Kebab Ayam & Tempe Goreng & Sambal Goreng Malatop!! Barat Timur Dalam Satu Hidangan.

Kebab Ayam & Tempe Goreng & Sambal Goreng Malatop!! Barat Timur Dalam Satu Hidangan.



ASSALAMUALAIKUM dan semoga sihat walafiat hendaknya adik-adik kak noor disamping tugas harian,  disamping tu jangan pernah berhenti untuk kita mendoakan pesawat MH370 supaya ALLAH tunjukkan jalan dan memberi petunjuk untuk menemui pesawat itu.  Sambil-sambil tengok tv untuk dengar cerita MH370 sempat lagi kaknoor masak kebab ayam dan geng nya ni, jom cek resepi  yang agak-agak je ..




BAHAN KEBAB
1 dada ayam di potong kiub
3 biji kentang di potong wedges
beberapa biji ceri tomato
sedikit jintan putih goreng dan kisar
sedikit lada hitam kisar
sedikit serbuk paprika
sedikit minyak zaiton / minyak biasa pun ok
garam dan gula secukupnya

CARA NYA
1.  Gaulkan dada ayam, kentang dan tomato dengan bahan kisar.
2.  Peraplah lebihkurang 1/2 jam.
3.  Gorenglah dengan minyak yang sedikit yang ala-ala panggang gitu.
4.  Tos kan dan cucuk lah pada lidi ikut kreativiti masing-masing.


BAHAN SAMBAL
15 biji cili padi
5 biji cili besar
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 biji belimbing buluh
sedikit ikan bilis
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Goreng semua bahan sambal sehingga layu.
2. Tos kan dan kisar atau tumbuk
3. Tambahkan garam dan gula
4.  Sedia dihidangkan bersama ulam atau apa-apa gorengan.





BAHAN TEMPE
Tempe secukupnya di hiris nipis

Resepi Tepung Celup
Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 sudu besar planta
sedikit jintan putih
sedikit ketumbar
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya
1.    Satukan tepung, planta, garam, jintan, ketumbar dan  gula.
2.    Dengan menggunakan whisk masukan air dan pewarna kuning dalam adunan tepung dan kacau rata.
3.    Celupkan pada tempe dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.




OKLAH kalau ada yang teringin nak mencuba tak rugi tau berbaloiii, boleh jugak untuk meratah saja memang kenyang tak payah makan nasikk....

SAMPAI disini dulu jumpa lagi ya INSYA ALLAH.

7 comments:

  1. assalamualaikum kak noor..

    wah, sedapnya makan kebab..sya lama dah x makan kebab..kalau dekat, sya pun nak minta ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. sajian timur dan barat cicah sambal goreng meletop!! Hebat kak!

    ReplyDelete
  3. tksih kak Noor kongsi kan resepi........

    ReplyDelete
  4. I know how you feel. I hope they find the plane soon. sambal looks delicious

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home