Apam Nasi Bunga Telang

Apam Nasi Bunga Telang

ASSALAMUALAIKUM
Sedikit tazkirah yang kaknoor petik dari blog Dr Khalid Basalamah 

Timbulnya rasa cinta dan benci karena Allah Ta’ala, adalah salah satu tanda seorang hamba telah merasakan nikmatnya iman. Ia tidak akan menyukai sesuatu, kecuali Allah Ta’ala meridhai sesuatu itu. Ia juga tidak akan membenci sesuatu, kecuali Allah Ta’ala pun membenci sesuatu itu. Ia membenci apa yang tidak Allah Ta’ala ridhai, sebagaimana ia benci jika dikembalikan kepada kesesatan.
Semoga kita termasuk hamba-hambaNya yang merasakan nikmatnya iman. Amin!

MUHASABAH DIRI SENDIRI




Berbalik resepi hari ni yang pernah kaknoor letakkan setahun lepas kot rasa nya, tapi hari ni baru buat lagi sebab ada lebihan nasi kerabu biru, lagipun dah balik anakanda ke empat ni, macam-macam dia nak makan, jadi mama memang tak dapat kalau tak buat apa-apa yang anak-anak nak makan sebut saja nak makan apa pasti sejam dua jam lepas tu memang dah ada terhidang, itu lah seorang hati seorang ibu, tapi seorang anak belum tentu dapat buat macam tu dengan ibu kan!!!




Bahan nya
1 cawan nasi sejuk kaknoor guna lebihan nasi kerabu biru
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast
Kelapa parut putih dan secubit garam yang digaul rata
Untuk resepi ni kaknoor gantikan 1 1/4 cawan air tu dengan air bunga telang yang telah diramas sebanyak 20 kuntum bunga atau lebih..
  Cara nya

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast.
Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air bunga telang dan gula pasir hingga halus.
Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin.
 Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam.
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 ke 20 minit
Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut putih.




Mudah saja pun nak buat kan, asalkan ada nasi biru tu, tapi kalau takde pun nasi biru boleh jugak guna air bunga telang dengan nasi putih biasa saja, cuma kena lebihkan bunga telang tu lah..




Orang-orang lama mesti suka dengan apam macam ni sebab lebih lembut dan mudah mengunyah, apam ke, bingka ke mesti sinonim dengan orang-orang veteren ni, orang muda memang tak pandang kot rasa nya diaorang muda lebih suka bercheese, bergorengkan!!! Kalau ada orang muda yang suka kueh macam ni mesti dia tu anak emak lah tu hehe..



Alhamdulillah untuk sessi minum petang dah ready ni..



Ini lah bunga pokok bunga telang pada siapa yang tak tau, kaknoor tanam kat tepi pagar rumah je, biasa lah rumah kampong..

16 comments:

  1. Ya Allah sedapnya....lagi kalau kelapa lebih...lemak..kak kalau terus kukus dalam loyang je pun boleh kan kak...macam apam biasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh PC terus kukus dlm loyang lepas tu baru potong, kaknoor malas potong tulah buat dlm acuan kecik ni

      Delete
  2. APAM BUNGA TELANG YG CANTIK N SEDAP TU

    ReplyDelete
  3. oo..guna lebihan nasi kerabu...bagus kan tak membazir.Nasi kerabu biru kalau tak abes, nk buat nasi goreng cam pelik la pulak..Dah buat apam mesti laku heheee

    ReplyDelete
  4. cantik betul warna pepelnya... lg cantik dr pewarna ungu tuh

    ReplyDelete
  5. eh saya suka ni kak, apam,kuih kaswi macam2 lagi kuih lama yang saya suka. apam nasi pernah cuba buat sekali tapi tak berapa nak jadi terus tak buat dah, lainkali boleh cuba lagilah

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat berjiran dgn k.noor hikhik

    Tak pernah makan apam nasi ni. Tapi saya suka je kuih muih traditional ni k.noor. nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  7. as salammualaikum kak noor..

    kak noor apa khabar?diaharapkan sihat selalu lah hendaknya ya...

    resipi kak noor tak pernah xmengujakan.semuanya nampak sedap...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Kak Noor.... cicah dengan kelapa parut extra lagi terangkat. Cantik kaler purple tu.

    ReplyDelete
  9. Salam knoor,cantiknya warna apam tu, mesti sedap tu

    ReplyDelete
  10. Resepi apam nasi kak Noor yg warna warni tu dah selalu saya buat, pasni nak buatlah apam nasi kerabu... kotlah dtg kerajinan.

    ReplyDelete
  11. Kena perap juga ye KN...Yelah kan nampa pun apam hihi...
    Saya ni kurang penyabo orangnya KN, kalau boleh terus masak lagi bagus....nak cepat makan hihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home