ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang masih sudi singgah di blog kak Noor yang sunyi sepi sejak kebelakangan ni, sangat busy dengan macam-macam acara, yang latest ke PWTC dari BRUNEI DARUSSALAM ni, nasib baik ada rumah anak sedara kat Cheras jadi takyah lah dok hotel ya dapat jumpa family jugak sambil ronda-ronda KL..
ALHAMDULILLAH AKHIRNYA buku masak kak Noor yang pertama dah keluar dan sekarang masih di jual di Pwtc sehingga 4hb Mei nanti, kak Noor pergi hari ke2 ke pesta buku tu alhamdulillah dan banyak jugak di angkut untuk bawa balik ke Brunei ni untuk warga Brunei Darussalam.
Ini lah buku nya Kompilasi Menu Tengahari
Ada 60 resepi di dalam nya.
Antara yang datang memberi sokongan moral dari Kedah
Kekanda dan Adinda ku
Wah kemain lagi tuan punya buku ni kan, maklum lah tak pernah terfikir nak buat buku pun selama dok fb sekadar suka suki bubuh gambar masakan je hari-hari, tapi dah rezeki dan ada yang berminat
ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH.
Inilah Puan Sri Diah Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf yang bertanggung jawab dan sudi menyunting kak Noor untuk buat buku, ALHAMDULILLAH setelah 6 bulan jugak bertungkus lumus menghasilkan resepi dan mengambil gambar akhirnyaaaa kini pasti...
Saat gumbira bersama mereka yang banyak memberi sokongan moral.
Pada yang sudi boleh lah mencari buku kak noor di Pwtc ya semasa masih berlangsung pesta buku sehingga 4 hb Mei ni.
Untuk warga Brunei boleh lah dapat kan terus dari kak Noor kalau ada yang terbekenan, rasa nya untuk hadiahkan pada yang baru kawin sangat sesuai, kerana ada menu seharian masakan tenghari, boleh lah whatsapp ke nombor kak Noor 8739160