All About

Good Food


Assalamualaikum dan selamat petang 
Dah 6 hari kita berpuasa, seperti biasa memang tak dapat di nafikan sibuk dimana-mana.
Tapi memasak tetap jugak kena bereskan, cuma ofis maya terpaksa di nombor 2 or 3 selepas tunaikan yang wajib, apa nak buat maid yang di tunggu belum tiba, semua anak-anak dah jadi maid sekarang ni haha..
Resepi semalam bila ada waktu sikit terluang..
Cream puff jom semak resepi 
Mudah dan tak banyak songeh sangat sebab guna sukatan cawan.
 Bahan nya
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur

Cara nya
1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.
2. Biarkan sehingga adunan mendidih, tapi  jangan biarkan terlalu lama mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung tidak melekat di kuali.
4. Adunan tepung hendaklah kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk baru masukkan telur.
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
8, Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry.

Tujuan nya utk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry

 11. Bakar lah choux pastry pada suhu 220'C pada 15 minit pertama, dan turunkan ke suhu 190'C dan bakar lagi selama 15 minit.

  Jangan sekali keluarkan choux pastry sebelum ia nya cukup keras dan masak. Kerana ini akan menjatuhkan choux pastry, jugak jangan sekali membuka oven ketika proses pembakaran ini.


 Yang di bawah saje nak letak nutella sebab ada yang hantu nutella hehe

Sukatanya harus betul. Biasanya saya menggunakan sukatan mudah seperti berikut : 1/2 cawan mentega 1 cawan air 1 cawan tepung 4 biji telur 2. Teknik membancuh Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sukatanya harus betul. Biasanya saya menggunakan sukatan mudah seperti berikut : 1/2 cawan mentega 1 cawan air 1 cawan tepung 4 biji telur 2. Teknik membancuh Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff

1. Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
2. Paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
3.Tabur gula icing diatasnya.





Kak Noor memang suka kastad jadi filling kastad ni memang tak tolak punya bila-bila dan dimana saja, kalau ada yang nak buat sila rujuk tips tu insya ALLAH menjadi..




Assalamulaaikum dan salam sejahtera untuk semua nya
Semoga di bulan ramadhan yang mulia kita sama-sama meraih menambahkan amalan
Yang sebelum ni kita selalu alpa
Mudahan ALLAH memberi sedikit ruang kita gandakan amalan di bulan ni ya
Cakap banyak pun tak guna jugak kan, menambahkan dosa kering hehee
JOm tengok resepi kaknoor hari ni kalau ada yang berkenan ....




 Baked Pasta Resepi :
 DayangJack@DapurKu SaYang Oleh:
 Dapurmamasya

 Bahan-bahan :
 Untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals kaknoor guna penne pasta rebus hingga lembut
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
 sedikit sos cili sedikit sos tomato sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato kaknoor jugak letak gula sikit
1 sudu besar mentega

 Sos Putih : -
 mama buat 1 1/2 adunan 2 cawan susu segar kaknoor guna adunan asal
1 sudu besar mentega
 sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
 sedikit garam dan gula lain-lain :
 keju parut dan oregano

 Cara membuat sos merah
 Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
 Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti.
 Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
 Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. 
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih :
 Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk.
 Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. 
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. 
Masukkan pasta yang telah di rebus dengan sedikit garam tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.


Baked penne ni kaknoor makan dengan sos hijau kebetulan ada cili hijau yang banyak di tambah sikit dengan scotch bonnet hijau  menambahkan kelazatan penne yang agak pedas.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya
Hari ni dah 3 hari kita semua menjalani ibadah puasa
Terasa cepat nya masa berlalu, bulan ni tak boleh sembang banyak
Nanti banyak pulak dosa kering yang dapat tak pasal-pasal
Jom terus tengok resepi pada teringin nak masak sendiri.
Tapi memang banyak songeh sikit laksa ni, kecuali lah ada yang buatkan kuah nya kan...



Bahan-bahan nya untuk kuah


  • 500 gm ikan tenggiri direbus dan diambil isinya ( ikan kembong pun boleh )
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 cawan udang kering kisar halus
Bahan kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • sedikit halia dan lengkuas
  • 1 sudu ketumbar kak Noor goreng kejab dan blend
Bahan untuk kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai di titik
  • daun kesum secukupnya
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang bunga kantan
Bahan tabur
  • 1 batang timun dhiris nipis dan dipotong bulat macam gelang tu
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • limau kasturi atau nipis secukupnya 
  • kacang panjang dihiris kecil
  • taugeh segar secukup nya
  • bunga kantan hiris
  • daun kesum hiris kecil
Cara membuat kuah nya
  • Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk,toskan ikan dan asingkan tulang dari isi nya, simpan air rebusan ikan 
  • Kisar isi ikan dengan mencampurkan 2 cawan air rebusan, ketepikan
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi, masukan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan masaklah sehingga pecah minyak, gunakan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
  • Tambah sedikit air rebusan,masukan isi ikan, ketumbar, udang kering dan tumislah hingga wangi.
  • Masukan kesemua air rebusan dan santan biarkan sehingga kuah mendidih, tambah air jika terlalu pekat
  • Masukan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa, garam gula dan biarkan merenih lama2 atas api makin lama di renih makin sedap
  • Kak Noor buat sehari awal kalau nak jamu tetamu tapi kalau emergency memang dan dan buat bila teringat nak makan 

Laksa Johor tak lengkap kalau takde sambal belacan ni, biar pedas sikit sambal baru lah balance dengan kuah laksa tu aduhhhh...



Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan bersahur ya untuk semua adik-adik blogger.
Semoga di bulan puasa ini kita bertambah sihat dan walafiat hendak nya.
Alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan perkongsian resepi di sini.
Malam ni resepi biasa-biasa lah takde yang luar biasa nya, tapi sangat sedap walaupun hanya biasa2.

Boleh tengok resepi di bawah, dan deco tu terpulang kreativiti masing-masing lah.
 


BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Azita Zain

Kulit Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.








Cream Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.
Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..
 
 
Boleh tukar acuan mana yang kita suka lah, nak kecik besar atau sederhana.
Terlajak dah banyak jenis acuan kat umah jadi nya akak try je yang panjang dan bolat besar ni.
Puas makan untuk sendiri lah ni kan...
Blueberry pun boleh letak banyak-banyak..



 Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan muslim, di bulan ramadhan yang mulia ini, eloklah kita lebihkan amalan apa yang perlu dan kurangkan aktiviti sia-sia atau tidak mendatangkan faedah. Kaknoor pun bercakap untuk diri sendiri jugak, sebab kadang-kadang awal ramadhan ni memang bersemangat nak beramal, tapi lama-lama kalau kita tak kuatkan hati, memang terbabas jugak dan masih sama jugak dengan bulan-bulan lain.  Mudahan tahun ni biarlah semangat beramal tu berterusan hingga ke akhir ramadhan.
INSYA ALLAH

Berbalik pada menu hari ni, yang agak simple untuk membuka selera waktu bersahur nanti, sambal totok ni kaknoor intai dari blog CIKGU ANI jom semak kalau teringin boleh totok malam ni jugak..





 SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula

Limau kasturi -ikut suka



Cara-caranya: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
  3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
  4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
  6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.


 Ada yang teruja tak tengok sambal ni??



Ini antara ulam yang digandingkan dengan sambal totok ni, bunga lengkuas, pegaga, bunga kantan dan misai kucing.

 
Ini cekur, selom dan bunga kantan dan kalau yang belum tau, yang tajam putih tu adalah pokok misai kucing tau., oklah selamat bersahur untuk semua nya ya, jangan lupa set kan jam kang terbabas tak terbangun..


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya..
INsya ALLAH petang ni anakanda kaknoor yang belajar di Nottingham akan pulang bercuti summer selama tiga bulan lebihkurang lah, itulah hari-hari memang sibuk sangat, tak sempat nak masuk ofis maya ni, masa ada maid dulu pun memang sibuk, apa lagi bila takde maid double triple ni sibuk.  Takyah lah cerita kot sebab rasa nya semua orang pun sibuk dengan urusan yang macam - macam.
Masak pun cincai-cincai je pun, hari ni masak baked penne tapi belum sempat make up gambar lawa-lawa hahaha tungguuuuuuuuuuu ya esuk lusa bila free kak noor letak resepi dan gambar sekali.

 

Tak mau kalah jugak makcik sorang ni kan!!! nak jugak tunjuk gambar dia masa gi Nottingham bulan March lepas, baru lagi kan hehehee....

 
Sedang siap-siap nak ke airport ni, jom siapa nak ikut, kereta kosong tu hahahaha..
Mood happy lah tu kan...
Mana tau ada ole-ole untuk mama kan dari anakanda mengharap lah tu.



Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua nya.
Selamat bercuti lah di hari ni, rasa nya mesti sekarang ni ramai yang sedang santai-santai.
Sama jugak dengan kaknoor, sedang santai baru lah boleh mengupdate blog kan.
Hari ni kaknoor nak show kek buah kukus yang kaknoor belajar online dari SHIELA yang sedang rancak membuat class online untuk siapa yang sibuk yang tak sempat nak menghadiri class biasa, jadi dengan class online semua nya jadi mudah, lagipun Shiela  menyediakan step by step dan dengan tips sekali supaya murid nya lebih faham, maklum lah murid veteren ni kadang nya lambat loading jugak.



Ini lah hasil nya kek buah kukus kaknoor, memang rasa nya tak dapat cakaplah, kalau sebelum ni kaknoor memang kurang suka kek buah ni, tapi semenjak dua menjak pandai buat sendiri, dah jatuh cinta pulak, memang sedap berbaloiii membuat nya..

Pada yang berminat untuk mendapat kan resepi boleh lah bertanya terus kepada Shiela di nombor ni
@ 0132096113. 
So far kaknoor dah mencuba 2 jenis resepi dari Shiela memang terbaik lah.
Jadi kalau ada yang teringin nak berbisnis kek dan talam dalam bulan puasa or raya nanti jangan lambat berhubunglah dengan Shiela, berbaloii...


Selamat malam semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi cendawan goreng yang dah lama dalam draft .
Kalau ada yang teringin gorengan untuk esuk boleh lah try ni memang sedap dan ranggup.
Lebihan tepung kaknoor celupkan dengan potongan bawang besar.
Pun sedapppp

Resepi nya kaknoor intai dari blog NOR SALMI dah lama jugak resepi ni, utk tuan punya resepi izinkan kaknoor letak disini ya..


 Resipi Cendawan Goreng Tepung
Bahan-bahan:
  • Cendawan tiram (ibu guna cendawan tiram kelabu)
  • 4 sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • serbuk ketumbar
  • serbuk kunyit
  • garam
  • kaknoor tambah jintan putih kisar dan serbuk cili jugak sedikit gula
  • jugak tambah potongan bawang besar utk onion rings guna batter yg sama. 

Cara membuat:
  1. Satukan semua bahan (kecuali cendawan) dan kacau sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuhan kena agak-agak; jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  3. Celupkan cendawan ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang cukup panas.
  4. Angkat cendawan setelah berwarna kekuningan.

* Anak-anak suka cicah cendawan goreng ni dengan sos cili tapi ibu lebih suka cicah dengan sambal kicap. 
Tips menggoreng :
  1. Pastikan cendawan betul-betul kering sebelum digoreng.
  2. Jangan rendam cendawan di dalam adunan tepung untuk mengelakkan cendawan menjadi lembik. Ketika hendak menggoreng baru celup dan goreng.
  3. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan cendawan.
  4. Kawal kepanasan minyak sepanjang tempoh menggoreng. Minyak yang kurang panas akan menyebabkan cendawan menyerap minyak dan menjadi lembik setelah diangkat.


Untuk sos nya kaknoor hanya campurkan sos cili maggi + cili flakes + minyak bijan sikit dan bijan.
Campur air panas sikit dan kacau lah, ready utk di cicah bersama cendawan dan gelongan bawang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua nya.
Tak lupa salam jumaat yang bahagia untuk adinda dan kekanda semua.
Eh rasa nya sorang je kekanda yang selalu singgah blog kaknoor ni kan, siapa lagi kalau bukan 
KAK ZAI, tapi not sure jugak maybe umur kami sama hahaha, apa pun tak kisahlah nak buat macamana kan dulu-dulu masa muda-muda tak reti nak ber blog, untung nya adinda-adinda semua kan tahniah pada semua nya yang sudah berblog dari muda ni dan berkongsi macam-macam.

Jom terus ke resepi hari ni ya, pernah tak makan ayam lemon ni?? kalau tak pernah jom semak resepi, tak susah pun, bahan nya yang biasa ada kat dapur jugak.



 BAHAN NYA
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok janji happykaknoor ganti dgn cili hijau dan merah
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula


CARA

  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing2.
  • Kalau kat rumah ni mesti nak ada rasa manis sikit baru "kick"
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas2 tu mmmm LAZATTT


Selamat menjamu mata ya.
Yang pasti ayam lemon memang sedap, kalau kaknoor masak kat umah, mesti licin tak sempat nak simpan 2x makan, sabo je lah, malam mesti kena masak baru lagi..

Assalamualaikum dan salam manis semanis strawberry ni untuk semua nya.
Semoga semua nya sihat walafiat hendaknya ya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang tersangat lah mudah nya, hanya perlu 2 bahan saja, cuma perlu kerajinan sikit untuk mengorek isi strawberry dan letakkan dengan nutella itu je..
 

  Kita hanya memerlukan strawberry dan nutella sahaja.
Mula-mula potong strawberry di bahagian atas dan bawah nya, di bawahnya tu agak-agak saja tau, jangan sampai berlubang pulak. Asalkan strawberry boleh berdiri ok lah tu. Koreklah hati-hati supaya strawberry tak rosak, kalau lubang nya besar maka banyak lah dapat letak nutella, tapi kalau kecik memang ciput je nutella dapat letak. So pandai-pandai lah ya. Dah lubangkan semua strawberry picitlah nutella kedalam strawberry dan sejukkan sekejab, lepas tu dah boleh mamam..



Memang lazat sangat dengan strawberry yang masam-masam manis ditambah dengan nutella yang melekit tu adussss cakap pun tak guna lah, semua nya yang di atas tu memang tak cukup untuk sorang tau...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.
Hanya nak bertanya kabar adik-adik kaknoor semoga sihat hendaknya ya., lately masa sangat mencemburui kaknoor utk berlama-lama di alam maya ni, macam-macam benda perlu dibereskan.
Malam ni biarlah kita tenangkan mata dengan memandang bunga foxgloves yang cantik ni ya, bunga ni kaknoor dapat dari adik fb jugak yg tinggal jauh nun di UK, dah minta izin tau!! hehe kabar nya bunga ni beracun tpi sebab cantik dia akan tanam setiap tahun bila tiba musim macam ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.
Semalam pergi nya seorang biras kaknoor iaitu suami kepada adik hubby kak Noor.
Memang mengejutkan kematian nya, yang pasti tiada sakit kronik, hanya sakit dada pagi semalam dan sempat lagi ke tempat kerja, tiga empat jam kemudian kami di kejutkan dengan kematian nya.
Subhanallah sungguh mudah Allah menjemput biras kaknoor tu, masing-masing terkejut macam tak percaya ia nya dah tiada. Semoga isteri nya sabar dan tabah lah bersama dengan anak-anak yang ditinggalkan.
Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas roh nya, sesungguhnya mati itu benar, kita semua jugak hanya menunggu masa itu tiba...........

Hari ni kaknoor bercadang nak bawa muffin ni lah untuk majlis tahlil petang nanti.
Ini pun apa yang ada kat dapur saja, tak sempat nak ke kedai bagai. Cari-cari resepi di pinterest ada yang mudah jom tengok resepi pada yang nak mencuba.




Ingredients
  • 2 3/4 cups all purpose flour
  • 1 tbsp + 1/4 tsp baking powder
  • 1 1/4 tsp baking soda
  • 1/2 tsp salt
  • 1/2 cup unsalted butter, melted and cooled
  • 1 1/4 cup sugar
  • 3 large eggs
  • 1/2 cup milk
  • 3 tsp vanilla
  • 2 cups semi sweet chocolate chips
  • Optional - 1 tbsp coarse sugar - the clear kind that's used for decorating confections,etc
Instructions
  1. Pre-heat the oven to 425°F.
  2. Using cooking spray coat the muffin pan. Make sure that the whole top is covered, not just the part that the batter goes into.
  3. Place paper muffin/cupcake liners into the muffin pan.
  4. Combine dry ingredients in a medium bowl and mix with a whisk so that everything is well combined. Stir in 1 3/4 cups of the chocolate chips.
  5. In a separate bowl combine all the wet ingredients, making sure the eggs are well incorporated as well.
  6. Pour the wet ingredients into the dry and stir until just combined. IMPORTANT: If you stir too much the muffins will become too dense and more like a puck. You want the muffins to be fluffy and moist just stir everything until the dry ingredients just combine with everything.
  7. Scoop out the batter evenly into each section of the muffin pan.
  8. Sprinkle the tops of the batter with the remaining chocolate chips and the coarse sugar.
  9. Bake in the oven for 7 minutes at 425°F then reduce the heat to 375°F and bake for 15-20 min.
  10. Once the muffins are finished baking cool in the muffin pan for 5-10 minutes.

 
 Alhamdulillah tak menghampakan muffin menjadi-jadi naik nya.


Sementara menunggu waktu asar nanti untuk majlis jom ngopi kejab supaya mata boleh terbuka luas ni, taklah ngantuk sangat waktu tengahari macam ni kan.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home