Nasi Lemak Tauhu Tempe Ala Indon Lah Pulak...

Nasi Lemak Tauhu Tempe Ala Indon Lah Pulak...

ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari adik-adik blogger dan non blogger semua, kak noor cakap non blogger sebab ramai yang mengintai blog kak noor saje suka suka cari resepi, termasuk anak-anak saudara kak noor, tak kisahlah sekadar nak mengintai, atau meninggalkan komen janji u all happy, kak noor pun ikut happy.

Hari ni kak noor nak kongsikan resepi biasa kegemaran semua orang-orang melayu khusus nya, tak lain tak bukan nasi lemak dan kuncu2nya jom semak resepiiiiiii...




BAHAN NASI LEMAK

2 cawan beras basmathi
1 kotak santan segera 200 ml  + air jadikan 3 cawan 
sedikit hirisan halia
1/2 biji bawang besar hiris
2 batang serai diketuk2 helai daun pandan simpul
sedikit garam 

CARA MASAK
Cuci beras dan masukan kedalam rice cooker bersama semua bahan-bahan nasi lemak dan masak lah seperti biasa.




BAHAN SAMBAL
3 ke 4 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa pekat
garam, minyak dan gula secukupnya

CARA MASAK

1.  Panaskan kuali masukan minyak secukupnya dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan garing masukan sedikit air dan kacau biar rata.
2.  Masukan air asam jawa, garam dan gula merah dan kacau lagi biar rata dan pekat.
4.  Biarkan sambal  ni merenih dengan api yang perlahan supaya pecah minyak dan nampak cantik sambal tu.
5.  Dah masak boleh lah diangkat dan di hidangkan dengan nasi lemak.




BAHAN KISAR PERAPAN AYAM
1 ekor ayam  dipotong dan dibersihkan
2 batang serai 
3 inci lengkuas 
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
garam dan gula secukupnya.


CARA MASAK
Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit atau lebih, kemudian gorenglah sehingga garing dan kekuningan, angkat

BANCUHAN UNTUK TEMPE & TAUHU
1/2 tepung beras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
sedikit kunyit serbuk
garam dan sedikit gula
air secukupnya agak-agak jangan cair sangat.

CARA MASAK
Campurkan semua bahan jadikan batter yang pekat, celupkan tempe dan tauhu dan gorenglah sehingga kekuningan, sedia dihidangkan bersama dengan nasi lemak.



ALHAMDULILLAH walaupun sibuk dengan cucu dapat jugak maktok masak nasi lemak kegemaran se isi rumah hari ni, merangkap sampai kemalam ni kalau masak nasi lemak hahahaaa alang-alang kan....

12 comments:

  1. Replies
    1. nasi lemak mmg susah nak tolak kan Yati haha

      Delete
  2. my feveret nasik lemmaakk..sedap tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav se isi rumah disini jugak Sue pendekata fav sana sini kan, oklah kalau lapar mmg sedappp

      Delete
  3. assalamualaikum kak noor: yang lain tu biasa dah nanti ana try yg tempe tu memang menyelerakan..tq kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam ana, tempe mmg best ana kalau baru goreng tu sedap mkan panas ranggupppp

      Delete
  4. sedapnye nasi lemak maktok versi indo-brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jemu kadang2 tu ayam daging Ros kan, tapi anak2 tetap tk pernah tolak ayam daging heeee, selera orang tua dah berubah

      Delete
  5. Assalamualaikum..knoor nk oder nasik lemak satu..hehe...

    ReplyDelete
  6. Samalah kita nor...masak nasi lemak ni merangkap mkn tghari n mlm sekali...hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home