Banana Chocolate Cake Dah Jadi Muffin Daaaa....

Banana Chocolate Cake Dah Jadi Muffin Daaaa....


ASSALAMUALAIKUM 
HARI ni takde jemputan kawin, tapi ada jemputan untuk tengok baby kecik baru lahir, pikir-pikir takde benda nak bawa, godek-godek kat dapur, nampak ada pisang, maka nya akak terbuat lah banana coklat cake ni, lagipun baru je nampak kat blog SUZANA IBRAHIM banana coklat rice so copy and paste lah maktok ni, sebab kek yang ala-ala muffin sangat senang membuatnya pun taklah lama sangat. Su akak letakkan resepi ni kat blog akak jugak ya untuk rujukan kenkawan jugak rujukan anak-anak dara kak Noor tu heee... 




Banana Chocolate Cake
By  :  Amy Wong & KS Lee
Sumber : Ummi Home Sweet Home 
              : Suzana Ibrahim


BAHAN A
150 gm planta atau mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum di lenyek

BAHAN B
200 gm tepung kek
30 gm coklat rice * ganti dengan parutan coklat
1/4 sudu teh soda bikarbonat

HIASAN
2 biji pisang di hiris *tak letak
1/4 cawan hirisan badam

CARA MEMBUATNYA
1.  Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
2.  Panaskan oven pada suhu 170'C
3.  Sediakan loyang 8x3x3 *ganti dengan acuan muffin
4.  Pukul planta dan gula sehingga kembang dan keputihan, masukan telur satu persatu.
5.  Pukul sehingga sebati, masukan tepung berselang seli dengan susu dan kacau rata.
6.  Dengan menggunakan spatula masukan pisang dan coklat dan kacau sehingga sebati.
7.  Tuang ke dalam acuan muffin, taburkan dengan hirisan badam dan gula warna warni.
8.  Bakarlah selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
9.  Muffin pisang sedia untuk di hidangkan.





TENGOKLAH betapa gebus nya muffin ni kan lembutttttt sangatttt
I likeeee



SO kalau ada pisang yang dah hitam takde  kena makan tu buat lah muffin ni gerenti sedap punya tak percaya, tanya maktok ni haha...


3 comments:

  1. assalamualaikum kak noor..
    sedapnya tambahan dengan badam di atas tu.. boleh cuba gak ni.. tq kak..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home