Salted Caramel Macaron

Salted Caramel Macaron



ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu untuk semua,  macaron ni aktiviti semalam di masa terluang lagipun ada lebihan putih telur jadi dari kak Noor merajinkan diri buat macaron ni.  Mesti  ada yang tak berani nak buat macaron, sebenarnya macaron ni mesti selalu praktis baru lah menjadi, dulu-dulu kak Noor buat memang lah teruk jugak, kadang-kadang oven pun memainkan peranan jugak kalau kita sendiri tak faham oven kita, kalau oven kak Noor sekarang ni guna api atas 100'C dan api bawah 120'C sahaja, tapi kalau oven lama agak tinggi 150'C atas dan bawah. Jadi pandai-pandai lah kita adjust dan fahami oven masing-masing insya ALLAH menjadi cuba lah.





Macaron

Bahan-bahanya
80 gm putih telur ( lebihkurang 2 biji telur gred A )
65 gm gula kastor
80 gm serbuk almond
140 gm gula icing
Pewarna kegemaran

Cara membuatnya

1.    Satukan serbuk almond dan gula icing kemudian ayak dan ketepikan.
2.    Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukan gula kastor sedikit demi sedikit, putar hingga adunan kental dan bertanduk.
3.    Untuk testing terbalikkan mangkuk kalau adunan tak jatuh bermakna dah cukup kental dan perlu berhenti pukul.
4.    Masukan ¼ daripada campuran serbuk almond dan gula icing kedalam adunan telur, kaup balik kan dengan menggunakan spatula.
5.    Buatlah sehingga habis campuran almond dan gula icing, kemudian boleh lah di letakkan warna kegemaran.
6.    Kemudian masukan adunan dalam piping bag.
7.    Buatkan lubang di hujungnya dan picitkan diatas bulatan kertas minyak yang disediakan, atau kalau dah ada mould macaroon ni boleh picitkan terus sehingga habis adunan di atas mould tadi.
8.    Rehatkan macaroon selama 30 – 40 minit supaya kering bahagian atas dan tak melekat di jari bila di sentuh.
9.    Panaskan oven 150’C bakarlah macaroon selama 15 – 20 minit.
10. Sejukan dan letakkan ganache kegemaran.




Caramel
3 sudu besar sirap
1 1/2 cawan gula caster
2/3 cawan heavy cream
3/4 sudu kecil garam
2 sudu besar butter tanpa garam

Cara nya
1.  Panaskan sirap sehingga mendidih, dan perlahan-lahan masukan gula, kacau sehingga hancur.
2.  Kacau lagi sehingga keperangan, masukan heavy cream sedikit demi sedikit, kacau rata.
3.  Pindahkan dari api dan masukan butter kacau sejukan dan boleh lah di letakkan di dalam macaron.



OK sampai disini dulu ya INSYA ALLAH jumpa algi di lain entri babaiiiiiii
Jangan takut nak macaron tau senang saja bah hehehe..


7 comments:

  1. akak...saya kan dah bape kali buat macs tapi still tak menjadi. memang tak putus asa tapi cuaca kat sni semedang ke sejuk... aritu dapat makan yang beli memang puas hati sungguh

    ReplyDelete
  2. assalam kak noor..

    em, nampak menggoda betul macaron tu..cantik dan nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. cantik sungguh Macaroon Kak Noor,teringin pula nak buat.

    ReplyDelete
  4. assalam kak noor..

    sirap dari bahagian filling tu yang beli atau homemade? Adakah ia sirap dari air gula atau light corn syrup, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. huhhu jeles sungguh dengan kak noor ni... menjadi dan cantik jer buat macaron.. saya buat tak jadi jer ..
    Akak oder satu balang kat saya ehe :)

    ReplyDelete
  6. Berseni betul tangan Kak noor... semua yang Kak Noor buat nampak cantik dan sedap

    ReplyDelete
  7. Salam...meks yang cantik rasa sayang nak makan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home