Ceria Meatball Sweet & Sour

Ceria Meatball Sweet & Sour



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua adinda-adinda kak Noor, semoga sihat walafiat hendaknya ya, menu hari ni simple lagi ni, sebab kalau kak Noor punya resepi memang yang simple dimple je, dah tua-tua ni malas nak buat yang complicated kecuali kalau ada yang request baru lah turun padang awal, sebab kak Noor memang tak suka kelam kabut kalau buat kerja mesti merancang, kalau nak makan esuk, malam ni dah start ni haha, ada tak orang pesen akak ni agak-agak lah, kalau ada 
ANGKAT TANGAN TAU...

JOM CEK RESEPI JOM!!!



BAHAN NYA
10 biji meat ball
1/2 biji capsicum kuning dadu 
1/2 biji capsicum hijau dadu
1/2 biji timun taiwan dadu
1 biji bawang besar di hiris
1 inci halia hiris
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos Thailand
sedikit cili flakes optional
sedikit air, minyak, garam dan gula


CARA NYA
1.  Panaskan kuali, masukan sedikit minyak tumis lah bawang putih dan halia sehingga   
     kekuningan.
2.  Masukan meatball dan goreng lah sehingga meatball lembut.
3.  Tambahkan sos cili, sos Thailand dan sos tiram jugak bawang besar, kacau rata.
4.  Kalau perlu tambahkan sedikit air untuk yang suka berkuah.
5.  Masukan garam, gula,  capsicum dan timun gaul rata bersama dengan meatball.
6.  Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.




BOLEH jugak dihidangkan bersama dengan nasi tumis atau nasi minyak, sedapppp dengan rasa masam-masam manis, rasa nya tak payah lauk lain dah lengkap dan ceria kan dengan bermacam-macam warna warni...




2 comments:

  1. Saya angkat tangan dulu huhu....

    Saya buat kerja agak lambat itu sebabnya kalau nak masak kena plan awal2.

    ReplyDelete
  2. looks delicious, have a nice week end

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home