All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya.
Pagi isnin yang agak malas sebab semalam dah cuti kan.
Jadi nya hari ni makan yang simple dimple je mee goreng pun ok lah tu.
Kambing tu lebihan yang telah di panggang jadi dari pada membazir biarlah masukkan dalam mee ni kan, boleh saja kalau ada lebihan ayam goreng semalam di masukkan kedalam mee ni sebab kita yang nak makan kan, suka suki kita lah nak letak apa saja.





BAHAN NYA
2 keping mee telur kering direbus dan toskan
2 biji telur didadar gulung dan hiris
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
secukupnya daging kambing//daging panggang hiris
2 biji cili padi merah dan hijau  hiris
sedikit sawi  hiris kecil
1 sudu sos tiram
1/2 sudu cili flakes
kicap manis, masin dan garam secukupnya
sedikit minyak  untuk menumis 

CARA NYA
Panaskan minyak  dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih goreng sehingga layu, masukan batang sawi  dan kacau sebati, tambahkan dengan kicap manis, masin, tiram, cili flakes dan sedikit air agar tidak terlalu pekat, masukan mee yang telah di celur, gaul rata, rasa lah kalau kurang rasa boleh tambah garam, taburkan dengan  daging kambing panggang cilipadi hiris dan telur dadar gulung bila nak menghidangkan nya . 
Di santap  panas-panas bersama dengan teh C special memang asyikkkk bangat....




Dirumah kaknoor kalau goreng mee selalu nya kaknoor guna mee kering kerinting tu je, bukan jenis mee basah sebab mee basah macam terlalu muai anak-anak kurang suka, jadi setiap kali goreng mee memang selalu guna mee jenis kering ni lebih sedap dan lebih keras tak lembek macam mee basah yang bertimbang tu.



Pagi-pagi jamu mata oklah tu kan, bagi adik-adik bersemangat untuk kedapur menggoreng apa yang ada kat umah kan hehe jom jamu selera jom!!!

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua nya.
Hari yang paling sibuk dengan tempahan macam-macam,  jadi tukang masak makan simple je hari ni iaitu wedges versi derhaka ni.  Resepi nya kat bawah ni untuk wedges tu, tapi kaknoor guna airfryer konon utk sihat sikit, tapi lepas tu letak cheese lah pulak kan banyak-banyak habis hancus menu sihat guna fryer haha..
Kalau ada yg nak ikut betul-betul seperti dalam resepi tu silakan lah ya, memang sihat lah resepi tu, jadi terletak pada kita lah nak ubah mana yang patut sebab kita yang buat dia kan...
Ok untuk semua happy weekend ya
Esuk ada majlis doa selamat kawan kaknoor nak bereskan tempahan tart chilled blueberry pulak lepas ni sebab tart tu perlu disejuk kan semalaman.
Kalau ada yang nak tart chilled blueberry cer tengok si purple tu cantik tak? Ianya bukan saja cantik tapi sangat sedap melting di mulut U ...caya lah..
ASSALAMUALAIKUM
SALAM kamis untuk semua nya, dah puas makan kueh dan menu pedas-pedas hari ni jom kita makan dessert pulak jom!! kalau layan time panas memang lah tak cukup semua nya tu, nak buat pun mudah sangat, sambil pejam mata pun boleh rasa nya ni kan hahahaa..





Bahannya
1 peket agar-agar 11gm
2.6 liter air kelapa anggaran 3 biji kelapa muda
11 sudu besar gula
3 helai daun pandan.

Cara nya
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan kedalam periuk.
Masak sehingga mendidih dan masukkan isi kelapa.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit, dan masukkan lah dalam bekas yang sesuai.

Untuk satu sukatan ni kaknoor dapat 4 gelas besar tu, dan satu bekas bunga bulat tu. Memang tak habis makan ni, sedap dan wangi mesti kena buat pada rajin tu ya, mudahhhhhh sangat lah kalau tak rajin lagi tak tau lah kannnn..





Ada yang teringin????


Ini lah pokok kelapa gading kat rumah kaknoor yang di ambil untuk buat jelly ni buah sulung baru pernah ambik untuk makan-makan, tak sempat nak tunggu tua dah..




ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
BREAKFAST apa agak nya hari ni adinda semua?
KALAU rajin jom buat tumpi BRUNEI memang mudah dan sedap.
LEBIHKURANG macam roti canai jugak tapi agak nipis dan garing jugak ranggup.




BAHAN NYA

500 gm tepung gandum
2 sudu besar mentega // marjerin
sedikit daun kari dihiris kecil
sedikit garam dan sedikit gula
air secukupnya.

CARA NYA
Masukkan tepung dalam sebuah bekas atau besen, campurkan mentega gaulkan sehingga jadi serbuk roti, masukkan daun kari, garam, gula dan air sedikit demi sedikit macam dalam gambar yang pertama tu ya, jangan terlalu lembik sebab kalau terlalu lembik susah nak gelek. Bila dah jadi macam doh tu bahagikan kepada 10 ketul atau kalau nak kecil buatlah lebih2 ya tapi lambat lah nak menghabiskan.  Setiap satu tu di gelekkan sehingga nipis, kalau agak melekat di papan canai boleh lah tabur tepung sikit. Bila dah nipis, panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan gorenglah macam biasa kita goreng roti canai sehingga masak dan garing. BUatlah sampai habis.




Ini tumpi masa di goreng tu memang agak nipis sangat dari roti canai.




Ini kari tulang yang untuk di gu kan dengan tumpi tu, dibawah ni resepi kari tulang yang betul. Tapi yang ni versi apa yang ada saja kat rumah di campak-campak je


BAHAN KARI
1 Kg daging campur urat sikit.
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging campur tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan apa saja, ketupat ke, roti ke, nasi ke atau tumpi ni.



Ini lah rupa kari tu campur kacang dan kentang versi ikut sukahati.





Dah selalu sangat makan roti canai, sesekali makan tumpi ni memang sedap ranggup, tengoklah nipis kan, lagipun tumpi ni wangi dengan daun kari yang di hiris tu sedap sangat. 500 gm tepung utk tumpi tu boleh habis dalam sehari oooooooooo hahaha hantu tumpi lah pulak.



ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin  untuk semua yang sudi singgah di blog kaknoor.
Hari ni kaknoor nak kongsikan berita gumbira yang baru kaknoor terima semalam. Ini lah dia barangan dari sahabat maya dari Singapore yang susah-susah menghantar ni semua nya.
Dua barangan yang boleh di santap iaitu Acarlicious dan Serunding dan satu lagi sekeping papan craft yang tertulis Dapur Kak Noor my pages di FB. Terimakasih banyak-banyak pada sahabat ni sanggup berbelanja hanya kerana seorang biasa Kaknoor ni. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah pada Putri Balqis dari Singapore ni. 




Jamu mata lagi ya adinda-adinda semua nya.



Serunding yang sedap sangat nak kena cari gu untuk makan dengan serunding ni, ada cadangan tak nak makan dengan apa ni selain dari ketupat?


Acarlicious pun sedap di makan dengan nasi, rasa nya memang tak lama bertahan ni akan habis dalam dua tiga hari hahaa



Cantik tak papan n?? boleh buat prop untuk ambik gambar makanan ni kan..
Macam tau je selera kaknoor hehee



Petang dapat barang tu terus buat buah melaka untuk nak propkan dengan papan tu hahaha
best kan taklah nampak benda kat belakang tu lagi ..
Menunggu kiriman dari JM ni hahaha untuk makluman JM memang agak lambat sampai kalau ke Brunei, insya ALLAH bila dah sampai kaknoor akan update ya..



ASSALAMUALAIKUM 
SALAM hari minggu untuk semua nya.
DAH masak ke belum ni??
HARI NI kalau ada yang belum ada resepi nak masak apa kata masak asam pedas ikan pari, boleh jugak ganti dengan ikan lain yang fav, sebab ada jugak yang tak suka ikan pari ni kan.
Dulu arwah bonda kaknoor memang tak suka ikan pari dimasak berkuah macam ni, yang arwah suka di panggang dan cicah air asam.  Aduh sedap kan...
Tunggu bila mancing lagi ikan pari kita panggang pulak ya..


 Halba campur pun wangi kalau suka nak letak dalam asam pedas ni.


Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:

§  Beberapa potong ikan pari yang sederhana
§  5 tangkai daun kesum
§  1 kuntum bunga kantan
§  1 batang serai
§  1 sudu air asam jawa
§  1 cawan air
§  Minyak untuk menumis
§  Garam dan gula secukupnya

Bahan A
§  10 biji cili kering
§  5 ulas bawang merah
§  3 ulas bawang putih
§  1 inci kunyit hidup
§  1 sudu ketumbar

Cara membuat:

1.    Kisar bahan-bahan A
2.    Panaskan kuali dan masukan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai wangi dan naik minyak.
3.    Masukan air dan air asam jawa, garam, gula,  daun kesum dan bunga kantan.
4.    Rasalah ikut kesesuaian masing-masing dan akhirnya boleh lah dimasukan ikan pari
5.  Jangan terlalu kacau biarkan  ikan masak dengan api yang kecil sahaja.
6.    Bolehlah dihidangkan panas-panas bila dah masak 

Untuk mewangikan lagi asam pedas kalau suka boleh blender sikit daun kesum dan jintan putih bersama dengan Bahan A di atas. Ikut selera veteren memang suka sangat dengan jintan putih dan daun kesum yang di blender, tapi anak-anak kurang gemar, sesekali ikutlah selera tukang masak kan.




OK dulu ya selamat menjamu mata.
Bila dah kenyang boleh lah kedapur memasak .
Kita yang buat dia kan lagi ringkas lagi best lagi save masa kita berkuntau!!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Semoga sihat walafiat hendaknya pengunjung setia blog kaknoor ni, jutaan terimakasih pada semuanya yang sudi singgah meninggalkan komen2 indah, pada silent reader mesti keep silent je kan terimakasih kerana sudi membaca.
Hari ni mesti ramai yang sedang berehat bersama keluarga kan,  ada yang pergi majlis kawin ke? kalau takde jom rehat-rehat makan kacang rebus ni, kacang ni memang fav sangat pendekata apa saja yg berkacang memang cintan cintun.
Kebetulan baru ni pak haji "kekasih hati hamba"  hahaha terbeli kacang sebab dia tau " mak andeh " dia memang suka sangat dengan kacang ni, walaupun pak haji tak makan kacang, tetap jugak dia ingat mak andeh dia ni, mesti happy bangat kan walaupun hanya sekadar kacang mentah. Kebetulan jugak dah ada noxxa ni nak terai lah rebus kacang ni Alhamdulillah selepas di cuci bersih masukkan dalam noxxa bersama air secukupnya, set kan Hp 12 minit insya Allah kacang akan lembut dan boleh santap dah dengan sedap nya.
Ok cukup dulu untuk hari ni jumpa lagi esuk lusa ya happy weekend semua nya.

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM Jumaat dan selamat petang untuk semua nya.
PETANG NI agaknya apa menu petang kalian?
ADA Apple tak dalam petiais tu, apa kata potong-potong buat 
APPLE RING ni mudah sesangat, jom main potong-potong jom!!
AWAS tangan-tangan anda ya...




BAHAN NYA
5 - 6 biji apple hijau // merah
1 biji telur di sejukkan
1 cawan tepung serbaguna // gandum
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk cinnamon
1/4 sudu teh garam
1/2  cawan gula pasir
Secukupnya susu segar untu k membancuh batter
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

CARA NYA
Potong bulat apple menggunakan cutter atau seumpamanya.
Masukkan bahan batter kedalam mangkok, tepung,telur, baking powder, garam dan susu.
Bancuhlah agak-agak kepekatan yg kita suka.
Celupkan apple kedalam adunan batter.
Panaskan minyak dan gorenglah se hingga kekuningan dan tos kan
Campurkan gula dan cinnamon gaul rata.
Gorengan apple tadi disalutkan ketika panas dengan campuran gula dan cinnamon.
Siap untuk dihidangkan memang sedap di santap ketika masih panas-panas  sikit.

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA








Kalau ada yang teruja tengok gambar- gambar ni cepat-cepat ke dapur lah.
Sedap tau makan apple ring ni manis-manis masam. bukan
MASAM MASAM MANIS tau hahahaa
Itu cerita P Romlie tu kan...


Assalamualaikum untuk semua yg sudi singgah☺ Hari ni just nak inform pada sorang lagi silent reader blog ni yang sudi mengorder segala macam dalam gambar tu, ingatkan kaknoor takde silent reader selain dari adinda-adinda yang sudi mengomen kat sini.  Rupa nya ada jugak ya, thanks pada Wana dan Fatimah yang sudi whatsapp kaknoor bertanyakan tempahan itu ini.
Syangnya pada kedua nya ni tak sempat nak amik gambar,next time ya kita bergambar dapat masuk dalam blog ni
Pada yang lain sila pandang-pandang saja lah ya jamu mata gitu ..
Ok babai jumpa lagi, disini hujan belum berenti lagi lapo lah pulak, kom ke dapoiii 

ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua yang masih sudi berkunjung kesini.
Hari ni  menu yang dah biasa sangat kita buat dirumah, tapi mungkin versi sorang-sorang je tak sama.
Ada yang suka sambal belacan lebih belacan dari cili, bagi kaknoor suka sambal belacan lebih cili dari belacan, belacan tu seadanya saja sekadar ada rasa dan suka yang agak sikittttttt manis.




Kalau ikut versi kaknoor sambal belacan mesti nak letak gula sikit, baru seimbang rasa nya, tapi rasa nya setiap tak sama kan, pernah kaknoor rasa sambal belacan kalau kat rumah orang ke, kat restoran ke memang agak lain sikit sebab ada jugak yang tak suka letak gula kan..

BAHAN NYA
Cilipadi + cili besar secukupnya
Belacan di panggang sekejab agak-agak je
Asam jawa, limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.

CARA NYA
Tumbuk cilipadi dan cilibesar, campurkan dengan garam, dah lumat campurkan belacan dan tumbuk lagi, perahkan dengan asam jawa, limau jugak garam dan gula.
Dah sesuai rasa boleh lah di hidangkan dengan ulam pilihan sendiri.

Semua ulam daun-daun tu adalah hasil dari tanaman di keliling rumah kaknoor sendiri, tolak petai dan timun je, memang tak habis makan ulam-ulam ni walaupun di petik hari-hari.





Ini pulak sambal takde belacan untuk darling pak haji tu hahaa
Dulu-dulu memang dia ni makan belacan, tapi semenjak dua menjak ni dah tak suka belacan, jadi terpaksa lah kena buat sambal yang takde belacan jugak, sama jugak dengan sambal belacan bahan nya cuma kaknoor tambah kan dengan tomato dan bawang besar supaya agak pekat sikit.



Jangan tak tau makan ulam-ulam ni awet mudo tau! jadi jangan tunggu lama-lama jom kita amal kan makan ulam aka salad ni, sejujurnya kaknoor lebih suka ulam dari sayur yang di masak, sebab suka rasa nya yang keras dan mentah tu, kalau sayur dah lembekk tak sedap dah ...
Lagipun fresh kan kalau makan ulam-ulam macam ni segar bugar orang yang makan pun akan jadi segar jugak kannn...



ASSALAMUALAIKUM dan salam manis semanis strawberry untuk semua adinda-adinda kaknoor dan rakan-rakan blogger semua., selama kaknoor tak online ada tak yang mencari kaknoor?? aduh perasan lah orang tua ni kan. Memang takde pun yang mencari I'm very sure!!! Sebenarnya kaknoor ambil cuti tahunan yang masih banyak HAHAHA....kan ujung tahun biasanya orang bercuti melancung sana sini kan, jadi kaknoor pun bercuti jugak dari ONLINE  sesekali tu terasa nak bebas dari segala macam ofis maya ni, selama tu jugak lah kaknoor  tak menjenguk
FB, PAGES, IG, BLOG & WA 
Rasa tenang sangat  bila kita tak sibuk dengan segala benda2 di atas tu kan, kalau tak memang tangan tu dok tekan keypad saja HATTA didepan orang pun. Sungguh kurang sopan kan.  Selama menyepi tu jugak banyak kerja dapat dibereskan, kita tak fikir  pun nak update status apa2 dan takyah fikir nk komen apa2, memang best sangat BERCUTI , tapi hari ni dah START KEJA BALIK LAH :)

Dalam masa menyepi tu jugak ada anak kaknoor yang teringin nak makan no bake strawberry cheesecake ni, jadi kebetulan buah strawberry dah beli go head je lah 
Maka jadilah macam dalam gambar ni.




NO BAKE STRAWBERRY  CHEESECAKE

Bahan untuk crust ( lapisan bawah )
400 gm digestive biscuits
150 gm butter cair

Bahan untuk cheese filling
600 gm cream cheese
500 gm heavy whipping cream
150 gm gula halus
100 ml air sejuk
100 ml susu segar yang dipanaskan
20 gm gelatin halal
sedikit vanilla *kaknoor guna seeds dari vanilla pod 

Bahan untuk jelly bahagian atas
300 gm frozen strawberries
100 ml air sejuk
3 sudu besar gula halus
10 gm gelatin halal

Untuk deco
300 gm strawberries

Cara membuat crust
Hancurkan biskut dalam food processor sehingga halus.  Masukkan butter cair dan gaul sehingga menjadi seolah pasir yang basah.  Sediakan loyang bulat 24cm yang boleh di buka tapak nya.  Masukkan adunan biskut tadi dan tekan lah sehingga padat.  Masukkan dalam petiais sehingga crust nya keras.

Cara membuat filling
Masukkan gelatin dalam air sejuk dan kacau rata. Biarkan gelatin kembang selama 10 minit. Kemudian campurkan dengan susu panas.  Susu jangan sampai mendidih cukuplah sekadar jari kita dapat celupkan dalam susu tu ok. Kacau lah sehingga kedua nya sebati, ketepikan .. Masukkan cream cheese, gula dan vanilla dalam mixer. Putarlah sehingga separuh kembang, masukkan pulak whipping cream sedikit demi sedikit.  Putar lagi selama 5 minit dengan kelajuan maksima. Perlahankan kelajuan mixer masukkan campuran gelatin dan susu tadi. Putar sehingga adunan sebati ketepikan.
Potong strawberry separuh2 dan susun lah di tepi crust yang telah di sejukkan dalam petiais tadi. Buatlah sehingga penuh keliling loyang kita. Masukkan adunan filling sehingga menutupi ketinggian strawberry yang telah disusun tadi.  Sejukkan lagi dalam petiais sekurangnya 6 jam atau semalaman.

Cara membuat jelly bahagian atas
Campurkan gelatin dalam air sejuk. Kacau rata dan biarkan gelatin kembang selama 10 minit.  Sementara itu masukkan strawberry dalam satu periuk kecil, tambahkan dengan gula dan masaklah diatas api yang sederhana. Kacau rata dan biarkan strawberry mendidih sekejab kemudian tutup api. Bila dah agak sejuk sikit boleh lah di blender dengan hand blender sehingga menjadi puree. BIarkan puree suam2 kuku kemudian campurkan dengan gelatin tadi dan kacau lah sehingga sebati. Ambil cheesecake yang telah di sejukkan dan tuanglah campuran strawberry gelatin di atas nya. Pastikan jelly memenuhi diatas kek dan sejukkan lagi didalam petiais selama 2-3 jam lagi. Bila jelly dah keras keluarkan dan biarkan disuhu bilik selama 15 minit utk memudahkan kita keluarkan dari loyang.
Sediakan pisau yang tajam dan air panas, celupkan pisau didalam air panas selama 30 saat dan potonglah kek kita. Insya ALLAH kek kita akan licin dan cantik.





Memang agak rumit cheesecake ni sebab dok ulangalik masuk petiais sampai 3x  U all  belum lagi boleh makan, mesti kena kuat tahap kesabaran kalau buat kek ni.  Tapi hasil nya berbaloii memang sedap sangat, anak-anak bagi 10 bintang ********** pada mama nya yang rajin ni hahaha. jangan ada yang muntah pulak tau!!!



Sebenarnya resepi cheesecake ni dari versi English, sorry kalau translation kaknoor agak kurang tepat, kalau ada cikgu cikgi kat sini mesti ketawa baca kaknoor punya translate tu kan. Tak kisahlah janji ada yang faham kan, tak faham boleh tanya no hal.  TApi resepi asal nya ada dalam youtube kalau ada yang rajin mengintai..

AMACAM!!!!! ok tak cheesecake ni masih ada lagi ni kalau ada yang TERHINGIN heheehee
Jangan marah tau nanti kena jual !!!!!
Klau terhingin no hal resepi dah dlam tangan boleh buat punya ...

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM manis semanis gula getas ni untuk semua.
KALAU nak tau gula getas ni taklah manis sangat pun kan.
MEMANG sengaja kaknoor tak nak banyak gula, biarlah manis dalam SENYUMAN 
asalkan jangan manis dalam MAKANAN 
BETUL TAK!!!!




Bahannya 
2 cawan ubikayu yang direbus dan dikisar
1/2  cawan tepung ubi
1/2  cawan kelapa parut (isi putih) 
1 sudu kecil garam 
1 cawan air atau kurang agak-agak je asalkan jangan lembik
1/2 cawan gula atau kurang + 4 sudu besar air untuk menyira
 minyak untuk menggoreng 

Cara membuatnya 
1. Satukan tepung ubi, ubikayu, garam & kelapa parut 
2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal dan tidak melekat 
3. Bentukkan adunan ikut suka - biasanya lonjong dan leper 
4. Goreng dengan minyak penuh dan api sederhana 
5. Angkat dan toskan, kemudian sira dengan gula (masak gula + air dengan api kecil hingga berbuih-buih, masukkan kuih yang telah digoreng dan cepat-cepat sira, gula akan mengering dan melekat dengan cepat) 






Biasanya getas ni guna tepung pulut kan, tapi kali ni kaknoor guna ubikayu sebab sayangkan ubikayi yang telah di rebus, anak-anak tak makan pun, kalau ubikayu rebus, diaorang cakap dah banyak makanan masa ni tak payah lah makan makanan zaman jepun ni lagi aduhhh anak mama, diaorang ni tak tau kesedapan ubikayu kalau dibuat macam ni..



Jom kaknoor belanja kuih getas ni sorang sebijik, siapa cepat dia dapatlah hehee jangan malu tau ambik je sedapppp sangat bila guna ubi kayu ni.  Siapa lagi nak puji kan!!!
Terpuji diri sendiri lah pulak.



ASSALAMUALAIKUM dan salam selasa untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang simple dimple je yang menggunakan ready made roti kebab, dah ada yg mudah tak payahlah kita nak buat roti kebab ni kan, beli je roti tu, kemudian letak inti sendiri, ikut selera sendiri, disini ikut selera anak bujang kaknoor.

Jom tengok resepi simple dimple..





Bahan nya
2 keping roti kebab ( kaknoor beli ready made roti kebab yang bulat tu)
2 keping burger ayam frozen
1 biji timun di hiris dadu
1 biji tomato dihiris dadu
1 biji bawang holland di hiris dadu
sedikit jintan putih di goreng sekejab dan kisar kering
sedikit serbuk pati ayam
sedikit lada hitam kisar
sedikit cili flakes jika suka pedas
secukupnya mayonis
sedikit mentega untuk menumis
garam dan gula secukupnya

Cara nya
1.  Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak roti kebab sehingga keperangan dan potong dua.
2.  Goreng burger ayam sehingga masak dan potong dadu.
3.  Potong dadu kecil, bawang , timun dan tomato. (timun di buang biji nya tau )
4.  Dalam kuali panaskan sedikit mentega, masukkan bawang,  goreng sehingga wangi, masukkan burger ayam, jintan, serbuk pati ayam, lada hitam dan cili flakes.
5.  Kacau biar sebati dan masak.
6.  Akhirnya masukkan timun, tomato dan mayonis secukupnya dan tutup api. Kacau rata.
7.  Tambahkan dengan garam dan gula dan rasa lah ikut kesesuaian sendiri.
8.  Ambil potongan roti kebab dan masuklah bahan-bahan inti tadi sebanyak yang kita suka.
9.  Untung nya bila kita buat sendiri semua nya boleh tambah, nak pedas boleh tambah cili flakes., nak sedap boleh tambah banyak burger ayam atau mayonis ke, suka hati kita lah sebab kita yang buat.
Betul tak!! ..




Sebenarnya anak bungsu kaknoor suka sangat dengan kebab ni, jadi nya memang selalu buat sendiri je, cuma kekadang tak sempat nak update sebab dah habis kena ngapppppppp...



Untuk breakfast ke, untuk minum petang pun ok jugak, yang best untuk bekalan anak sekolah, mudah dan simple.  Sampai sekarang anak bungsu kaknoor dah form 6 tapi tak mau beli di kantin, mesti hari-hari nak  bekal  je makanan dari rumah., jadi setiap pagi mesti memikirkan apa menu untuk bekal kesekolah, Yang problem sikit si bungsu ni tak mau menu yang berat sangat, nak yang agak ringan-ringan, yang pasti dia tak mau nasi goreng, mee goreng dan yg lain yg goreng haha..
Ohhhhhh anak mama patut lah sekarang ni dah slim mlim, mama jugak yang suka goreng-goreng ni kan...


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM isnin untuk semua nya walau dimana saja berada
BAIK yang selalu meninggalkan komen atau sekadar silent reader ya.
HAHA... pada sorang silent reader yang baru kanoor jumpa hari jumaat lepas sila lah komen kat sini ya, dah berjumpa in person kan....
TAPI sayang nya terlupa nak bergambar sebab berjumpa dengan tujuan menghantar
NASI KERABU KELANTAN je
INSYA ALLAH jika di izinkan ALLAH kita berjumpa lagi ya
Oh Fatimah!!!!!!

Berbalik pada entry kali ini,  kaknoor nak tanya siapa yang arif mengenai pokok ni, kalau ada yang tahu nama dan samaada boleh makan ke tidak!! sebab setiap ada tetamu yang datang kerumah kaknoor memang ternampak pokok ni sebab di jadikan hiasan pagar, mesti ada yang cakap boleh makan, tapi kaknoor sebenarnya tak berani jugak nak makan,  Ada yang cakap ni pokok "dill" herba orang putih tu, tapi ada jugak yg cakap bukan, yang cakap pokok penghalau nyamuk pun ada jugak, so very confius lah kang makan fengsan pulak!!!
Rasa nya DIANA TUKANG KEBUN mesti tau kot pokok ni kan please!! bagitau kaknoor ya samaada pokok ni "dill" yang boleh di makan tu atau dia nya sekadar serupa dhill tapi tak boleh di makan, mungkin gambar-gambar di bawah boleh membantu DIANA dan yang lain jugak..



Pokok ni memang ditanam di tepi garage sebagai pagar sekali gus untuk tutupkan kandang kucing kaknoor hahaha lagipun pokok ni berbau wangi jadi nya tak busyuk sangat kandang kucing tu kan..




Ramai jugak yang cakap boleh letak dalam telur dadar goreng, adusss tak sabar nak tau samada betul ke tidak boleh makan pokok ni, memang cantik kalau letak dlm dadar kan ada hijo gitu...



Memang mudah sangat nak tumbuh pokok ni, patahkan saja batangnya yang keras tu dan cucuk di tanah insya ALLAH tentu tumbuh dengan izin ALLAH.



Inilah rupa bunga pokok tu, kaknoor pernah google mencari pokok dhill herba orang putih tu, tapi bunga dhill agak bolat2 tak macam ni agak panjang, confem bukan dhill kan!! or dhill versi nusantara or Borneo ni....

hasil menggoogle ini bunga pokok dill
Ini daun dill tu ada persamaan sikit kan..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home