Kari Ikan Merah Yang Wow..

Kari Ikan Merah Yang Wow..



ASSALAMUALAIKUM, hari sunyi sepi dah rumah kak noor, tetamu  yang datang dah balik semua nya, tinggal lah Iman, maktok dan tokwan haha, ni kari semalam masa ramai-ramai tetamu kat rumah yang di masak oleh adinda kak noor, kak Noor cuma ambil gambar je, sesekali makan yang orang lain masak memang sangat sedappp kan, apa lagi bila tengok kari yang merah ni, terbuka terus selera yang suam-suam kuku tu..



Bahan nya
5-6 ketul isi ikan merah dibersihkan
2 cawan santan sederhana pekat
10 biji bendi dibersihkan
2 peket rempah kari 25gm jenama 0
2 biji tomato di belah 4
1 sudu paste asam jawa
sedikit halba campur
daun kari
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara membuat nya
1.  Panaskan periuk masukan minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi.
2.  Masukan halba campur dan daun kari, kacau rata.
3.  Dah keluar aroma, masukan bancuhan kari, dan tumis lah sehingga pecah minyak.
4.  Memang agak lama proses ni kena banyak sabar lah ya.
5.  Bila dah pecah minyak, masukan santan, asam jawa, garam dan kacau sehingga mendidih.
6.  Masukan ikan dan tomato dan bendi.
6. Tak perlu lama sangat nanti ikan hancur dan bendi lembik dah tak ranggup tak sedap.
7.  Rasa ikut kesesuaian sendiri, dah cukup rasa boleh lah angkat dan hidangkan .

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA
CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI

6 comments:

  1. assalam kak noor
    yum yummm
    sedapnya kari ikan merah, bertambah nasi kalu lauk gini kak noor
    sy suka bendi jg, memang feberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikumuslam mama sara
      sama lah fav disana sini kan walaupun takde keturunan dkk haha

      Delete
  2. Salam kenal kak nor, sedap gulai ikan merah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak nasa, teirmakasih sudi singgah sini ya, memang sedap sampai tk sempat nak simpan tuk malam haha

      Delete
  3. yumm, what kind of curry powder did you use ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nammi, I used fish curry powder name OLAH or O short name that only sell in Kedah my home town.

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home