Pretzel Ct Yang Nyaman

Pretzel Ct Yang Nyaman


ASSALAMUALAIKUM  dan salam akhir tahun untuk semua nya, selamat datang tahun 2014, hari ni last entry untuk tahun ni, tahun depan tak tau lagi nak letak resepi apa heee, resepi ni kak noor sekodeng dari blog CT Zaliedana, dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat sehingga lah ramai anak-anak yang balik, semalam baru lah sampai hajat nak buat sebab ramai yang nak makan, jadi lah last entry untuk tahun ni dengan PRETZEL ni, untuk CT izinkan akak  letak resepi kat blog kak noor jugak ya untuk rujukan anak-anak suatu hari nanti.




 PRETZEL
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita 

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku ltak 11/2Sdt)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti(Aku letak Tepung SRF)
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku ltak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka 

Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat 
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.



UNTUK yang belum mencuba sila lah ya, memang sedap akak tak sempat nak buat sos nya pun, makan panas-panas sekejab je licin, insyaALLAH tahun depan nak buat lagi ni hahaha..



5 comments:

  1. wahhh..kaknoor punyer pretzels jauh lg cun dari saya punyer..nak ajak tukor pinggan x sempat lak sbb sy punyer dah lama abiss..tukor pinggan kosong leh x kaknoor?? hehe!!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut tahun 2014 buat Kak Noor sekeluarga.

    Mama tak pernah lagi buat pretzel ni. Teruja juga tengok pretzel kak noor.

    ReplyDelete
  3. saya pernah sekali buat pretzel ni kak noor, tapi tak berseni nak menggulungnya... terus jadi debab! selamat tahun baru jugak utk kak noor sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. Kak nor..klu bbdk kt umh buat apa pun licin..nnt zila nk buat jgk la

    ReplyDelete
  5. K.nor sdpnye...xyah dh beli kt auntie anne dh. ;)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home