Tempahan Dibuka Untuk Macarons, Karipap & Tart

Tempahan Dibuka Untuk Macarons, Karipap & Tart


Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya.
Dah hampir 3 minggu kita berhariraya kan.
Rasa nya dah hilang dah penat lelah dalam plane dan jetleg pun dah lari jauh-jauh
Dah ada kekuatan untuk mengambil tempahan kawan-kawan.
Alang-alang jugak kan, sebab ada yang dok whatsapp nak tempah itu ini..
Jadi bila dah buat tu biarlah banyak sekali daripada buat sikit-sikit letih nya sama jugak kan..
Jadi untuk seminggu dua ni boleh lah kalau ada orang Brunei Darussalam ni nak menempah contohnya macarons ke, karipap ke or tart cheese dan tart chilled.
Dah ada nombor telepon tu boleh whatsapp kaknoor untuk buat tempahan ya.



Macarons kaknoor ada filling salted caramel, chocolate, strawberry dan ikut lah pelanggan jika nak filling kegemaran insya ALLAH akan di penuhi.






Boleh whatsapp pada nombor kaknoor di atas tu jika ada yang teringin nak menempah ya, kalau orang bandar INSYA ALLAH akan di hantar di meet point GIANT RIMBA, jika order melebihi $50 sebab kaknoor tinggal di Sg Liang Belait, sejam jugak tu perjalanan..



INi tart chilled yang tak perlu di bakar hanya di sejukkan dan rasa nya memang menyegarkan dan pastinya tak cukup sebiji dua jika makan ni..



Ini pulak tart cheese blueberry deco kaknoor,  gambar ni masa masih panas baru keluar oven, memang agak montok,  tapi hingga kini kaknoor masih belum terjumpa cara utk mengekalkan kemontokan tart ni, sebab bila dah sejuk dia akan turun sikit lah, tapi masih lah montok, kalau ada yang nak kongsi cara mengekalkan montok tu boleh lah share ya please !!!!


Karipap pusing pedas kaknoor, sebab ramai yang minta karipap pedas, jadi trend sekarang ni karipap pusing pedas lah, tapi jika tak suka pedas boleh lah bagitau nak yang mild je, also can sebab kita yang buat dia kan takde masaalah punya lah..



Karipap pusing frozen ni jika ada yang minta goreng kan insya ALLAH takde charge jika order melebihi 50 biji sebab selain berbisnis kaknoor jugak ingin bersedekah minyak dan tenaga pada yang memerlukan.. Pagi tadi ada sahabat Fb dari KL yang minta nak order karipap ni, itulah jauh ssangat Brunei dengan KL kan, takut pulak bila sampai ke KL nanti karipap ni dah tak sedap kan!! Jadi tak dapat lah kaknoor nak janji karipap ni akan sedap selama dalam perjalanan tu kena panas dan macam-macam lagi...

Tapi kalau untuk orang Brunei Insya ALLAH masih boleh rasa kesegaran karipap ni, jadi jangan tunggu lama-lama tau kalau nak menempah tu..


23 comments:

  1. Aduhai KakNoor... mata kakak tengok terus tekak terasa bagaikan mahu menikmatinya
    Cerah mata dibuatnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya jauh sngt kakzakie, kalau dekat mmg dah jemput semua blogger menikmati hidangan kaknoor

      Delete
  2. aduiii ... sedapnya...
    macarons tu boleh pos tak kak?

    sedapppppnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pos mmg hancus lah Huda cyg mmg sdppp i tell u

      Delete
  3. sg belait tu kat kuala belait ke? dekat sempadan tu ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sg liang bukan sg belait Huda
      Tklah dkt sngt dgn sempadan
      45 minit lah kalau nk sampai sempadan belait miri tu

      Delete
  4. kak noor, kelantan deliver tak?? macarons tu camm nakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deliver tu boleh Mek tpi bila sampai hancus tk tanggungjawab ok

      Delete
  5. nk ngoder jgk camne kak noor... apa menggoda betul sume tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkde masaaalah order dana tpi sampainya tk taulah

      Delete
  6. KARIPAP PUSING TU NAMPAK RANGUP ..SEDAP SGT TU KALAU DEKAT DH ODER.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm nk pindah je dok malaysiaP hehee dpt jumpa kenkawan lain

      Delete
  7. alamak, teringiiin nya nak merasa air tangan kaknoor. Tapi tu lah kan, jauh sangat kalau nak mengeposnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoorr pun fenin jugak ni KB
      Ada yg order dan nk jugak suruh pos aduhhh

      Delete
  8. makan tradisi kuih melayu di tempat orang lain feelnya kan kak...beruntung anak-anak kak noor..dpt bonda yang air tangan magic ni..semua masakan nampak sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Irda selagi trdaya boleh memasak utk anak2 mmg happy bangt kaknoor

      Delete
  9. macaroon ni ramai peminatnya...berkat kebolehan memasak dapat berniaga..semoga terus berjaya kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin insya Allah Arz kaknoor suka buat je tpi tk suka makan sbb manithhh insya Allah akan diteruskan hehe

      Delete
  10. Adoiiii.....cubalah KN pindah kat KL ni senang sikit saya nak dtg rumah KN. Nak beraya hihi....

    Yelah KN geram tengok....dahlah putih, montroks pulak tu....Tu kalau saya dapat, ermmmm....cukup cukup saya baham haha

    ReplyDelete
  11. Adoiiii.....cubalah KN pindah kat KL ni senang sikit saya nak dtg rumah KN. Nak beraya hihi....

    Yelah KN geram tengok....dahlah putih, montroks pulak tu....Tu kalau saya dapat, ermmmm....cukup cukup saya baham haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dpt pindah mmg nk pindah sebelah umah hainom, ada ksong tak!? Nanti senang tkyh order2 terjah je umah kknoor anytime aduii kaknoor dpt imagine je ๐Ÿ˜‚

      Delete
  12. Ni dapat tengok dalam blog ajelah KakNoor ya! Nak order memang tak dapatlah. Tak dijamin kesedapannya berkekalan ya sebab jauh sangat. Jetlag pulak nanti segala makanan ni bila dah sampai KL ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau suatu hari ya MD ada rezeki dpt makan betul2 yg kaknoor masak hehe perasan lah sngt maktok oiii

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home