Waffle Peanut Butter & Nutella Untuk Breakfast

Waffle Peanut Butter & Nutella Untuk Breakfast



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu, semoga sihat walafiat hendaknya, latest news lately pasal pesawat MH 370 semoga ALLAH permudahkan urusan mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat, rasa nya seluruh rakyat Malaysia hatta di Brunei ni sekalipun dah maklum kejadian ni, mari lah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka-mereka yang terlibat....


 BERBALIK pada resepi hari ni kak Noor nak kongsikan resepi waffle  mudah je, bila takde waffle maker sibuk nak beli waffle maker  kan, bila dah ada tu, first time dan dua tiga kali tu memang rajin bebeno nak buat, lepas tu memang sunyi sepi hahaa, hari ni mood mewaffle datang lagi, jom tengok resepi ..





BAHANNYA
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela dan peanut butter, kaya pun ok ikut selera sendiri
  • aiskrim, madu dan syrup apa- apa pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya
CARA NYA
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak, sebab kalau sedikit tak nampak pattern, tapi kalau banyak melimpah ruah susah pulak comot jadinya, jadi ikut arahan yang ada diwaffle maker masing-masing ya
  • Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran.



PADA adik - adik blogger semua agak nya apa breakfast hari minggu ni ya, ada yang sama dengan kak Noor tak???? mesti besttt kalau ada yang sama sehati sejiwa gitu kan..

8 comments:

  1. kami pun breakfast toaster waffles gardenia..

    ReplyDelete
  2. yummy...SB lum ada waffle maker..

    ReplyDelete
  3. jumpa gak resepi waffle kat sini.. yummm

    ReplyDelete
  4. Wah! Rumah baru ye Kak Noor cayaaangg... lapang, luas... terang berderang! Senang nak copet waffle peanut butter nutella bawa lariiii.... he he heheeh.

    ReplyDelete
  5. salam kak noor..

    bestnya makan waffle..paling suka makan dengan nutella..

    ReplyDelete
  6. waduhhhh ada waffle kat sini.....nak buat takde acuannya....mcmana tu...he3...

    ReplyDelete
  7. Yatie, suh anakanda UK beli heee, ni pun diaorang yg belikan jugak ni

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah :)
    Pepagi ni google resipi waffle sampailah ke sni.. TQ kak Noor for sharing this recipe.. Nak cubalah nanti..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home