Menu Pembuka Selera Sambal Belacan & The Gang 8

Menu Pembuka Selera Sambal Belacan & The Gang 8


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, hari ni kak Noor takde yang special just nak kongsikan menu pembuka selera yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, apa lagi kalau bukan sambal belacan dan kuncu-kuncu dia tu..




Bahan Sambal
10 biji cilipadi merah direbus 
1 inci belacan bakar
1 sudu air asam jawa
2 biji limau kasturi  di perah ambil air
garam & gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Kisar cilipadi dan belacan sehingga separuh hancur.
2. Tambahkan dengan air asam jawa, air limau, garam dan gula.
3. Kacau rata, sambal belacan sedia untuk di hidangkan dengan the gang.
4. Gang sambal ni antara nya ialah,  daun selom, daun beluntas, daun sambong nyawa, daun petai belalang, buah petai belalang, daun ulam raja, salad dan timun sebab ada yang tak gemo ulaman kampong.



Ulaman kampong ni sebenarnya memang di tanam sendiri di rumah, fresh mresh nak makan kutip saja kat luar rumah.


INI  Iman cucu kak Noor, baru 4 bulan setengah, dah tak mau baring-baring lagi, belum boleh meniarap pun, merangkak pun belum jugak, tapi dah nak duduk lah pulak, dan tak mau orang pegang, nak duduk sendiri-sendiri haha, baby-baby zaman sekarang ni cepat sungguh perkembangan depa ni kan, tak kisahlah tu, asalkan perkembangan yang sihat kira orait lah tu kan, senang maktok takyah dukong lagi suruh je duduk hee..

OKlah ya kisah Iman hari ni, jumpa lagi di lain entry..
BABAIIIIIIIIII...

12 comments:

  1. Replies
    1. Sham, alhamdulillah so far so good so sihat walafiat my Iman :)

      Delete
  2. bestnya ulaman. saya paling suka daun selom tu. buat kerabu pon best kan
    comel cucu kak noor. geram tengok tangan lipat2 tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka selom tu tapi bila buat kerabu ada pulak yg tak suka Faz so makan je dgn sambal bacan, nanti suatu hari nak layan tekak akak pulak dgn kerabu..

      Delete
  3. Is there a difference in taste of the shrimp paste from different countries? I mean like taste diffrence between a malaysian shrimp paste to compared to a thai shrimp paste?

    ReplyDelete
    Replies
    1. it should be made up of generally the same thing. but there might be a slight difference in specific spices which might lead to difference in taste. i would say they would be highly similar though. hope that helps!

      Delete
  4. SA x pernh lagi buat sambal belacan style macam ni...nak cuba buat jugak la...

    ReplyDelete
  5. dua2 sedap, sambal belacan dan baby yng sedap tuk di peluk tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha KA alhamdulillah thanks ya sudi singgah sini..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home