All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari selasa untuk semua yang sudi berkunjung ke blog akak, baik yang  lama atau yang baru samaada meninggalkan jejak atau sekadar sekodeng seimbas lalu tak kisah lah tu, hak peribadi masing2, lagipun setiap kita punya masa dan tugasan terhadap keluarga yang pasti nya lebih penting dan wajib ditunaikan, tak kisah lah tu THANKS banyak2 pada adik2 yang sudi singgah disini 
Luv U all semua !!!!

Berbalik pada cerita resepi hari ni super moist eggless chocolate cake sangat sedap dan sebab tu lah 
RAHEL tak nak berhenti kalau makan cake ni memang betul lah tu sangat moist rasa nya, kek ni akak buat masa hariraya korban baru ni dan memang tetamu cakap sedap lah heeee ketawa sumbing makcik ni kan kena puji hahaa, thanks RAHEL akak minta izin kongsikan resepi kek ni di blog akak jugak ya, rasa nya nak kena buat lagi tak puas makan maklum berebut2 time raya tu.






Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)Kak Noor punya takde brand haha..
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco peminat coffee semestinya guna coffee emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair 
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).Kak Noor buat versi cupcake dan yg macam kat atas tu jugak
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.




SIAPA yang belum cuba wajib cuba ni tau RUGI BESAR kalau belum merasa
yummmyyyyyyy.




ASSALAMUALAIKUM dan salam hari isnin yang busy, biasalah lepas raya dan cuti anak2 pun dah start sekolah, ibu2 pun start lah rutin harian seperti biasa, dan  para ibu2 mesti tak dapat lari dari agenda masak memasak ni kan, hari ni akak nak kongsi kan resepi kuih lama yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, tapi kalau dulu kita gunakan loyang untuk mengukus ubi kayu ni tapi hari ni akak guna acuan apam, agak tebal lah waktu kukusan mesti kena lebih sikit lah daripada guna loyang biasa ya

Jom semak resepi simple ni



UBIKAYU KUKUS TRAFFIC LIGHT

Bahan-bahannya
  • 1 1/2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan diperah air nya
  • 1 peket santan serbuk
  • 1/2 cawan gula putih atau 3/4 cawan gula merah
  • 3 sudu tepung ubi
  • 1 sudu margerin
  • secubit garam
  • kelapa parut secukupnya
  • pewarna merah,kuning dan hijau
Cara membuatnya
  • Masukan semua bahan dalam bekas besar kecuali kelapa parut, gaul semua biar rata dan sebati boleh jugak diblend kalau mau lebih halus tekstur nya
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan hijau merah dan kuning
  • Lengserkan tray dengan sedikit marjerin dan masukan lah satu2 dalam satu tray yang sama.
  • Yang ni akak masukan dalam acuan apam sukahati sendiri lah ya..
  • Boleh lah dikukus selama 30 minit atau sehingga masak dan pastikan kukusan tu telah dipanaskan dulu.
  • Bila sudah masak potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang sudah dicampur sedikit garam dn boleh lah disantap dengan bahagia nya sekali heheee..





ASSALAMUALAIKUM dan salam AIDILADHA hari yang ke3 hari ni, tapi semua yang dalam gambar ni adalah masa Aidiladha yang pertama, lazimnya diBrunei Darussalam tak ramai yang menyambut hariraya Aidiladha, dan kalau ada yang sambut pun mesti orang Malaysia yang dah jadi orang Brunei contohnya akak hehehe, kosong dan sunyi rasa nya kalau time hariraya Aidiladha takde buat apa2 jadi dengan sukarela nya akak merajinkan diri memasak apa yang termampu dua tiga jenis menu kegemaran anak2 dan kawan2 untuk dihidangkan pada tetamu, ALHAMDULILLAH sambutan sungguh menggalakan dari pagi sampai ke malam melayan tetamu yang datang.



Antara tetamu akak yang datang ipar duai biras bisan hahaa semua nya kekenyangan
ALHAMDULILLAH



Tetamu cute mute ni jugak tak lepas peluang untuk datang beraya kat rumah akak..




Auntie dan anak buah yang cute mute..


Keluarga  baru  heee




Best kan kakak sebelah tu maintain je kecik molek orang nya
Kak Noor je debab aduiiii



Pak Haji melayan sibuk melayan tetamu



Kak Ani ni lagi senior dari akak tinggal kat Brunei  senasib lah kami terpakasa bermastautin kat negeri orang.




Arabella yang cute mute...


Tiga orang tu Malaysian  yang dah jadi Bruneian 
ALHAMDULILLAH 
Macam tiga beradik lah pulak..



Seri pengantin baru  yang baru seminggu jadi RAJA SEHARI..



Pak Haji and his adik and anak sedara sama dan serupa kan...




Tetamu jauh dari Pahang yang datang semata2 nak beraya kat Brunei , sempat lagi berkunjung kat rumah akak TERIMAKASIH ALLAH menemukan kami semula,,



Lagi sedara mara Pah Haji ku heeeeee



Tetamu cilik dan mama nya yang sangat suka laksa...
Nak tau berapa persen dia kasi markah laksa akak??
Katanya laksa aunty Noor boleh kasi 100%  hahaa 
Mesti dia sedang lapo tu kan Surina.....




Bakal pengantin baru yang serasi bersama



ALHAMDULILLAH  selesai sudah majlis hariraya Aidiladha tetamu suka makan 
Tuan rumah suka masak
TERIMAKASIH banyak pada yang sudi singgah di teratak kak Noor yang tak sepertinya itu
INSYAALLAH lain kali gether2 lagi....

ASSALAMUALAIKUM dan salam 9 zulhijjah untuk semua, rasa nya hari ni mesti ramai yang berpuasa sunat kan, kerana banyak pahala siapa yang berpuasa sunat hari arafah ni, selagi badan sihat dan terdaya eloklah kita menahan diri kita dari segala makan dan minum sebab hari2 rasa nya kita dah terlebih  makan jadi hari ni stop lah kejab ya..


Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”




Menu hari ni pun simple je sebab busy dengan benda lain yang tersangat lah banyaknya, hanya 

SAMBAL BILIS PETAI & TERUNG PIPIT JE

  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • petai secukupnya
  • terung pipit sukahati jugak
  • 4 sudu cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan sedikit minyak




  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga layu dan wangi masukan cili kisar,dan gorenglah sehingga pecah minyak
  • Masukan terung pipit, air asam,gula merah dan garam, akak suka sambal yg berkuah sikit so memang kasi lebih lah air tu
  • Dah rasa semua nya boleh lah masukan ikan bilis goreng,  baru masukan petai, just kacau2 je petai tu kalau over cook nanti warna nya jadi kelabu gitu dah tak hijo..
  • Sedap dihidangkan dengan nasi lemak ke nasi putih biasa pun sangat sedap jugak,yang pasti kalau ada sambal petai nasi mesti kena masak lebih.



  • Orang kata makan petai dengan terung mulut tak berbau!! betul ke??Takpe kita tunggu malam nanti tapi walaupun mulut tak berbau toilet tetap jugak ada udara yang tak sedap tu, pewangi banyak sekarang ni so dont care lah kan heeee



    ASSALAMUALAIKUM  dan selamat menyambut HARIRAYA AIDIL ADHA pada semua adik2 blogger yang selalu singgah disini,  rasanya ini lah kueh pertama untuk musim raya Aidil Adha ni mesti sebab fav sangat time raya puasa dulu kueh ni lah  yang paling laris dan cepat habis,jadi untuk raya haji ni hanya dua tiga jenis kueh fav saja yang dibuat untuk openhouse disamping menu2 fav yang tak boleh ditinggalkan, masa raya puasa yang lepas tak sempat nak update sampai datang raya haji baru lah sempat tapi gambar ni yang baru tau masih panas tu heeee sebab baru semalam buat, thanks ZILA4EVER sebab akak ambik resepi dari blog Zila lagiiii dan kongsikan lagiiiiii disini ya...





    resepi asal : umifeeza
    dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com
    dicuba lagi oleh : Kak Noor 

    Jejari Almond Snow

    Bahan A
    200 gram butter
    100 gram gula kastor
    1 sudu besar shortening
    1 sudu kecil esen kopi
    1 biji kuning telur

    Bahan B
    220 gram tepung gandum
    70 gram tepung ubi
    50 gram nestum dikisar
    40 gram badam kisar
    1 sudu besar susu tepung

    Hiasan
    coklat masakan dicairkan
    white breadcrumb





    cara-caranya

    1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
    2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
    3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
    4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
    5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
    6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



    SEKALI LAGI SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA DAN MAAFKAN AKAK SEANDAINYA ADA SALAH DAN SILAP DI ANGIN LALU YANG SEDAR ATAU TIDAK  SESUNGGUHNYA KITA HANYA MANUSIA BIASA YANG TAK SUNYI DARI SALAH & SILAP DARI  ITU 
    MAAFKAN AKAK YA  KALAU ADA KATA2 YANG MENYINGGUNG PERASAAN ADIK2 SEMUA, AKAK SUKA BERGURAU JANGAN AMBIK HATI TAU
    JUST FOR FUN UNTUK MENCERIAKAN HATI YANG DUKA LARA 





    ASSALAMUALAIKUM  dan salam sayang untuk semua adik2 blogger, tak tahan asyik dok tengok cheesecake disana sini, selera pun boleh tergugat jadi nak tak nak terpaksa lah akak buat jugak supaya jiwa raga tak kacau bilau !! Dah dapat rasa baru lah aman dan tenteram rasa nya kan, al maklum dok makan cotton pasti badan pun jadi ringan agaknya lepas ni kan hahaa falasampah yang salah sama sekali kan kan kan, resepi ni dari seorang rakan fb yang dah expert dalam membuat segala jenis kek,thanks Yatie akak kongsikan resepi kat sini jugak ...


    Bahan-bahan nya
    • 140 gm gula halus
    • 6 biji putih telur  * pastikan takde sikit pun kuning telur dalam putih ni tau takut tak jadi pulak nanti * pesan sifu lah ni
    • 6 biji kuning telur
    • 1 sudu krim tartar
    • 50 gm mentega
    • 250 gm cream cheese
    • 100 ml susu segar
    • 60 gm tepung naik sendiri
    • 20 gm tepung jagung
    • 1 sudu besar jus lemon
    Cara membuatnya
    • Cairkan cream cheese,susu segar dan mentega di atas api yang perlahan,kacau selalu kemudian sejukan
    • Udah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
    • SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI JANGAN SALAHKAN DEN PULAK TAU!
    • Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur,gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu,meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
    • Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
    • Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
    • Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk  menambah keenakan Cotton Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupakan saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...



    Ini kes loyang akak tu kecik jadi supaya tak  melimpah ruah kek tu terpaksa lah buat versi cenonet ni dapat lah 4 biji si cenonet tapi dah kena kebas dua biji oleh anak2 pakai tester kononnnnn!!!




    TAK dapat disangkal kek ni memang sedap dan lembut like a cotton gitu...
    TAPI SORRY LAH DECO NYA KURANG MANTOP DAN ADA CACAT CELA DISANA SINI
    BIASA LAH ORANG TUA YANG BARU BELAJAR BUAT KEK HEEEE




    ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam untuk semua nya, semoga kalian sihat2 saja  hendaknya dihari minggu ni walaupun dah malam, di Brunei masa ni sudah isyak jadi kira masa santai lah lepas solat semua nya sementara menunggu panggilan "pulau bilik" hahaha...

    Kek pisang 40 hari ZILA4EVER ni akak dah buat beberapa hari yang lalu kebetulan ada pisang lebihan dari buat goreng pisang,cek bahan2 semua nya ada gohead sajalah, tak rugi siapa yang mencuba resepi ni sebab lembut dan yummy sekali tekstur kek tu, resepi ni agak banyak adunan nya jadi akak buatlah dua biji satu yang polos dan satu lagi ditambah badam kat atas macam Zila, kedua2 nya pun memang sedap tapi paling best yang ada badam lah sebab ranggup terasa badam krup krup...

    Untuk Zila akak kongsikan resepi kek pisang yang sedap ni kat sini jugak tau, halal kan ya 
    heheee....




    kek pisang 
    resepi asal umi e
                    
    bahan-bahan
    4 biji pisang sederhana besar
    3 biji telur 
    1 3/4 cawan tepung naik sendiri
    1/4 cawan tepung jagung
    1 cawan gula
    1 cawan minyak
    1sdt bikarbonat soda
    secubit garam

    cara-caranya
    1. Pukul telur dan gula hingga kembang
    2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
    3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
    4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
    5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
    6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak.





    YANG NI VERSI YANG ADA BADAM TU dah macam bukit lah pulak...




    SEDAP bangat sampai ada anak2 cakap MAMA BELI KE??? 
    Lepas tu akak cakap JANGAN PANDANG MAMA SEBELAH MATA TAU!!!!!
    HAHAA terperasan lah sudah makcik sorang ni heeee..



    ASSALAMUALAIKUM dan salam hari kamis untuk semua adik2 blogger,masih lagi dengan menu kampong hari ni,sebab ayam pun ayam kampong jadi mesti lah menu yang ala2 kampong jugak, dah lama sebenarnya nak masak gini asyik dok tengok batang pisang muda setiap hari kuar rumah,sampai pisang kecik tu dah jadi mak pisang , belum lagi sampai hajat,akhirnya dua tiga hari lepas terjumpa lagi satu pisang kecik akak tebang je hahaa kebetulan dah ada ayam kampong,masak je kari ayam kampong dengan umbut pisang, dulu2 menu ni memang famous utk majlis kenduri kendara orang kampong di Kedah sana, memang tumbang lah mak bapak pisang, tapi sekarang ni rasa nya dah takda kot menu ni, bila teringin kena lah masak sendiri, bahan nya macam biasa kita buat kari lah..

    Bahan2nya
    2 ekor ayam kampong  dibersihkan dan dipotong kecil
    * ayam kampong lepas dibersihkan diperapkan dengan sedikit tepung dan garam kemudian baru lah dicuci lagi sekali utk hilangkan bau *
    3 sudu serbuk kari daging
    2 sudu cili kering kisar
    2 cawan santan ( pekat + cair )
    1 batang pisang di ambil umbut yg didalam yg lembut tu & dihiris direbus
    5 biji bawang merah dikisar
    2 biji bawang putih dikisar
    1 inci halia dikisar
    1 sudu jintan putih goreng kering dan kisar
    2 biji buah keras ditumbuk halus 
    sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
    sedikit minyak untuk menumis
    garam, gula dan air asam jawa

    Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar bersama dengan kulit kayu manis,bunga cengkih & lawang jugak buah pelaga sehingga wangi,kemudian masukan campuran rempah dan cili kisar dan masaklah sehingga pecah minyak, masukan ayam tadi dan masaklah sehingga ayam agak lembut.  * ayam kampong memang ambik masa yang lama untuk memasak jadi kena sabar menunggu sehingga ia betul2 lembut * bila dah lembut bolehlah masukan santan, air asam jawa, garam, dan gula jugak umbut pisang yang direbus tadi dan masaklah sehingga mesra dan pecah minyak, pokok nya biar kari tu cantik dan merah...

    Dah cukup rasa boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas, sesekali makan ni memang terangkat tau....





    SELAMAT MENCUBA pada yang teringin tapi confem sedap  ayam kampong masak gini meratah lagi sedappppppppp....





    SALAM tengahari untuk semua,lately akak dah malas nak masak yang banyak songeh,janji senang dan mudah dan tak berlama2 kat dapur, macam hari ni awal2 pagi meround kat keliling rumah tengok ulam2 apa yang boleh di ambil untuk dibuat salad konon!!! untuk makan dengan sambal belacan ni, memang banyak ulam yang akak tanam,  tapi kak Noor hanya ambik yang mana bekenan je misal nya, temu lawak tu yang macam halia tu, pucuk ubi, pegaga, pucuk sambung nyawa, ulam raja dan peria tu kat kebun cina di supermarket hahaha...

    Kalau adik2 nak tau amalkan makan ulam2 ni sangat baik utk awet muda tau, tengoklah akak ni heeee
    eh takde lah main2 je memang dah tua pun kan





    UNTUK IKAN BAKAR TU

    Akak perapkan ikan bersama dengan cili kisar campur asam jawa, campur garam dan gula cikit lepas tu campur kunyit dan gaulkan rata dan perap dlm 1/2 jam,baru lah di bakar dalam pemanggang ajaib tu atau boleh jugak dibakar dalam kuali biasa atau masuk oven pun boleh jugak


    UNTUK AIR ASAM

    Akak mesin kan sedikit cilipadi dan bawang merah, kemudian campurkan jugak cili padi hiris, air asam limau,air asam jawa,belacan dan  bawang besar hiris,gaulkan semua campur garam dan gula sikit dan boleh lah dihidangkan bersama dengan ikan bakar tu




    SAMBAL BELACAN

    AKAK mesinkan cilipadi dicampur dengan cili besar jugak belacan,garam dan gula dan gaul rata, baru masukan air asam jawa dan sedikit air limau kasturi  dan sambal belacan sedia untuk dicicah bersama ulam2an 




    Menu kampong yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan
    Dari dulu2 lagi kita orang2 melayu memang dah sinonim dengan sambal belacan kan,tapi rasanya ada ke yang reti nak makan sambal belacan ni
    ISH TAK DE KOT KAN....



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua, masa mood tengah rajin ni akak buat lah snack yang tak jemu di kunyah ni, cadangan nya untuk mengunyah masa raya haji nanti, lagi pun dah tak lama lagi kita akan menyambut hariraya aidiladha,rupa nya benda ni tak boleh buat awal,ramai yang minat asyik nak mengunyah je, dari dua balang besar sampai tinggal satu balang kecil aduii, nampaknya kena buat second round lah ni.

    Tapi tak boleh nak cakap apa lah kalau benda sedap lepas sorang- sorang berebut balang kerepek ketam ni,mama hanya menjeling aje lah, hahaha makan lah nanti mama buat lagi, nak sedapkan hati lah tu kan





    Masa pertama kali akak buat, memang takde campur tepung beras pun, tapi kali ini akak try resepi dari QASEY HONEY yang menggunakan tepung beras,tapi bila dah cari2 tepung beras pun tak ada kat umah semalam tu, jadi akak pakai aje tepung naik sendiri sebab hanya itu je yang ada, yang lain tu macam biasa lah akak tambah sedikit serbuk cili dan serbuk lada hitam nak pedas lah tu..

    ALHAMDULILLAH walaupun guna tepung naik sendiri kerepek ni tetap ranggup dan sedap, masin dan pedas sikit menepati selera lah patut lah balang tu berjalan sana sini sampai tak tetap tempat duduk dia hahahaa sabo je lah kan...




    UNTUK adik akak QASEY HONEY sorry ya akak dah tambah serbuk cili biasa lah nak kasi bengang telinga sikit bila makan baru terangkat haha, tapi memang sedap lah kalau kita kasi tepung kan bertambah ranggup krup krap krup krap bunyi dia...



    Bahan yang akak guna

    Filamen ketam secukupnya disiat2
    Tepung naik sendiri secukupnya
    Serbuk cili ikut kepedasan sendiri jugak
    Serbuk lada hitam sedikit 
    Pati ayam secukup rasa
    Daun kari 

    Campurkan semua bahan2 kering dengan filamen ketam gorenglah dalam minyak yang panas sehingga ranggup dan garing dan ditambah dengan daun kari untuk mewangikan lagi snack yang enak dan nyaman ni
    PASTI tak cukup walau sebalang besar pun...



    Untuk adik2 semua NAH!!! akak kasi sebakul snack ni untuk jajan pepagi ni sambil masak.
    SILA - SILA jangan malu tau !!
    FREE JE TU....




    Selamat pagi dan selamat memasak untuk semua adik akak ya
    Hari ni akak masak yang enak dan simple goreng2 je telur ikan masin ni
    Ada tak adik2 yang pernah makan telur ikan masin ni? rasa nya mesti jarang kan!!!
    Kak Noor pun kebetulan anak akak baru balik dari bercuti kat Kota Kinabalu, dah dia tanya nak pesan apa, so tanpa teragak2 suruh je dia beli telur ikan masin ni, sebab kat  KK memang famous telur ikan masin, terubuk masin, dan segala macam ikan masin yang sedap2 lagi.

    Nak memasak pun tak susah telur ikan ni,hanya rendam lah dalam 10 ke 15 minit lepas tu toskan
    Hiris bawang besar,cili besar dan cili padi sikit.
    Panaskan sedikit minyak pastu gorenglah dengan api yang perlahan, biar telur masak di kedua2 belah nya dan angkat.
    Kemudian panaskan sedikit lagi minyak dan goreng lah bawang besar,cili besar dan cili padi sehingga layu,masukan sedikit air asam jawa  yg agak pekat,kacau rata dan letakan di atas telur ikan tadi,rasanya pasti lah
    MASIN MASAM & PEDAS 
    Yg pasti mesti nasi laris hari ni 
    Untuk menu berkuah pulak hari ni akak masak KARI AYAM KAMPONG DENGAN BATANG PISANG
    Tunggu resepi nya esuk lusa ya bila dah settle kerja, sila ambik bau telur ikan masin ni dulu lah 
    HHHHHMMMMMM wangi serumah!!!!!




    Tapi kalau takde telur ikan masin boleh jugak guna ikan masin biasa,goreng bubuh segala macam pastu bubuh asam jawa memang memecah selera tak percaya SILA BUAT!!..
    Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home