Butter Prawn layan selera anak-anak

Butter Prawn layan selera anak-anak


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang untuk semua adik-adik kak Noor dan pengunjung yang sudi meluangkan masa bertandang di blog yang suam-suam kuku ini, kejab ada kejab hilang macam biskut, kesuntukan masa dengan macam-macam tugas membuatkan takde ruang langsung untuk melawat blog sendiri apa lagi blog kenkawan, sorry dorry  ya, tambahan pulak sekarang ni, semua anak-anak UK balik bercuti di rumah, jadi full house lah rumah, apa lagi meja makan pun mesti full jugak dengan macam-macam request dari anak-anak, ini salah satu kegemaran anak-anak kat umah ni.

BUTTER PRAWN
Jom tengok resepi dulu, tak susah sebenarnya nak buat, cuma kadangkala tak menjadi jugak, tapi kali ini alhamdulillah boleh lah...







Butter Prawn

Bahan –bahannya
10 ekor udang saiz besar dibersihkan
4 biji kuning telur
2 ulas bawang putih dicincang
½ halia dicincang
3 tangkai daun kari
7 biji cili padi hiris
100 gm mentega
Gula secukupnya

Cara memasaknya
1.    Cairkan mentega dengan api yang perlahan didalam kuali.
2.    Bila dah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil di kacau tanpa henti dengan senduk.
3.    Angkat dan tapis sebaik saja minyak mentega tadi berbuih dan ketepikan.
4.    Dengan menggunakan minyak yang sama goreng udang hingga masak, angkat dan toskan.
5.    Kemudian cairkan sedikit mentega atau minyak anggaran 1 sudu besar tumis bawang putih dan halia hingga garing.
6.    Masukan daun kari, cilipadi dan gula dan kacau sebati.
7.    Masukan udang dan separuh daripada telur tadi dan gaulkan dan boleh lah ditutup api.
8.    Taburkan lebihan telur tadi dan gaul rata, boleh lah dihidangkan panas-panas bersama dengan nasi putih.





5 comments:

  1. woww..ni mmg conpem menjadi rebutan anak2..asik dok makan prawn butter kt kedai..koyak poket ibu ayah..hehe!!

    ReplyDelete
  2. salam kak noor ,
    kegemaran kami jugak kak noor.....sedappp tu.!

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga pun suka makan ni....sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Salam kak Noor....seronok bila anak2 berkumpul & request nak makan itu ini. Sebagai ibu, mmg dengan senang hati sebolehnya kita cuba untuk penuhi permintaan tu kan kak Noor.

    ReplyDelete
  5. Assalam kak nor, Happy New Year 2014 in advance,,,bestnya dpt memasak2...untung anak2 kak nor....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home