Chilled Blueberry Tart

Chilled Blueberry Tart



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya, semoga adik-adik sihat-sihat sejahtera hendaknya, di musim banjir ni di harap semua nya berhati-hati lah ya sebab malang tak ber bau, macam-macam dugaan ALLAH berikan pada makhloknya mengikut kemampuan masing-masing, harap kita semua redho lah kerana sesuatu perkara itu tidak akan berlaku melainkan dengan izin ALLAH TAALA JUA....

HARI NI kak noor nak kongsikan resepi yang dah biasa pun kak noor buat sebelum ni, ini menu ulangan order dari customer jom semak resepi dulu, mesti sedap kan kalau tak tak kan customer nak order lagi kan heeee....



Chilled Blueberry Tart

Bahan-bahannya
170 gm mentega
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya
1.    Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2.    Masukan telur dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga rata.
3.    Masukan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
4.    Doh yang baik seeloknya disimpan dalam petiais semalaman.
5.    Ambil sedikit adunan, tekan kedalam acuan tart, cucuk dengan garpu, bakar lah pada suhu 200’C selama 25 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahan cheese cream
250 gm cream cheese Philadelphia dibiarkan pada suhu bilik.
100 gm non diary whipping cream diputar sehingga bertanduk
70 gm gula icing
4 sudu besar blueberry filling
Blueberry filling untuk diisi didalam tart

Cara membuatnya
1.    Isikan satu sudu kecil blueberry filling kedalam semua tart, untuk mudah boleh jugak masukan filling dalam piping bag dan picitkan saja kedalam tart.
2.    Putar cream cheese dan gula icing sehingga licin dan tambah 4 sudu besar blueberry filling dan putar lagi sehingga rata.
3.    Masukan whipping cream dan kaup balikan sehingga rata.
4.    Masukan adunan cream cheese kedalam piping bag yang sudah di letak nozel bulat.
5.    Paipkan kedalam tart yang telah di letakan filling tadi.
6.    Buatlah sehingga habis dan sejukan didalam petisejuk sebelum di hidangkan.


SELAMAT MENCUBA YA 
BUAT JANGAN TAK BUAT TAU PASTI SEDAP
GERENTI NI...

6 comments:

  1. assalam
    selamat berhari minggu
    sedapnya, dpt makn time ni kak noor he hee
    kiranya takyah bakar ye tp simpan kat peti ais ye kak noor
    cantik pulak tu

    ReplyDelete
  2. Hai kak Noor, saya dah ambik resipi Apam Nasi kat blog kak Noor ni... semalam saya try buat... tgklah gambarnya kat FB. Nanti kalau saya tulis kat blog... saya tag kan linknya ke blog kak Noor ya.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Noor, menggoda betul chilled blueberry tart tu. Gambarnya pun cantik sangat. T/kasih sudi kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  4. kak noor pos la kat melakau ni..
    org malas ah nak masak.. tgn org ni kayu, takder seni (alasan)
    hahahahaha

    ReplyDelete
  5. seronoknya singgah blog kak noor..pemurah sgt kongsi pelbagai resepi..ana follow sini ye..salam ukhwah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home