Resepi Kuih Nona Manis Sedap

Resepi Kuih Nona Manis Sedap


ASSALAMUALAIKUM
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nona manis yang di intai dari blog 
ABANGBRIAN memang sedap dan lemak manis, boleh try pada yang suka.



Sebelum ni kaknoor pernah buat sekali kuih nona manis ni tapi kurang menjadi, tapi alhamdulillah kali ni menjadi dan sedap




Bahan A
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 biji Telur Gred A
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau
Bahan Inti
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st garam
Cara Penyediaan Bahan A
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.



Rasa nya lepas ni mesti nak kena try lagi resepi ni sebab sedap sangat, cuma agak rumit lah membuat, sebab ada dua warna tu kan, tapi kalau hati dah suka mesti takde masaalah hehe...


46 comments:

  1. salam singgah dan salam kenal kak noor.. tak pernah buat kuih nona manis ni.. nanti nak cuba jugak la... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah Nina mesti sedap ni kat rumah memang laris kalau buat ni

      Delete
  2. oo..kuih nona namanya..pernah rasa, mak saya asik ckp kuih lompang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas... kuih lompang lain lah Nohas takde yang tengah putih tu
      semua warna nya hijau je

      Delete
  3. Assalam kak noor,
    Cantik sungguh kejadian nona manis tu..saya xpernah buat dan xpernah makan kuih ni.nak buat terasa cam renyah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumulsam Lina
      kuih bukan fav kat belah utara kita tapi boleh lah kita mencuba sebab memang sedap sangat yang renyah tu lah yang sedap tu

      Delete
  4. kat sini jarang dpat yang sedap kuih nona nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Wa, bila nak datang Brunei kaknoor buatkan special utk Idzwa ni heee

      Delete
  5. salam kak noor. cantik semua gambar tu sampai buat orang meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslam DP
      haha yeke ni dah meleleh air liur meh sini kaknoor nak jamu hehe

      Delete
  6. nak letak inti tu memang berlubang macam lompang ke kak noor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana pulak berlubangnya Nieda???
      hanya picitkan je di tengah yang hijau tu ianya akan mengalir keserata lah

      Delete
  7. sedapnya k noor... dana suke mkn tp tak reti msk hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak reti masak beli je lah Dana senang cakap

      Delete
  8. Masyallah masyaallah lah KN sedapnya.... hari tu saya beli Nona manis ni KN, 2 paket saya sorang yg makan haha... anak anak saya bagi satu cukup.... Zalim tak mak macam ni haha....
    Sedap part dalam dia tukan KN masin masin lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa macam mama tiri lah Anom ni makan sorang hehe
      memang sedap part yang tengha tu tambahan kalau santannya ori kita kisar sendiri bukan santan kotak memang terlebih sedapp

      Delete
  9. Cantiknya ona manis sedap sangat nampaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan sedap P susah nak lepaskan bila dah start makan

      Delete
  10. Cantik kuih ni, Kak Noor. Mesti sedap. PH tak pernah rasa, sedihnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau PH rasa mesti tak cukup tu semua yang dalam gambar tu rasa nya heheee

      Delete
  11. Cantik la kak Noor kuih tu...ogy belum pernah buat...tapi pernah makan...manis manis lemak dan masin...sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sangat Ogy kalau buat sendiri suka hati nak letak manis ke lemak ke hehee
      tapi sakit pun sendiri yang tanggung jugak kan

      Delete
  12. dah lama dok teringin nk makan tp tak jumpa2 lagi..nak buat sendiri agak renyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya taklah renyah sangat Kam mula saja kita rasa macam banyak songeh tapi bila selalu buat tak rasa sangat kerenyahan tu hehe

      Delete
  13. Cantik pun cantiklah KakNoor kuih ni
    Ada aje idea KakNoor nak buat kan.
    Suka tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor memang suka mencuba yang selalu dok viral ni Kakzakie
      dah cuba sedap lah pulak

      Delete
  14. sedap dia sebab manis berlemak kan kak nor. mmg terliur lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempurna rasa lah pendekata nona manis ni kan Rai

      Delete
  15. Kak Noor...saya pun dah cuba buat hari ni macam resepi ni juga,tapi tak menjadi(Bukan-salah-resepi).Nanti nak cuba lagi.Practise make perfect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Su tak jadi mesti cuba lagi lah
      sbb kadang kita tak daapat nak agak kepekatan adunan tu
      kaknoor pun sama sekali cuba agak keras jadi nya
      tapi bila dah dua tiga kali cuba alhamdulillah sempurna rasa nya

      Delete
  16. Simple jer resipinya. Tapi tu lah... Nak buat tu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Fiza simple je sebenarnya kan
      nak buat mesti cekal hati baru menjadi

      Delete
  17. Senang je rupenye nk buat. Kemaain lg igt lepas masak kene korek lubang masukkan yg putih bagai hehe😁

    http://ninafarhanawm.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee alahai jangan lah korek lubang Nina
      dah try ke belum ni

      Delete
  18. aduh kak noor saya suka kuih ni, tapi tak pandai nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah resepi tu AA dan baca study dulu
      in Shaa Allah menjadi tu nanti

      Delete
  19. Dulu masa muda2 makchaq langsung tak minat kuih manih.. karipap, coq badak, popia..ja makan..

    Tapi sejak dah maktok2 ni.. dah kencing manih pun dok jengok2.. suka pulak kuih manis2, bubur2..

    Nampak ni memang telioq la...tapi renyah jugak rupanya.... rajin sungguh kak Noor buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita makchaq tak suka yang manih dulu dulu lah
      mungkin bukan kuih belah utara kita kot
      belah utara kita banyak kuih jenih masin2 kan
      tapi dah tua ni suka lah pulak sbb dok tengok kuih orang belah selatan ni

      Delete
  20. Salam, terima kasih share resepi, saya dh cuba smlm & menjadi... anak2 suka sangat, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Miezza salute rajinnn mencuba

      Delete
  21. Bhgn intinya tu yg warna putih* guna santan fresh atu kotak?

    ReplyDelete
  22. Bhgn intinya tu yg warna putih* guna santan fresh atu kotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor guna santan fresh Liney baru sedapppp kalau santan kotak tak sedap sangat

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home