All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang ya adik2 jugak anak2 tersayang
Menu apa agak nya hari ni yang paling membahagia kan adik2 semua..
Bagi akak kat Brunei ni hanya yang simple dimple je, pagi2 dah kuar rumah mengutip semua ulam2 kat atas tu yang semua nya di tanam dalam pasu keliling rumah lah, tepi kiri kanan depan belakang...




RASA nya semua orang pun pandai buat sambal belacan kan, tapi walau macamana pun di sini akak kongsikan jugak lah sambal belacan versi kak noor, mana tau sama dengan U all semua kan

Resepi :  Sambal Belacan
Olahan :  Bicara Kak Noor


BAHAN

10 biji cili Thailand merah * nak lebih atau kurang terpulang tahap kepedasan masing2 ya
10 biji cili Thailand hijau
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 sudu air asam jawa pekat
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

1.  Panaskan sedikit minyak,  dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.

2.  Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan sebab kalau api yg kuat belacan ni akan kehitaman dan hangus nanti tak sedap pulak sambal kita tu.

3.  Dah masak semua boleh lah di angkat dan tos kan

4.  Masukan bahan goreng ni dalam blender kering tu kisar lah sekejab je, kalau lama akan hancur sangat pun tak sedap jugak.

5.  Akhirnya boleh lah di tambah dengan garam dan gula jugak air asam jawa, dan rasa lah ikut pilihan sendiri, bagi akak lebih suka sambal tu ada sikittttt manis memang menambat selera.

6.  Hidangkan dengan ulam kegemaran dan ulam apa yang ada kat umah lah, semua ulam2 kat atas tu di tanam di sekitar rumah akak so senang lah teringat nak makan ulam berlari je kuar rumah...




Di antara ulam2 yang ada dalam gambar ni ialah,  pasti nya ulam raja, daun kari,  temu lawak,  pucuk petai belalang,  pegaga,  beluntas, panjang umur, selom dan senohom.





ALHAMDULILLAH baru siap makan dan sedang bersantai2 tengok rancangan tv TLC 
Cake Boss hahaaa
Memang tak matching langsung dengan sambal belacan ni kan...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua, masih sempat lagi ucap selamat pagi ke ni, rasa nya kalau belum pukul 12 tengahari masih pagi kan, hari ni merangkap dari pagi sampai ke petang ni makan nasi lemak, sebab baru berbaloiiii  masak sekali makan 3 ke 4 kali hee
Menu ni akak dah try banyak kali dan kalau ada yang mencoba boleh lah tengok resepi nasi lemak ni kat SINI ya, sebenarnya tak susah pun nasi lemak ni, bukan apa sebelum ni dah tengok kat blog Mori dok tayang nasi lemak daun pisang ni, sebelum tu blog CMG kot, apa lagi tahan lah  akak dan anak2 nengok kan, so hari tu terus buat satu peyok bosar dan makan je hari ni seharian..




RASA mudah pulak kalau bungkus ni anytime anywhere boleh makan




ADA yang teringin tak ?? sudi2 kan lah ya heee


YANG pasti tuan umah dah boleh santai lepas ni dan boleh goyang kaki tengok tv WHI sambil makan nasi lemak ni...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua pengunjung blog akak, baik anak2 atau mak anak2 heee, semalam akak menggodek RVC ni just untuk makan2 je lagipun ada yang minta akak buatkan RVC ni, jadi try lah selak resepi kenkawan, terjumpa resepi dari ANNA QAWINA bekenan lah pulak, jadi akak try buat 1/2 je adunan tu, biasa lah kan nak cepat, sambil sukat sambil masuk mixer, ingat dah ok lah semua separuh akak sukat tu, tiba2 bila dah RVC dalam oven baru teringat yang buttermilk tu akak masuk semua untuk satu adunan, untuk sedapkan hati kata takpe lah sebab untuk makan2 je tak jadi pun ok lah sendiri yg nak makan.   Tapi bila oven dah berbunyi TING!!!!! cepat2 akak gi bukak, macam ok lah naik tapi tak lah tinggi sangat, dah sejuk sikit akak rasa lah RVC yang terlebih buttermilk tu adusssss rupanya sangat lembut dan sedap, suruh anak2 rasa dan akak cerita lah dari A-Z yg akak terlebih buttermilk tu, tapi dia orang cakap yang ni lebih sedap dari yang akak buat sebelum ni, hahaa 
ALHAMDULILLAH 
Ingat bila nak buat untuk orang mesti nak lebihkan buttermilk ni supaya lebih soft dan moist..



Pada adik2 yang belum pernah mencuba resepi ni sila lah godek2 resepi ni memang sangat sedap, rasa nya lain kali buat ingat nak lebihkan buttermilk lagi, daripada tak sengaja kepada sengaja lah pulak, kalau tak percaya cakap akak  mesti kena try sendiri tau, baru tau keenakan RVC yang lembut ni

Untuk ANNA QAWINA  izinkan akak share resepi tu kat sini tapi akak buat versi tersilap ni lah ya sebab dah jatuh cinta dengan benda silap ni heeee






RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012*


Kak noor hanya guna separuh je dari sukatan resepi di atas  tapi buttermilk tu akak guna semua untuk sukatan satu adunan, ALHAMDULILLAH sedap sangat
Sebab untuk makan2 je jadi akak tak letak icing apa2 pun.

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
 
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.




Tengoklah bila di belah aduhh betapa moist nya kek tu sampai sekarang ni masih lembut tau
mmmm yummy mummy....




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi pada semua family dan friends rakan2 blogger dan yang paling istimewa untuk semua  anak2 mama yang sangat suka dengan ayam masak merah ni, bila pulang bercuti je selalu akak tanya nak mama masak apa?? takde lain permintaan diaorang mesti nak suruh masak ayam masak merah ni, baik kakak atau pun adik2, jadi hari ni akak sibukkan diri menulis blog ni untuk rujukan anak2 tersayang yang jauh dimata dekat dihati, tapi kalau takde bahan2 yang mama tulis nanti tu, takpa janji ada bahan asas dah ok tu, asalkan masakan kita merah jadi lah ayam masak merah kan, cuma rasa nya kureng sikit lah, tapi kalau time lapar tu apa2 pun sodap ja kan..






JOM terus ke resepi lah ya..

Resepi : Ayam masak merah
Olahan : Bicara Kak Noor

Bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


1/2 ekor ayam di potong kecil dan dibersihkan
3 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato atau sos cili pun ok
minyak untuk menggoreng dan menumis
garam dan gula

Untuk hiasan

1/2 biji bawang besar dibelah
4 biji cili hijau
1 biji tomato di belah 4

Caranya

1.  Kesemua bahan di atas di kisar halus dan ambil sesudu untuk di perapkan dengan ayam dan tambahkan sedikit garam, peraplah lebihkurang 10 ke 15 minit baru lah digoreng hampir masak dan tos kan.

2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak dengan api yang perlahan, bukan ape pun takut dapor kotor sebab tumisan tu gerenti mercik punya hehee..

3.  Kemudian dah pecah minyak boleh lah masukan cili kisar dan tomato sos, kacau lagi biar rata dan kalau perlu boleh lah tambah sedikit air.

4.  Bila cili dah wangi lagi sekali boleh lah masukan ayam, garam dan gula dan biar kan merenih sehingga betul-betul masak, tambahkan bahan hiasan.

5.  Masak merah kita dah siap dan boleh lah menjamu selera dengan nasi putih atau nasi tomato, tapi untuk hari ni memang dah standbye nasi putih je pun takut terlajak makan banyak heee, tapi CONFEM WANGI masak merah yg campur serai dan lengkuas ni heee.

Untuk anak2 mama yang jauh tu, yang takda serai ke, lengkuas ke, boleh lah bubuh mana yang ada saja, kalau sekadar halia dan cili kisar jugak sos pun dah ok jugak,  sedap jugak masak merah tu, jangan tunggu semua ada bahan baru nak buat masak merah tau...








JANGAN BIMBANG MASAK MERAH AKAK TAK MASUKAN BUNGA TELANG NI
HANYA HIASAN SEMATA - MATA
CANTIK KAN....



Masih sempat mencuba siapa yang belum masak untuk hari ni yuk
Ikut my style nyaman bah itu..




ASSALAMUALAIKUM 
SALAM hari minggu untuk semua yang sudi berkunjung kesini, semoga sihat2 saja dihari cuti ni ya, akak agak sibuk hari ni sebab ada tetamu yang sudi berkunjung kerumah, nak jugak buat persiapan ala kadar, walaupun sebenar nya tetamu tak minta pun apa2 kan, tapi dalam hati ni kalau ada orang yang sudi singgah kat rumah kalau sekadar air kosong je macam tak sedap rasa nya, so merajinkan diri lah buat serba sikit menu  yang kak Noor tau..



Muffin ni akak sekodeng dari dapur CHEF HANIELIZA, kebetulan pulak dah ada pisang yang di bawa oleh sahabat yang jugak berkunjung semalam, daripada pisang tu lebam dan hitam gitu je baik buat muffin ni ramai jugak yg minat sebab ada coklat tu






Muffin Pisang Coklat
                 Muffin Pisang Coklat Rice
Olahan  : Bicara Kak Noor

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~  diayak ( kak Noor guna self raising flour )
1 s/k baking powder ~ diayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek ( blend je senang )
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip ( kak Noor guna potongan coklat bar )
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan ( sedikit hirisan pisang )

Panaskan suhu oven pada 180C
Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin
Ketepikan

Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi ( potongan coklat )
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya ( hirisan pisang )
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.







Karipap tu kebetulan dah  buat utk frozen tu maka nya goreng je, cotton cheesecake pulak main campak2 je resepi nya dah ada dalam blog ni, boleh cari sendiri ya sebab dah banyak kali buat mendapat sambutan hangat hahaha





Dan yang kat atas ni hanya mee bakso je, disamping sambal2 kesayangan ku, supaya tetamu tak lah makan manis2 je kan nak jugak merasa yang agak pedes2 gitu, ada yang teringin tak??
Jom sila terbang ke, berenang ke hahaa
Tak tau lah apa kata tetamu hari ni sedap ke tak sedap ke, janji tugas den selosai  heee

LATEST NEWS
Tetamu kata sedap hahaha
Semuanya memikat jiwa chewahhhh
Kembang semangkok makcik ni heeeee

Nota kaki
Pada siapa yang sudi boleh lah LIKE kat pages
Dapur Kak Noor kat Fb tu ya 
Untuk meriahkan dapur akak yang masih baru ni dengan rakan2 blogger
Baru hampir 3 mingu open dapur tu, belum ramai yang LIKE
ITU  PUN  KALAU  SUDI  LAH  YA...
Thanks  banyak2 pada yang susah2 tekan LIKE :) :)

ASSALAMUALAIKUM semoga adik2 semua sihat walafiat lah ya disamping tugasan harian kalian, jika penat rehatkan minda dan duduk seketika sambil tengok aksi2 si bulus kecik yang baru berumur tiga minggu ni, dah boleh jalan tau hahaha begitu lah uniknya ciptaan ALLAH utk makhlok yang bernama kucing ni, hari pertama lahir masih tutup mata sampai lah dua minggu baru lah start buka mata dan berjalan, tapi sungguh pun belum buka mata masih mampu berjalan walaupun terhoyong hayang macam orang mabuk heee, kadang2 lucu sangat bila tengok telatah si bulus ni...

Malam ni nak hidangkan adik2 semua  dengan si bulus ni saja lah ya, macam2 aksi depa ni, yang warna grey tu nama nya "Aladdin" sebab dia jantan, dan yang putih tu belum ada nama lagi, kak noor nak kasi nama "Jane" je tapi anak2 tak suka, so masih dalam pencarian lah kalau ada nama2 menariksss tu boleh lah kongsi kan dengan kak noor mana tau budak2 ni bekenan heee...



















OK ada yang bekenan ????


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang semua adik2 blogger, akak rasa time macam gini mesti semua nya dah santap kan, begitu lah jugak dengan Kak noor, hari ni santap dengan lemak pisang muda ni, aduiiii sampai tak menang tangan ni bertambah nasi hahaa, susah jugak kan masakan kampong ni menggamit selera betul lah, kalah lagi makan daging atau ayam kan

Jom kita semak resepi lah terus ke main point sebab ada agenda penting nak di uruskan ni



Resepi : Lemak Pisang Muda Dan Ikan Kurau Masin
Sumber: Bicara Kak Noor

Bahan - bahan

3 biji pisang muda
1 cawan santan pekat
1/2 sudu lada hitam tumbuk
3 biji cili hijau di belah
1 keping asam keping
2 ulas bawang merah
4 - 5 hiris ikan masin kurau di rendam dulu
daun selasih secukupnya
garam dan sedikit gula


Caranya

  • Kupaskan pisang muda dan potong lah ikut ketebalan masing-masing.
  • Tumbuk lada hitam dan bawang merah.
  • Masukan santan pekat dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kalau perlu tambahkan sedikit air.
  • Sudah santan mendidih masukan pisang muda dan asam keping dan masak sehingga pisang lembut.
  • Tambahkan ikan masin, daun selasih dan cili hijau, rasa dulu kalau dah masin tak payah tambah garam lagi tapi kalau tawau je rasa boleh lah tambah garam dan gula sikit,
  • Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkat.




SELAMAT MENCUBA PADA YG BELUM PERNAH MAKAN PISANG MUDA TU
WOW , KENA MAKAN DULU BARU DAPAT MENIKMATI RASA NYA
NAK SEDAP LAGI ADA SAMBAL BELACAN DAN ULAM2AN
CAKAP PUN TARAK GUNA HEEHEE




ASSALAMULAIKUM dan selamat pagi semua nya, pagi2 datang ke blog bawa vacuum dulu hahaha, nak vacuum sebab dah berabuk sangat, dah lama tak update sebab terlalu busy mengalahkan vip lagi, hari ni hari minggu nak jugak update, tapi tak boleh banyak songeh sangat sebab lepas nak gi cny kat rumah sedara mara my hybby heeee

SEBELUM terlambat kek kat atas tu adalah kek untuk Mr hubby yang jatuhnya pada 9 hb Februari semalam, sebab dah terlalu busy dengan tempahan cny maka nya akak buatkan awal dan celebrate dua hari sebelum nya, tak kisahlah tu kan janji ada kek untuk Mr Hubby tu, kek tu akak ambil dari blog RAHEL dan akak pun dah buat jugak sebelum ni memang sedap moist dan lembut, pda yg nak semak resepi boleh lah kat SINI 



 TART COKLAT

INI PULAK TEMPAHAN SEPANJANG CNY NI
WALAUPUN TAKLAH SEHEBAT TUKANG MASAK YANG LAIN
TAPI CUKUP LAH BUAT AKAK TAK MENANG TANGAN NI 


 APAM NASI HIJAU


 TART CHEESE BLUEBERRY


 APAM POLKADOT


 PEGEDIL BAKAR


 CHICKEN PIE


 COTTAGE PIE


 KARIPAP PUSAR


SNOW CHEESE CAKE

SEMOGA CUSTOMER AKAK PUAS HATI WALAUPUN ADA YANG KURENG MEMUASKAN BIASA LAH ORANG BARU BELAJAR
HEHEHEEE



ASSALAMUALAIKUM  semua adik2 blogger, hari ni 6 hb Februari birthday anak sulung kak Noor, dan untuk ke dua kali setelah ber blogging ni buat kek sendiri untuk birthday
ALHAMDULILLAH banyak sangat yang akak pelajari dari blog2 adik2 yang sudah master dalam membuat kek2 birthday, walaupun kek kak Noor tak lah secantik taukeh2 kek yang lain tapi dah syukur sangat dah boleh buat kek dengan air tangan sendiri dan di makan oleh family, dan sekarang ni dah mula berjinak2 dengan bisnis sikit2 hasil dari ber bw ni...kalau dulu bila nak birthday start lah membooking kek sana sini, dah lah mahal pastu pulak tak ikut selera kita, tapi sekarang ni bila nak birthday mesti dah ingat nak buat kek apa hahahaa
Alhamdulillah akak selalu merujuk ke blog SITI DELIMA untuk kek ni, blog RAHEL pun akak sekodeng jugak, blog QASEY HONEY, IZAH, ZILA dan ramai lagi blog yang lain sorry tak tersebut nama2 kat sini, memang banyak lah ilmu yang akak dapat sejak ber blog ni, terimakasih semua nya hanya ALLAH dapat membalas budi adik2 semua yang sudi berkongsi ilmu2 berguna.





Untuk kek red velvet ni kak noor sekodeng kat blog  CT DELIMA, thanks Ct disini akak kongsikan resepi Ct tu di blog akak jugak ya, lagipun kek ni first time akak buat jadi nak cari yang mini dulu takut tak jadi pulak kalau buat yang besar2 tu, tapi alhamdulillah menjadi jugak lah pada kak noor yang tak pandai ni kan heee, jom tengok resepi pulak bahan2 nya tak banyak sangat pun sebab dia ni kecik je...






Mini Red Velvet Cake
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan:
1 biji putih telur gred A
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan tepung gandum dan buangkan 1 sudu kecil tepung. 
1 sudu kecil serbuk koko
1/8 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar buttermilk
1/8 sudu kecil cuka masak
1/2 sudu kecil pewarna merah

Bekas tin susu aluminium (sebagai loyang pembakar).
Kak Noor guna loyang panjang biasa tu je lepas tu di potong dua
Sebab takde acuan bulat macam CT 
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar kepada 180'C.
2. Pastikan tin aluminium benar-benar bersih dan kering.  Gris sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. ketuk lebihan tepung. Potong kecil bulat kertas minyak dan letakkan di bahagian bawah tin. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk kecil, pukul putih telur dan gula dengan whisk hingga sebati. Tambah mentega cair dan esen vanila dan pukul lagi.
4. Tambah bahan-bahan kering, gaul dengan lembut sekadar becampur saja. Masukkan buttermilk, cuka dan pewarna merah, kacau segera dan sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar selama 25-30 minit atau uji dengan mencucuk lidi (sehingga lidi keluar bersih tanpa adunan melekat).
5. Biarkan kek sejuk sepenuhnya. Keluarkan kek dari tin (lalukan sedikit dengan pisau ditepinya supaya kek mudah dikeluarkan).
6. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian yang sama rata kemuadian sapukan dengan creamcheese atau buttercream kegemaran anda di antara lapisan tersebut. selamat mencuba.

Untuk cream tu kak noor guna whipping cream je nak cepat lah tu kan pukul je sampai kental pastu make up ala kadar ..




Yang tudung biru tu tuan punya kek tapi dia jauh di sinun nampak nya kena lah mama je yang potong ni kan sebab mama yang buat heeee




INSYAALLAH  nanti kakak balik time summer nanti mama buat kek besar lagi ok

Doa mama untuk kakak semoga sihat walafiat, jaga aurat jaga solat, dan tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menghabiskan PhD hanya setahun je lagi, walaupun sebenarnya kakak dah booring duduk di negera 4 musim tu yang hampir 10 tahun sudah
Semoga ALLAH bagi kekuatan pada kakak ya mama tau kakak boleh sebenarnya walaupun di mulut kakak kata payah dan susah  sebab dah final year ni.
INSYAALLAH kalau ada rezeki kita jumpa lagi sebelum hari raya puasa nanti yeahhhh...




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home