Solok Lada Idaman Kalbu

Solok Lada Idaman Kalbu


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada yang masih sudi singgah di blog ni ribuan terimakasih lah ya
Walaupun sesekali timbul untuk mengupdate blog.
Alhamdulillah pengunjung blog tak pernah putus singgah di sini.
Baru ni kaknoor check jugak dekat
Wah!!!! happy lah sebab ramai yang sudi untuk jadikan rujukan blog Kak Noor
Hampir 1.800 pengunjung setiap minggu dari serata pelusuk negeri
Macam jadi sumber inspirasi jugak untuk terus mengupdate blog 
Dan resepi-resepi dari Dapur Kak Noor
IN Shaa Allah selagi terdaya dan diberi kesempatan oleh Allah..



Ini solok lada yang kaknoor buat dari lada yang di tanam di kebun sendiri dalam pasu je pun
Alhamdulillah suka suki tanam dapat makan hasil tanaman sendiri memang best sangat..



Bila dah dimasak lada akan bertukar warna yang pudar sikit lah
Maka nya kaknoor suka masak sekejab saja supaya warna lada tu tak terus pudar
Bagi kaknoor lagi rangup dan keras memang the best, tapi sebab pelanggan dalam rumah suka yang agak lembut terpaksa ikut selera semua lah, tukang masak biarlah jadi "pengalah" saja hehe..
Mesti orang seangkatan kaknoor trademark siapa "pengalah" ni, jawabb kalau ada tau..




Ini solod lada yang latest kaknoor buat dalam bulan syawal lepas
Hanya guna sweet cili yang di beli dari UK masa kesana kejab untuk majlis konvo anak kaknoor
Geram sangat tengok sweet cili kat supermarket terus rembat je dua tiga pack
Nasib baik masih ok dan keras lagi selepas seminggu di simpan dalam petiais..




Solok lada

Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
Disini kaknoor guna sweet cili sebab takde cili khusus untuk solok lada ni
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi kaknoor lebihkan ikan sebab terlebih cili nya
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali sweet cili tu, gaulkan dalam satu bekas besar dan rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak. Boleh jugak di masak dalam periuk bersama dengan sedikit santan yang telah di masukkan sedikit garam.



Solok Lada memang sinonim dengan Nasi Kerabu Biru ni
Memang pelengkap lah kalau ada Solok Lada ni..
Untuk resepi Nasi Kerabu bolehlah klik di bawah ni ya


Masa ni zaman rajin tanam cili scotch bonnet, sekarang ni baru nak start lagi
Sempat beli cili scotch tu baru ni untuk di jadikan benih
In Shaa Allah tunggu kelapangan dan kesempatan..




Seronok rasa nya kalau laman di penuhi dengan sayuran dan cili-cili yang berwarna warni macam ni
Berbagai bentuk, yang ni cuba tengok macam topi pun ada kan!!!
Unik sungguh ciptaan Allah Subhaa Nallah..



Tunggu mood rajin datang nak kumpul balik semua warna warni cili untuk jadikan hiasan laman
Usang yang tak seberapa sangat pun...



Alhamdulillah korek-korek gambar lama dapatlah jadi inspirasi dalam menjadi seorang petani dan tukang masak lepas ni, IN Shaa Allah jika badan sihat dan hati senang memang semua benda nak buat, tapi jika badan sakit dan hati kelam kabut tak menentu buat apa pun memang tak selesa.
Apa pun susah hati ke! sakit hati ke! semua nya di dunia saja, bila kita dah tak ada di dunia hanya amalan kita jugak yang di kira, jadi kena berpada pada lah seimbangkan amalan dunia dan akhirat
WALLAHUAKLAM


12 comments:

  1. Rindi masakan dan celoteh Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindi ke rindu ni Mie, mesti sedang kelam kabut ni kann, In Shaa Allah doakan supaya kaknoor rajin mengupdate blog ok!!

      Delete
  2. Selamat kembali bersiaran k.noor! Rindu dgn celoteh maktok sorang ni hehe...

    Tangan k.noor sejuk, tanam apa saja menjadi. Best!

    ReplyDelete
  3. sedap sangat nampak solok lada tu... kalau beli nasi kerabu mesti nak ada solok lada dan telo masin... sodapppp!

    ReplyDelete
  4. Assalam kak noor..mewah betul solok lada tu dengan isi ikan..kalau yg beli tu nyoq jer banyak huhu..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak noor solok lada..

    eh malu pulak saya kak noor minta resepi kek batik saya tu hehehe
    saya sertakan resepi kat sini ye..

    Bahan2:

    Sebungkus biskut marie ( mama guna semua je)
    Butter 250gm
    Milo sebungkus peket kecik tu (250gm kot berat dia, lupa lak mama)
    Susu pekat manis setengah tin
    Telur ayam 2 biji (letak telur lagi gebuss kek)

    Cara membuatnya :

    1.Cairkan butter dalam kuali
    2.Kemudian masukkan susu pekat kacau sebati.
    3.Masukkan milo kacau lagi sampai sebati.
    4.pecahkan 2 biji telur kacau lagi
    5.Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan(mama patah 4)
    6.Tutup api, kacau lagi sekejap.
    7.Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi padat.
    8.Taburkan kacang tanah yang telah ditumbuk (kacang tanah disangai terlebih dahulu)

    ReplyDelete
  6. msti sedap betul isi nya tuh, nampak penuh isi tak kedekut hehehhe...

    alahai comei nya sweet chili ngn cili bonet kak nor tu heheheh...

    ReplyDelete
  7. Sedap solok lada tu kak noor..
    Cantik2 cili2 pilihan kak noor buat solok lada tu mcm sayang pulak nak mkn..

    Kak noor tak sihat ke..
    Semoga kak noor segera sembuh ye..
    Ye la..
    Kalau fikiran berceramuk mmg tak ada mood nak update blog..
    Mcm saya juga..

    Betul tu kak noor..
    Dunia hanya sementara..
    Alhirat jua kekal selamanya..

    Kak noor nak juga benih cili scotch tu.. malu2 nak minta ni ๐Ÿ˜Œ

    ReplyDelete
  8. Rajin Kak Noor buat solok lada. Macam banyah kerja lah untuk PH yang pemalas ni hee..hee... PH punya cili kat garden, hmmmm...tak nak berbuah :(

    ReplyDelete
  9. Mkn nasi kerabu klu xder solo lada mmg kurang uummphh la kan k.noor. Takpernah lg wat homemade punyer. Nmpak mengancam..boleh try nnti. Tak tau bila lg. Hihi

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tu kak noor...SA suka nasi kerabu daging bakar..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  11. Bukan susah mana pun buat solok lada ni ye KN. Cuma rajin dengan tidak je. Kalau rajin jadiklah mcm KN. Kalau malas jadilah mcm saya, dapur tak berasap haha...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home