

      Delete
  3. Sedap kak Noor... skrg ni tgh musim 'menatang' ni... saya baru je makan dua hari lepas... kawan kasi.... kat sini 1 kg RM100.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye Sweetie, benda sedap mmg mahaiii lah kan, lagipun barangnya kualiti dan sangat mahaiii hahaa tapi dah nak makan on saaja lahhh

      Delete
  4. sedap..sedap sangat tu kak noor...

    ReplyDelete
  5. yg ni mmeg sedap .. but setuju rega brg2 nyer mahai sikit kan !

    ReplyDelete
  6. di mna nak cri tepung florenta tu kat Brunei...??

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home