Cinnamon Roll Yang Lembut & Lembab Lagi Yummy...

Cinnamon Roll Yang Lembut & Lembab Lagi Yummy...



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik-adik yang masih sudi singgah di blog kak Noor, cinnamon roll resepi hari ni, adalah request dari anak- anak, lagipun akak memang tak pernah buat pun, tengok orang lain buat macam sedap je, macam nak je kan. Jadi semalam dengan bantuan anak-anak akak godek-godek jugak resepi cinnamon roll yang di selongkar dari blog CIK MAT GEBU ternyata memang sedap dan gebu, anak-anak suka sangat, tester ramai tak sedar kejab je habis cinnamon roll ni, untuk Cik Mat terimakasih ya, ada yang akak tukar sikit ikut selera budak-budak kat rumah ni, halalkan resepinya ya...




BAHANNYA
200 gm tepung roti
50 gm tepung whole meal tak letak akak lebihkan tepung roti
50 gm gula halus
1/2 sudu teh garam
10 gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
30 gm telur agak-agak 1/2 biji
6 gm yis
20 gm shortening
125 ml air suam

BAHAN TABUR
1 1/2 sudu besar mentega dicairkan
3 sudu besar gula perang
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kismis akak ganti dengan coklat chip request anak-anak
Semua di satukan kecuali mentega, dan ketepikan

CARA MEMBUATNYA
1. Larutkan yis dalam air suam, biarkan berbuih.
2. Satukan semua bahan kecuali shortening, masukan bancuhan yis, uli hingga menjadi doh.
3. Tambahkan dengan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal.
4. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan rehatkan doh selama 45 - 60 minit.
5. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan udara.
6. Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung, dan canai lah doh sehingga menjadi 4 segi.
7. Sapukan dengan mentega cair, letakkan bahan tabur, gulung ketat-ketat, dan potong .
8. Agak- agak dapat dalam 9 - 10 potongan.
9. Isikan dalam papercup, biarkan sehingga 45 minit lagi, sapu lebihan telur tadi.
10. Bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 25 minit pada suhu 180'C
11. Keluarkan dan sapu lebihan mentega dan boleh lah dihidangkan.





MEMANG SEDAP & LEMBUT  INSYAALLAH 
AKAN BUAT LAGI ESUK OR LUSA HAHAHAA..


9 comments:

  1. Gitu buatnya ye kak...bole la sy try klau dtng angin rajinnya nnti....hehhe...

    ReplyDelete
  2. Waaa....macam sampai ke sabah sudah aroma cinnamon roll kak Noor tu...mai seketul...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan Kak Nor....terima kasih sudi lawat dan folo blog saya...saya pun dah folo yg ke703.
    Blog menarik dan banyak resipi yg sedap2... boleh lah saya mencubanya...

    ReplyDelete
  4. salam kaknor..jual tak ni?..e.la di mumong sajer..ingat nak order durian crepe..available tak?....follow kaknor walaupun dah lamaaaaa jadi silent reader

    ReplyDelete
  5. sangat sangat comel. Sekarang ni stop kejap hal baking membaking. sebab si kecil tu asyik nak masuk dalam oven je..
    hahaha

    ReplyDelete
  6. salam kak noor .apak2 kak nor masak memang menggoda jiwa lah hiii... yang ni comeyyyyyy pulak letak dalam paper cup mcm tu

    ReplyDelete
  7. Mesti wangi bau cinnimon tu kak..projck kak nor dh sttle lom

    ReplyDelete
  8. Duh....gambar cinnamon roll yang last tu...benar2 menyelerakan. Cantik je posing. Masuk dalam list dulu...teringin nak try buat.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home