All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang untuk semua adik2 blogger, hari ni hari yang palinggggggg sibok dengan packing macking aduii fenin dah kepala ni tapi nak jugak buat entry sebelum berangkat.
Kali ni resepi akak resepi segera SAHAJA sebab nak cepat,lagipun kesian jugak pada anak2 sebelum mama berangkat biarlah mama tinggalkan air tangan mama dulu untuk jajan diaorang walaupun hanya brownies segera, tapi tetap rasanya memikat hatiku,tak percaya try lah...
Bahan2nya memang tak banyak sangat kalau guna brownies segera ni 
Hanya
2 biji telur
Air sejuk dan Minyak sayuran
dan sekotak brownies segera cuma $B 3.30 je murah kan!!!
Semua bahan dimasuk dalam mixer dah kembang dibako selama lebihkurang 50 minit dan lepas tu dah boleh 
SANTAP cepat dan mudah..



Waduh2 tengok lah coklat chip yang berkilat2 tu bukan saja anak2 yang teringin 
IBU2 BAPA2 pun teruja jugak tu kan 



Sebenarnya mulai esuk akak akan berCUTI selama sepuluh hari untuk pergi ketempat di atas tu kerana menghadiri majlis graduation anak ke2 akak di University of Bath,kemudian akan tinggal di London dirumah anak sulung yang menghabiskan tahun ke2 PhD di Imperial University selama beberapa hari,dan akhir sekali akan ke Malvern sekolah anak ke3 yang tamat  Form 6 kerana ada majlis penyampaian hadiah INSYAALLAH 
Semoga perancangan berjalan lancar doa kan akak dan hubby pergi dan balik dengan selamat ya
kerana perjalanan yang jauh hampir 16 jam didalam plane amatlah memenatkan
kalau ada masa dan kesempatan akak akan update blog atau Fb ke tapi kalau keadaan sebaliknya kena tunggu sampai kerumah semula lah,sorry dalam masa bercuti akan tak dapat bertandang ke blog adik2 semua, tapi dalam hati memang dah jatuh cintan cintun dengan blog ni memang gatal je nak update kalau ada PELUANG
walaupun bukan dalam bab masak memasak tapi mungkin sekitar perjalanan pergi dan balik akak nanti
INSYAALLAH 
akan dikemas kini dari masa kesemasa



JUGAK kalau bekesempatan akan melawat adik beradik sepusat sepusing yang comey lotey tu
kat Istana Buckingham yang tak jauh dari London,sebab dah beberapa kali pergi asyik miss je nak singgah Istana tu hanya lalu dari luar je
itupun kalau  keadaan mengizinkan
INSYAALLAH


Oklah ya selamat santai semua ESUK pagi2 sebelum nyamuk bangun akak dah berangkat 
Jumpa lagi ya kalau panjang umur di dapur akak
Sudi2kan lah tinggalkan komen2 menarikss supaya walaupun jauh dinegera orang adik2 akak semua akan sentiasa dihati Kak Noor heeeeee



Assalamualaikum adik2 semua..
Ini kali ke2 akak buat chilled blueberry cheese tart ni pada hari kamis lepas 
Sebenarnya tak tau nak buat apa yang sikit menariksss lah sebab disini tart yang ada "toing2" diatas tu agak jarang jumpa,ternyata bila dibawa kemajlis nikah anak kawan akak tu ramai yang minat sangat kata cantik dan nak tempah segala,waduh2 kembang lagi lah akak,tapi sebenarnya akak pun tumpang resepi dari si comel RAHEL YANG TERER BAKING tu jugak,anak2 akak apa lagi memang dah booking time dia orang balik memang nak chilled blueberry ni jugak
ALHAMDULILLAH  resepi nya tak lah susah sangat dan cepat kalau kita dah buatkan awal kulit tart tu,lagipun kulit tart ni memang tahan lama kalau kita buat awal simpan dalam tupperware bila2 perlu terus ON je dah siap, untuk yang nak merujuk resepi boleh klik  CHILLED BLUEBERRY CHEESE TART semuanya akak ikut RAHEL tkde suatu pun yang kurang,tapi memang sangat sedap lah siapa yang mencuba sekali mesti nak dua kali tiga kali heee




Dah siap2 masuk dalam bekas aluminium untuk dibawa ke majlis
Acara wajib mesti kena ambik gambar dulu heee


THANKS RAHEL resepi yang sangat sedap untuk adik2 yang belum mencuba tu sila2lah merajinkan diri anda tak rugi tau mesti jadi punya..



Assalamualaikum dan salam pagi isnin untuk semua !!!! diharap semua nya sihat2 walafiat disamping tugasan harian kita baik yang wajib atau yang sunat makroh segala,buatlah apa saja kegemaran kita asal jangan abaikan yang WAJIB ya adik2 semua!!!
HARI ni akak nak kongsikan resepi  ulangan yang tak jemu dimakan dan menjadi kegemaran orang belah2 UTARA sana iaitu masak cuka dan menjadi kegemaran seisi rumah akak jugak walaupun dah tak tinggal  di utara lagi hee,paling tidak seminggu sekali mesti buat masak cuka ni..



Jom terus tengok resepi yang agak mudah ni..
Bahan2nya

Beberapa ketul isi ikan ( tak kisahlah ikan apa digaulkan garam dan kunyit dan goreng)
1 inci halia dihiris kecil memanjang
7 ulas bawang merah di belah dua
5 ulas bawang putih jugak dibelah dua
1 sudu lada hitam di kisar kasar
1 sudu jintan manis di sangai dan di kisar
1 1/2 sudu cuka
sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
minyak,garam dan gula

Cara nya
Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka ni
Seeloknya masak cuka ni dibuat dan disimpan semalaman baru best dimakan,menjadikan dia lebih MESRA gitu ..


Ikan masak cuka dah siappppppppp dah boleh makan dengan nasi lah panas ke sejuk boleh lah dilayan kalau ada yang suka pedas boleh gigit tu yang atas dua tiga biji tu baru menendang sikit heee




Assalamualaikum dan selamat pagi semua,hari ni resepi  cheese lagi biasalah nak menghabiskan stok cheese ni  takut expired,masa beli dulu tak hingat banyak sangat,maklum bila banyak tu lebih murah dibandingkan beli sikit2 jadi utk menghabiskan ni lah yg siksa sikit tapi kalau ada cheese ni anak2 cornfem suka so tklah bimbang sangat mesti habis punya heeee

Resepi ni akak cedok bulat2 dari buku masakan Taste of Home lagiii resepi shortcuts nama nya best jugak lebih cepat dan mudah dan tak ambik masa yang panjangggggg utk membuatnya




Bahan2nya

4 keping tortilas * untuk dua set
1 sudu besar butter
2 oz cream cheese 
1/4 cawan cheese cheddar parut
1/4 cawan  cheese mozarella
2 sudu besar bawang besar dadu
2 sudu besar mix vege
1/2 cawan isi ayam cincang
sedikit kiub ayam or ikan bilis or perasa lah

Caranya
Panaskan sedikit butter  masukan bawang dadu dan goreng sehingga layu,masukan ayam dan mix vege jugak kiub dan masak sehingga lembut dan kemudian tutup api 
Ambil roti tortila tu letakkan butter diatas nya dan sapu sehingga semua permukaan tortila berbutter
letakan adunan yang dimasak tadi,letakan semua jenis cheese dan akhir  sekali lapiskan dengan satu lagi tortila dan sapukan dengan butter dipermukaan tortila, buatlah sehingga habis tortilas tu dan panggang dengan suhu 200'C selama 10 - 15 minit sehingga kuning permukaan tortilas bolehlah diangkat dan dimakan panas2 ranggup dan sedap bangatttt..





Ranggup krup krap krup krap bunyi dia tau !!!!





ASSALAMUALAIKUM  adik2 bloggers dan tidak yang sudi singgah didapur kak Noor ni, sebenarnya dah lama teringin nak buat kek batik ni sejak IZAH PENCINTA MUFFIN buat pada bulan Mei baru ni,tapi dok sibuk2 sana sini,sini sana belum jugak buat nya, lepas tu ternampak lagi K.NOR @SecubitGaram letak kat blog dia pada June 18 baru ni tulah yang jadi tak boleh tahan kebetulan semua bahan2 dah ada apa lagi akak terus bersinsing lengan buat kek ni tapi taklah secantik yang IZAH & K.NOR buat maklum lah baru firstime buat yang bercheese ni,pesona pun entah lah tk pesona kot,cuma rasa nya SANGAT SEDAPPPPPPP, sampai Mr hubby minta lah mana kek yang sedap tu ada lagi tak?? bekenan lah tu kan dengan rasa nya walaupun rupa nya agak kureng!!!INSYAALLAH mesti nak buat lagi lepas2 ni tunggu anak2 berkumpul ramai2 hee

Resepi nya semua akak copy je dari blog Izah dan semua nya ikut sifu lah tak pandai nak derhaka lagi,maklum orang tua baru belajar,tapi mungkin kalau dah buat 2,3 kali  pandai lah tu ngelat sana sini kan,izinkan akak kongsikan resepi ni diblog akak ya IZAH mana tau untuk rujukan anak2 akak pulak nanti resepi  yang sangat sedap ni..


KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA
by: izah IML

LAPISAN COKLAT
sumber: DI SINI

Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.




LAPISAN CHEESE
sumber: DI SINI

KEK LAPIS CHEESE PESONA
*izah buat half

resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram  & Mas  & Zaliedana

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi 
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.






Tengoklah lapisan cheese nya tu agak terkeluar sikit tak sempat nak jilat lah tu terus snap gambar
Jangan pandang pada rupa tau rasanya baru tau sehingga menjilat pinggan sebab tak sempat nak keras 
akak dah potong tak sabar nak tengok hasil nya tu,tapi ALHAMDULILLAH tak lah buruk sangat kan
Janji rasa nya MEMIKAT HATIKUUUUUU... 





ASSALAMUALAIKUM  WARAHMATULLAHIWABARAKAATUH!!!!
Aduh lama nya rasanya tak bersiaran, sedangkan baru je dua hari  kot hahaa
Tuntutan tugas yang perlu dibereskan  dan jemputan majlis2 sana sini yang terpaksa dipenuhi
Membuatkan berBW terpaksa dilupakan sekejab walaupun dalam hati gatal je nak mengomen dan menulis itu ini, hatta hari ni pun  esuk dan lusa ada majlis perkahwinan anak kawan rapat yang WAJIB pergi jadinya memang tak berasap lah dapur akak,apa nak buat kita hidup bermasyarakat,mesti kena bantu membantu esuk2 time anak kita kawin takde yang tolong dan datang padan muka kan heeeee
Alahai membebel lah pulak kak Noor jom lah tengok resepi mudah ni kenyang jugak perut 
hehee...


Ni resepi semalam disebabkan terlampau sibok akak buat 3 in 1 saja makan dari pagi sampai ke malam hahaha

Bahan2
1 bungkus mee kuning kering,rebus sampai agak lembut toskan dan gaul dengan minyak bijan
1/2 kg tulang daging direbus sehingga lembut
1/2 bungkus bakso segera
Halia 1 inci + 3 ulas bawang putih + 1 biji  bawang besar dikisar
1 sudu rempah sup
Kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkeh secukupnya
sedikit kicap manis dan garam

Caranya
Masukan bahan kisar, rempah sup,bunga cengkih,lawang dan kayu manis dalam periuk tulang yang direbus tadi dan biarkan mendidih dan boleh lah dimasukan bakso dan garam secukup rasa
Kak Noor suka campur sedikit kicap manis untuk mencantikkan kuah sup tu agak kehitaman dan rasa pun lebih ummpphhhh, dah cukup rasa boleh lah ditutup api

Untuk buat sambal cili tu,panaskan sedikit minyak,masukan sdikit halia dan bawang putih yg ditumbuk,tumis sehingga wangi,baru masukan cili serbuk,garam dan gula,masaklah  dengan api yg perlahan dan kalau perlu tambah sedikit air,dah pekat boleh lah diangkat.

Bahan tabur
Sedikit daun bawang,limau dan lobak masin yang dihiris kecil drendam dgn air panas dan ditoskan
Bolehlah dihidangkan dengan mee yang dilumur minyak bijan tadi. + 1 sudu sambal cili + daun bawang  + kuah tulang + bakso  =   SEDAPNYAAAAAAAAA...

KALAU SEDANG LAPAR MEMANG TAMBAH 2X NI HEEEE





ASSALAMUALAIKUM semua pengunjung setia blog akak yang serba serbi kurang ni hee,umor je bertambah tapi ALHAMDULILLAH masih sihat walafiat di beri ALLAH semoga adik2 akak jugak sihat ya untuk memasak demi KELUARGA tersayang

Hari ni akak nak kongsikan resepi kue teow yang akak hentam2 sendiri tapi ternyata sedap jugak,lagipun dah anak2 ni dok minta mama bila nak buat char kue teow, sebenarnya kalau char kue teow yang original mana tokeh2 restoren tu nak kongsi  resepi kan jadi kita buat yg ala2 char gitu cukup lah,anak2 akak kata sedap oklah tu bukan buat untuk jual pun heee nak sedapkan hati sendiri lah tu kan..

Bahan2nya
Sebungkus kue teow basah
1/2 kg udang sederhana besar dibersihkan * ada jugak orang tak buang kulit tapi susah nak makan hee
Taugeh secukupnya
Kucai secukupnya dihiris
Telur secukupnya jugak
Sos Tiram,kicap manis,kicap masin agak2 je
Cilipadi tumbuk 
5 ulas bawang putih tumbuk
Tepung jagung untuk pekatkan kuah


Caranya
Panaskan sedikit minyak masak,kak Noor campur sikit minyak bijan nak kasi wangi kemudian masukan cilipadi tumbuk dan bawang putih kacau sampai wangi
Masukan udang,kicap manis,masin dan sos tiram,kalau perlu masuk sikit air dan bancuhan tepung jagung
Dah kuahnya mendidih boleh lah masukan kue teow, garam dan gula sikit,dan masak sekejab agak2 kue teow dah lembut masukan telur sebiji demi sebiji tapi jangan di kacau biarkan dulu 
Kemudian baru masukan taugeh dan kucai dan boleh lah tutup api
Semasa menghidangkan pastikan setiap pinggan ada telur sebiji sorang baru best,dan telur tu jangan terlalu masak kalau half done lagi sedappp
kalau suka cili padi tabur kat atas pun ok gak,tapi kalau tak char kue teow tu pun dah pedas..




Char Kue Teow ni sedap dihidangkan time panas2 tu kalau dah sejuk agak kurenglah sebab segala benda dalam tu dah kembang semangkok memang tak besttt
Jom kita makan duluuuuu heeee
Biar Char kue teow ni kembang di perut hahaha




Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ni paling busy macam2 aktiviti kena buat dan terpaksa buat redho kan saja,sampai petang ni baru dapat ber BW letih dah satu hal jugak,tapi nak jugak buat entri hee,lagipun aiskrim ni dah di masuk frezer sejak semalam ni jadi hari ni tak payah buat apa2 lagi makan aiskrim goreng ni je 


Akak memang suka buat yang mudah2 belaka,ais krim pun akak guna yg yang dah ready made lah,,akak guna aiskrim coklat,sebab yang ni saja ada dalam simpanan di frezer tu, roti pun sebeno beli dah lama jugak tapi dah masuk dalam esbok kira oklah terlepas sehari expired nya haha,anak2 kak Noor ni kalau tkde roti minta dibelikan roti, dah ada roti makan yang lain2 tak peduli pun kat roti sampai dah expired dan  kesejukan dalam esbok, jadi nya kebetulan dah dia sejuk tu akak tambah lagi kasi sejuk bubuh aiskrim kat dalam tu dan masukan dalam frezer lagi U ..., rasanya semua orang pun pandai kan buat aiskrim goreng ni kan,tapi mana tau ada yang masih pening cemana nak buat ayoh ikut akak buat resepi yang always mudah ni 

Bahan2 nya
Semesti lah roti yang banyak sebantai ke dua bantai..
Aiskrim apa saja perisa secukup nya


Caranya
Ambil sekeping roti,letakan aiskrim ditengah2 nya,agak2 je tau jangan terlalu banyak,kemudian ambil lagi sekeping roti letakan kat atas aiskrim tadi bagi dia tertutup,kemudian ambil gelas ke or cawan yang bentuk bulat tekankan pada roti yang berisi aiskrim tadi sehingga putus kesemua bahagian tepi roti tu.
Buatlah sampai habis roti dan lepas tu masukan roti yang ada aiskrim tadi dalam frezer beberapa jam atau nak cantik lagi semalaman lah baru digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh,api yang kecil dan tak perlu lama tau cukup sekadar dah kekuningan gitu boleh diangkat,rasa nya aiskrim goreng ni masak kurang dari seminit,dah lepas goreng jangan tangguh2 terus je ngap nnti aiskrim tu cair memang dah tak sedap dan ranggup lagi tau..



Ok akak dah nak makan aiskrim ni nanti cayaq susah wooooo  lepas ni boleh bersantai bantai jab kan..


Memang sedap dan ranggup kalau panas2 so apa lagi ditunggu jom kita makan sebab baru ja goreng dua tiga minit heehe




Selamat petang semua adik2 blogger,petang ni kak Noor nak kongsikan satu resepi mudah yang di kutip dari buku resepi Taste of Home, sangat mudah untuk yang baru berjinak2 nak buat kueh istimewa untuk anak kak Noor ni teringin pulak nak buat cookies hari ni lagipun memandangkan dia sudah bercuti,jadi nya masa terluang agak banyak lah sementara nak tunggu masuk JIS ( Jerudong International School ) for Pre U pertengahan bulan lapan ni,biasa nya dok tengok mama memasak hari ni DD turun padang semua dia buat sendiri dari sukat bahan sampai bakar,mama ambik gambar je, tulah yang paling mama suka sekali ambik gambo dan mamam..



Jom terus ke bahan2 lah ya
1 cawan chocolate dessert topping
1 biji telur
1 cawan peanut butter * DD guna peanut butter wtih chocolate stripes
1 1/4 cawan tepung naik sendiri


Buat nya senang sangat....
Campur kan saja semua bahan2 tu  gaul sebati dan bulatkan,letak di atas loyang yang telah disapu planta dan bakar pada suhu 220'C selama 10-15 minit atau sehingga masak lah
Sejukkan lepas tu picitkan chocolate nutella kat atas cookies tadi
Sekejab saja ada kat atas tray tu lepas tu dah hilang cookies ni
Rasanya sangat sedappp !!!betul ni akak cakap agak ranggup Pak Haji akak yang tak suka peanut butter pun selamba ja ia makan sampai habis sepiring yang utk demo sessi photo hahaa



Wah anak mama  Madihah or DD panggilan dirumah dah pandai buat cookies heee,selama ni tak pernah pun berminat masak memasak ni
Mungkin teruja jugak kot tengok mama dok masak hari2
ALHAMDULILLAH satu permulaan yang bagus tu esuk2 boleh try buat yang lain lagi 
sementara nak sekolah semula heheeee



Yang dalam pinggan tu masa adik2 blogger membaca dah kosong tau hahaha 
dikebas oleh Pak Haji gue tu


Ini mesti WAJIB buat untuk raya nanti ni sebab Senang Mudah dan Sedap 
Menu SMS lah tu kan heeeee


Assalamualaikum semua yang selalu singgah kat sini
Kadang2 kerja memasak hari2 ni dah takde idea kan,asyik ayam ayam je hari hari,sekarang ni kak Noor dah tak larat nak makan ayam,kalau masak ayam tu untuk anak2 je dan hubby,kalau untuk kak Noor gorenglah ikan masin ke tempe ke pelik lah selera orang tua sekarang ni, tapi kalau daging tu boleh lah jugak sebab jarang masak,lagi pun daging ni tak ramai yg makan kat umah akak ni,tulah jarang akak beli,tapi disebabkan ada yg minta nak makan daging black pepper ni kena lah tunaikan hajat jugak nanti masam muka  jadi incredible hulk lagi susah akak heeee



Jadi hari ni akak masak daging black pepper atau daging lada hitam lah
Kalau ikut resepi akak memang tak susah pun nak buat ni,jom tengok bahan2 nya ok

1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus sekejab * kalau daging batang pinang just potong je tkyah rebus
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 sudu lada hitam dikisar
1 inci halia dihiris memanjang
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit capsicum tomato dan daun bawang


Caranya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan halia dan bawang besar biar agak layu masukan daging yg direbus tadi dan gorenglah sehingga agak keperangan
Masukan lada hitam,sos tiram dan kicap manis dan kacau lagi biar sebati semua,kalau perlu tambah sedikit air,bila dah rasa masin manis nya boleh lah tutup api dan masukan tomato,capsicum dan daun bawang
Kesemua tu tomato capsicum dan daun bawang dapat dimakan mentah jadinya tk payah lah terlalu masak 
biar ranggup krup krap gitu lebih sedap..
Dah siappppppppp dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih ke nasi minyak ke up to kita sendiri yang nak makan lah kan heeee




Akak namakan rainbow sebab dia ada banyak kaler tapi rasanya taklah se rainbow mana pun kan tak kisahlah tu janji tuan umah ni perasan rainbow kira ok laht u..




Assalamualaikum  semua,apa kabar dihari minggu ni harapan dari akak agar semua nya sihat2 saja ya,biasalah hari minggu kan hari cuti so hari ni akak pun cuti masak lah,apa kata kita makan orkid je heee
kalau kenyang boleh jugak kan,lagi best makan bunga U tentu wangi satu badan..
Sebenarnya petang semalam kempen2 kat luar rumah membersihkan apa yang patut  jadi nya terus lah tengok orkid2 yang berkembang,lama jugak akak tak kuar bersiar2 kat luar haha sejak rakan Fb dulu datang dah jarang kuar rumah maklum lah sibuk macam2 kat dalam umah bersilat kat dapur tak habis2, jadi hari ni akak nak kongsikan dengan adik2 semua dan jamu mata aje lah tengok orkid akak ni ya, kalau ada yang  bekenan dihati tu masuklah meminang  insyaallah akan di pertimbangkan hehee



Sila jamu mata saja hari ni ya tak pe mata pun nak jugak kenyang kan..


Antara banyak2 orkid tu yang ni lah yang jadi pujaan hati orang kerana bentuk nya yang agak unik kalau tengok betul2 macam rama2 warna coklat gitu..


Antara yang bagus orkid ni bunga nya sangat tahan lama,apa lagi yg jenis ni dua tiga bulan jugak baru dia layu 



Amacam yang ni cantik tak,lembut je kaler dia kan kuning air gitu loh..



Konfem tak sama dengan yang atas tu tau sebab yang ni tengah nya pakai baju kaler purple hee



Sebenarnya semua nya baru lepas siram akak lah yang siram,tapi yang satu ni melekat air pulak,sedang kan  yang lain tidak unik kan!!!



Kaler purple yang paling banyak koleksi akak entah mungkin suka purple kot ke memang orkid yang banyak spesis purple
LU PIKIR LAH SENDIRI HEHEE
Jangan marah hah, akak main2 je..



Kaler oren yang agak kurang lah dalam koleksi akak tapi alhamdulillah yang ni pun subur mudaha2an lambat lah KO nya nnti ..



Yang ni yang best dah jadi serumpun lah pulak sebenarnya ditanam dalam pasu yang dekat,kebetulan semuanya berbunga masing2 dengan kaler yang berlainan



Orkid yang jenis nya agak besar lebih besar dari yang lain2 mungkin dia ni spesis giant kot heee



Purple lagi kan kaler orkid ni cuma bentuk nya berlainan dari yang sebelum ni..



Yang ni pun ada campur purple jugak tapi purple hijo muda cantik tau kalau tengok depan2 mata
tak tau lah kalau tengok dalam gambar ok ke kaler ni??



Yang ni kuning lah pulak,satu lagi yang melekat air kat bunga dia tu,sama spesis purple yang mula2 tadi kan,mungkin dia orang dari jenis yg sama kot murah rezeki lah tu kan..



Yang ni spesis belang harimau yang jarang2 sekali berbunga,pun kalau  berbunga memang tahan lah asalkan kalau siram jangan kenakan air pada bunga nya tu kalau tak dia cepat busyuk dan layu,so kena pandai jaga hati ni agak sensitif..



Yang ni Borneo Orkid memang cantik lah kaler dia macam baldu kalau kita pegang kat bunga tu berbulu sikit2..



Alahai yang putih ni dua tiga kali ambik gambar masih blur tk tau apa pasal dia tak mau terang,last2 biarkan lah memang dia malu kot ...


Alhamdulillah yang ni pun purple jugak,ada lebihkurang 20 jenis bunga orkid yang berbunga lah pada petang semalam,sebenarnya memang banyak lagi tapi bunga nya sama spesis sebab bila dah tua tu dia kan jadi anak2 pinak so my hubby pisahkan ke pasu lain jadi nya  banyak lah orkid ni,sebenarnya yang akak beli semua nya satu jenis tapi sekarang ni dah melarat2 beranak pinak piut miut entah apa2 lagi
ALHAMDULILLAH REZEKI ALLAH BAGI KAN KITA JAGA LAH..
UNTUK  MENYERIKAN PONDOK AKAK NI...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home