Homemade Banana Split & Narchip Ayam Cheese

Homemade Banana Split & Narchip Ayam Cheese



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua rakan2 bloggers or ada jugak peminat yang silent reader, dah dua tiga orang buat pengakuan silent reader Blog Bicara Kak Noor ni, tak kisahlah nak intai2 je di belakang tabir, tapi kak noor tak tahu lah, kecuali yang bertegur sapa secara mengomen ke, baru lah tau kan, tapi kita tak boleh paksa orang komen blog kita kan, apa-apa saja lah janji happy je dengan apa yang kita buat ya dak??

Hari ni nak kongsi resepi yang sangat-sangat simple lagi, biasa nya resepi ni kita makan kat kedai kan, tapi kali ni kita makan kat blog kak Noor pulak jom!! 



Banana split ni hanya perlu of coz lah pisang, aiskrim perisa apa saja, coklat hershey, sedikit badam slice atau badam biji.
Cara nya letakkan potongan pisang dalam bekas yang sesuai, letakkan aiskrim, picitkan dengan coklat hersheys dan taburkan dengan badam. Kalau kak Noor memang suka banyak badam sebab fav kashanggg...



Untuk resepi Narchip ni kita perlukan
1 peket kecil narchip *sepupu dengan narchos kot ni kan
2 keping daging burger di cincang
1 biji bawang besar cincang
1 sudu besar planta
sedikit serbuk cili/ serbuk kari
sedikit parutan cheese cheedar/mozarella

Caranya
Tumiskan daging burger dengan bawang besar bersama dengan planta, kacau biar sehingga  bertukar warna, masukan serbuk kari dan serbuk perasa dan gula sedikit, dah masak tutup api.   Letakkan narchip dalam bekas tahan panas, taburkan dengan adunan burger, letakkan  cheese dan bakar lah sehingga cheese cair, angkat dan sedia di santap dengan aiskrim di atas tu
SEDAP BIN LAZATTTTTT...



KALAU kat kedai memang mahai lah kan, tapi kalau buat sendiri dapat save budget lagi pun ramai dapat makan se familyyy lagi U...

13 comments:

  1. Noor, cheese yang meleleh mmg buat ayaq lioq pun menjejeh! banana split tu lagi la...adoyaiiiii

    ReplyDelete
  2. yelah kak Rose apa2 yg meleleh mmg sedap kan apa lagi cheese ni lagi meleleh lagi best hahaaa

    ReplyDelete
  3. Perghh kak noor... makin tepu kolesterol saya ni... Aduh camne dah tergoda nak membuatnya ehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn kira kolestrol kalau nak makan Yati, hahaha sesekali je pun kan

      Delete
  4. salam kak noor..gluppp..ada eskrim ada cip cheese...waduhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kombinasi yg bagi tk lena tidur kalau dah teringin Sury..

      Delete
  5. Nehi nehi... tak rela tak rela....
    Huwaaaa...
    Siksa! Siksa!
    Dah malam ni.... takkan nak turun makan aiskrim....

    ReplyDelete
  6. cheese leleh mengoda la kak noor...banana split tu sangat sedap!

    ReplyDelete
  7. CM tak minat pisang la kak Noor..aiskrim ok la.. tapi nacos tangkap leleh...cannot tahan maaa..

    ReplyDelete
  8. perghhh.. kak noor.. sedapnya banana split ni.. yang bercheese lagi la menggoda ku kak.. :) buat sendiri macam2 leh tarok atas kan.. :) puas hati..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum knoor..aduh nak pengsan nampak banana split tu pastu tguk pulah yg chezy mezy. ni lagi lah terus nk pitam aduh tergoda dgn menu2 yg ada....

    ReplyDelete
  10. sedapnyer banana split tu, lagi2 mulut tengah payau nie, memang sedap kalau makan eskrim..anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
  11. datang dan follow sini...semua menu sangat mengoda..gambar2 yg superb cantik..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home