Mee Bakso Simple

Mee Bakso Simple


Alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk mengupdate blog hari ni.
Resepi yang biasa saja kita buat kat rumah time weekend bila anak-anak tak kerja dan sekolah
Kaknoor guna bakso ready made je, tak kuasa nak buat sendiri sebab agak lambat.
Resepi ni jugak dah ada dalam buku ke2 kaknoor
RESIPI BLOGGER
Pada yang takde buku boleh tengok resipi di bawah ni ya, kali ni kaknoor modified sikitlah ikut selera anak-anak kat rumah ni.





Kali ni kaknoor tak kisar segala bawangan tu, hanya hiris je semua nya, ditambah dengan tomato dua biji, leeks yang dihiris besar, jugak di tambah sedikit serbuk jintan putih ( sangai dan kisar ) dan lada hitam, ikutlah selera nak letak banyak ke sikit, bagi kaknoor suka sup yang agak wangi dengan jintan putih jadi memang letak banyak...

Kalau bahan-bahan tu di kisar, kuahnya agak pekat, anak-anak ni kadang tak suka kuah yang pekat, diaorang nak kuah yang jernih macam sup orang putih, jadi tukang masak ikut lah selera budak-budak ni, lepas tu di tapis lah supaya segala rempah nya tak tergigit...





Makan mee bakso ni kalau di tambah sambal rebus, tambah lagi bawang goreng rangup memang terangkat, berpeluh peluh jadi nya, penggemar pedas memang tak dapat tolak sambal ni hehe..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG AGAK RAJIN DAN SUKA KEDAPUR TU...

23 comments:

  1. MI BAKSO YG ENAK TERLIUR TENGUK SAMBALNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di 🐣PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL🐣

      Delete
    2. KALAU KENA DENGAN SAMBAL YANG HOT DAN SPICY MEMANG THE BEST NI P

      Delete
  2. Kak Noor, PH tak pernah makan bakso. Sure sedap ni. Terasa lapar. Baru pukul 5:30pm hah...hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya PH tak pernah makan bakso ke??
      kat rumah kaknoor memang sentiasa ada stock bakso
      anak-anak suka sangat walaupun bukan keturunan Indon hehe

      Delete
  3. alahaiii fevret sy niii.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah dengan anak2 kaknoor Busyra fav sangat

      Delete
  4. waduh sedapnya kak noor... trs rasa lapo nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try buat lepas ni Dana kalau dah laparrr tu

      Delete
  5. Terliur pulak menengoknya, KakNoor! Tapi entah kenapa tetiba teringat mi sup ^_^ Sama ajelah kot kekdahnyakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smaa lah kekdahnya MD cuma yg ni guna bakso je, bakso kan mudah tkyah nak potong2 daging ke tulang segala, hanya masukkan je bakso readymade mudah sesangat!!

      Delete
  6. terliur, nampak sedap la kaknoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun Rai fav anak2 cuma kaknoor je kureng sikit bakso ni

      Delete
  7. Oh gitu cara makan bakso.Saya ni tak biasa makan bakso,pernah makan tapi yang simple je takde sambal rebus tu.
    Nanti anak2 ada saya nak try buat sendiri ikut resepi kak noor ni.Sebenarnya hubby saya tak suka makan bakso yang kat kedai2 makan tu.Mana tau kalau saya buat dia boleh tersuka :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh patutlah Saniah sebab hubby tak suka, memanglah Saniah kita memasak mesti nak ikut selera pelanggan kan, sama lah kaknooor bakso ni anak2 suka jadi memang selalu buat, tapi hubby tak suka jugak, alternatif lain kaknoor buat mee ayam lah potong kiub dada ayam dan buat macam kuah bakso makan dengan sambal

      Delete
  8. Replies
    1. Kan Mrs mesti berketul2 bakso ni kalau dah suka tu

      Delete
  9. anak yang sulung suka makan mee bakso.. selalu beli jer, sebab dia sorang jer yang makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Eyda kalau tak ramai pelanggan yg makan mmg kita tak sanggup nak buat, kat rumah kaknoor semuanya suka tolak hubby je tak suka bakso so memang selalu buat jugak

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home