All About

Good Food

 Selamat malam untuk semua nya.
Throwback 7 tahun lepas anakanda Noor Faizah menerima Ijazah Sarjana Muda atau Degree
Di Royal Albert Hall London.
Masa ni si bungsu Nabil masih sekolah rendah.
Mr. hubby tak dapat ikut jadi peneman mama si bungsu lah.




Setahun kemudian anakanda Noor Faizah graduate Ijazah Sarjana atau Master jugak masih di Imperial Collage dan di Royal Albert Hall. Kali ni Mr hubby dapat  ikut serta Alhamdulillah.
Insya Allah awal bulan Mei nanti anakanda Faizah akan graduate PhD atau
 Doctor of Philosophy . 
Alhamdulillah dengan izin dari ALLAH anakanda Dr Faizah dapat menghabiskan belajar setelah 10 tahun berada di negara 4 musim itu.
Tahniah dari mama dan family semua untuk kakak yang begitu bersemangat tinggi untuk belajar sehingga ke peringkat tertinggi, wlaaupun badan nya tak lah setinggi mana pun hehe...



Bersama anakanda kedua di tahun yang sama masuk restaurant, dah tak ingat apa nama restaurant nya, biasa lah anak-anak ni memang dah terer bawa kami makan sana sini dan tau je di mana yang halal di makan. Tapi sebenarnya kaknoor nak tanya ada tak nampak apa-apa yang berlainan, adakah suratan atau kebetulan?



Assalamualaikum dan selamat malam
Lately memang tak dapat nak update blog pagi-pagi busy macam-macam tugas
Malam baru lah lega sikit.
Ini menu dua hari lepas, anak-anak teringin nak makan laksa johor.
Memang banyak preparation nya, tapi lepas ni memang lama lagi dapat masak utk 
Anak-anak di Brunei jadi susah-susah pun mama ikutkan jugak lah.
Esuk lusa dah nak fly tinggi2 berjumpa anak-anak yang jauh, dan memasak jugak 
Untuk yang disana, sebab kemana saja kaknoor pergi memang tak dapat lari dari dapur haha...

Resepi ni dah ulang tayang banyak kali ni dah, mana tau ada yg ter miss dulu boleh try resepi ni ya adinda-adinda blogger semua.





Bahan-bahan nya untuk kuah

  • 500 gm ikan tenggiri direbus dan diambil isinya ( ikan kembong pun boleh )
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 cawan udang kering kisar halus
Bahan kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • sedikit halia dan lengkuas
  • 1 sudu ketumbar kak Noor goreng kejab dan blend
Bahan untuk kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai di titik
  • daun kesum secukupnya
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang bunga kantan
Bahan tabur
  • 1 batang timun dhiris nipis dan dipotong bulat macam gelang tu
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • limau kasturi atau nipis secukupnya 
  • kacang panjang dihiris kecil
  • taugeh segar secukup nya
  • bunga kantan hiris
  • daun kesum hiris kecil
Cara membuat kuah nya
  • Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk,toskan ikan dan asingkan tulang dari isi nya, simpan air rebusan ikan 
  • Kisar isi ikan dengan mencampurkan 2 cawan air rebusan, ketepikan
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi, masukan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan masaklah sehingga pecah minyak, gunakan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
  • Tambah sedikit air rebusan,masukan isi ikan, ketumbar, udang kering dan tumislah hingga wangi.
  • Masukan kesemua air rebusan dan santan biarkan sehingga kuah mendidih, tambah air jika terlalu pekat
  • Masukan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa, garam gula dan biarkan merenih lama2 atas api makin lama di renih makin sedap
  • Kak Noor buat sehari awal kalau nak jamu tetamu tapi kalau emergency memang dan dan buat bila teringat nak makan 




Oklah ya selamat menjamu mata-mata anda ya.
Kalau nak jamu selera kena lah rajinkan diri kedapur 
Kalau ada permintaan nak makan memang kita jadi rajin nak masak.
Tak percaya kena tanya KAK ZAKIE heheee



ASSALAMUALAIKUM 
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak makan maman ni setelah bertahun-tahun tak merasa.
Tiga hari lepas kaknoor perapkan maman ni dengan sedikit nasi dan garam.
Alhamdulillah terasa macam makanan dulu-dulu lah masam-masam sedap makan dengan pekasam yang masin-masin. Itulah kan tekak orang tua ni macam-macam terhingin...





Dah perap dua tiga hari kita hanya perlu potong bawang merah dan cilipadi je dan digaulkan dengan maman ni, baru lah ada rasa masam-masam pedas




Ini pulak versi lemak cilipadi sebab ramai jugak yg suggest masak lemak cilipadi.
Jadi tukang masak pun teringin jugak nak merasa kan.
Memang kedua nya pun sedap dan unik .




Ini lah cucunda yang selalu mengacau ketika sessi photo gambar masakkan tu.
Siap keluar tunggu kat tingkat yang tempat meja maktok, sabo je lah..






Ini lah gambar pokok maman tu, benih maman ni kaknoor dapat dari Australia tau
Jangan tak tau haha seorang kawan fb kak Eve yang bagi benih ni.
Alhamdulillah tumbuh dengan subur nya maman ni di Brunei.
Esuk lusa boleh lah lagi buat jeruk kan sebab benih nya masih ada ni.



Assalamualaikum dan salam selasa.
Hari ni hujan lagi pepagi.
Alhamdulillah sejuk lah sikit bumi Brunei ni
Sebenarnya dah dua hari hujan berturut-turut di awal pagi.
Bila sejuk-sejuk macam ni perut jadi lapar
Macam-macam idea datang nak masak.
Ni idea semalam ketayap polkadot.
Orang dah lama buat kaknoor baru terhegeh-hegeh nak buat.
Itupun kebetulan dah ada inti nya dalam frezer.
Resepi nya kaknoor ambik dari blog IZAH MUFFIN 
Thanks Izah dah ramai jugak yg mencuba resepi ni memang menjadi dan sedap.
Mesti try pada yang lain ya..





KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home
Dicuba lagi oleh kaknoor


Bahan Dadar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan 
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali


  • Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)




Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.



Ini yang kaknoor letak inti paste kacang merah.
Kebetulan masih ada kacang merah sebab tukang masak memang hantu kacang
Jadi apa benda pun nak letak jugak kacang
Memang sedap sangat berbanding dengan inti kelapa
Kalau dah suka memang semua nya sedap belaka ye dak!!!



ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu untuk semua nya.
Hari cuti ni takyah yang banyak songeh sangat
Cukup tak kalau breakfast dengan ubikayu rebus cicah sambal gesek dan pekasam?
Syukurlah tu nikmat dari Allah hari ni kan..
Nak buat pun mudah dan cepat dapat makan.



Resepi ni tersangatlah mudah kan
Mesti semua orang pun tau dah rebus ubi kan.
Btw ubi kayu ni kaknoor guna noxxa hanya 6 minit je siap dan lembut.
Pekasam pulak just goreng je letak bawang merah hiris dan cili
Sambal gesek hanya cili hijau dan cilipadi hijau di goreng bersama bilis dan tumbuk kasar.
Tambah garam dan gula sikit jadi la sambal gesek
Memang sedap di cicah ubi ni tak caya!!!
Wajib try ni...




OK Dulu ya sampai jumpa lagi
Jom makan makanan zaman jepang ni yuk
Aduh tak sabar nak makan pekasam yang rangup ni..


Assalamualaikum dan salam sabtu.
Happy weekend untuk yang bekerja.
Yang jadi surirumah macam kaknoor takde cuti-cuti kan
Hari-hari memasak je, kalau rajin masak yang agak complicated sikit.
Macam resepi hari ni kena tunggu mood rajin ni.
Sebab agak banyak songeh, dengan kerisik nya lagi, santan pun yang perah dengan tangan ni haha..
Jom semak resepi mana tau ada yang nak buat hari ni atau esuk kan...





BAHAN KARI
1/2 kg daging kambing dipotong kecil
betik muda secukupnya di hiris kecil
beberapa tangkai kacang panjang di patahkan
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging kambing tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan, betik, tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik, kacang panjang dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi atau ketupat, atau apa saja kegemaran family, dengan roti pun sodap jugak ni.



Yang best kari ni ada betik // papaya tu.
Sedap manis-manis pedas bila dimakan dengan nasi memang terlajak sedap ni.



Ini pulak versi ayam sebab ada yang tak suka kambing dalam umah kaknoor ni, tukang masak kena kerja lebih sikitlah bila masak kambing, sebab kari ayam memang wajib kena masak jugak. Semua rempah nya sama saja dengan untuk kambing cuma di tukar ke ayam je.
Lepas ni boleh layan lah selera masing-masing, nak ayam ke kambing.
Ok tukang masak boleh lah bersantai kejab goyang kaki...

Assalamualaikum dan selamat petang jumaat.
Petang ni ada majlis tahlil yang harus dipenuhi,  jom belanja gambar cucunda Iman je lah ya. 

Alhamdulillah hari ni mau Iman pakai jubah dan songkok tpi hanya utk beberapa minit,  lepas tu memang tak tahan dah budak sorang ni.

Ipad tu memang mainan nya setiap hari bila time nak makan mesti nk tengok kartun melalui ipad tu,  sekarang ni dia dah pandai operasi ipad tu sendiri,  bagi je ipad tu dia pandai on dan cari kartun2 pilihan nya.

Jauh sngt beza dengan kita dulu2 kan.  Sampai budak sekecik Iman ni yg baru 2 tahun 7 bulan dah tau cemana nk guna gadjet zaman yg serba canggih ni.

Okla ya, happy weekend utk semuanya.
Semoga gumbira lah hendaknya.


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk yang bersiaran malam ni ya
Aktiviti seharian hari ni bergelumang dengan fruit cake kukus ni.
Sebab ramai yang teringin nak merasa kesedapan kek yang moist ni.
Memang sedap kek ni, kalau dulu kaknoor memang kurang suka fruit cake.
Tapi sejak kenal dengan fruit cake ni terus jatuh cinta.
Kalau ada yang nak merasa fruit cake di Brunei Darussalam boleh lah whatsapp kaknoor ya
+673 8739160
Yang jauh tu bawa bersabar la ya jamu mata je..
Kena datang ke Brunei baru dapat jamu selera hehe..




Nampak tak kelembapan kek ni!!
Bila dah makan memang susah nak stop ni tau!
Jadi jangan tunggu lama-lama sementara masih ada stok buah kering ni ..



ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang semua nya.
Hari yang sangat sibuk dengan macam-macam aktiviti.
Jom kita makan berangan je lah ya, sambil berangan-angan lah apa saja yang kita mau 
Memang sedap berangan ni, manis dan lemak, memang tak cukup tiga biji.
Mesti kena berbiji-biji, sayang nya berangan ni bermusim, kadang-kadang bila teringin nak makan tak de la pulak berjual. Berangan ni kalau anak kaknoor yang sulung tu, pantang dia jumpa kat supermarket ke kat mana-mana ada jual, memang dia akan beli, dah balik kerumah terus rebus atau panggang. Itulah kuatnya kecintaan nya pada berangan ni.

Kak Noor nak tanya, ada tak yang belum pernah makan berangan ni???
Memang rugi kalau ada yang belum pernah makan.
Sebenarnya berangan ni gambar lama, jom kita berangan je dulu lah
Bila lah dapat makan lagi dan lagi ni kan
Sebab sekarang ni bukan musim berangan lah kannn......





Macaron ni just nak tayang je .
Cantik tak macaron yang sedap berposing tu???
Sabar saja lah pada yang sedang ngidam tu ya
Selamat Malam..



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Dah lama sangat tak buat lasagna cups ni.
Dulu-dulu masa anak ramai-ramai kat rumah memang selalu buat ni
Sebab permintaan yang tinggi, tapi sekarang ni dah jarang!!! jarang !!
Sehinggalah semalam masa nak berbuka puasa tak tau apa nak masak.
Kebetulan ada kulit wantan dalam frezer, cek bahan lain pun ada terus lah exspress
Buat lasagna cups ni.


Bahan nya
Kulit wantan secukupnya
2 keping burger ayam
1/2 dada ayam dihiris dadu kecil
1 bawang besar dadu
2 ulas bawang putih cincang
1/2 cawan cili sos
1 sudu cili flakes
1 cawan cheese cheddar
1 cawan mozarella cheese
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit gula dan perasa
sedikit basil


Cara Nya
1.  Panaskan oven 150 'C dan spray muffin tin dengan sedikit minyak.
2.  Dalam kuali masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan putih.
3.  Dah layu masukkan ayam, dan burger tumis sehingga ayam kering air nya.
4.  Masukkan cili sos, lada hitam, cili flakes, garam, gula dan perasa.
5.  Rasa lah ikut kesesuaian family nak pedas atau kurang terpulang lah ya.
6.  Dah kering angkat dan ketepikan.
7.  Susun wantan dalam muffin tray, letakkan filling, cheese cheddar dan mozarella, kemudian wantan lagi sekali dan kedua cheese tadi.
8.  Terpulang nak letak berapa lapis wantan ni, ikut kreativiti sendiri.
9.  Kaknoor hanya buat 2 lapis je wantan ni.
10.Buatlah sehingga habis wantan, cheese dan filling
11.Kemudian bakar selama 10-15 minit .
12.Lasagna chicken cups sedia untuk di nikmati.

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.


OK YA sampai disini dulu
Rugi tak copy resepi ni sedap tau rangup.
Boleh jugak cicah sos kalau lagi nak power.


Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua.
Breakfast apa agak nya hari ni!!
Kalau ada yang belum breakfast jom ikut kaknoor breakfast dengan pasta ni.
Pasta ni kombinasi pasta shells dan spaghetti.
Sebab sayang nak buka stok baru, jadi sesekali biarlah kombinasi dwi pasta ni best jugak.



BAHAN-BAHAN
1 bungkus spaghetti / pasta kegemaran direbus sehingga lembut tos kan
1 bungkus sosej ayam atau daging di parut kasar
1 labu bawang besar didadu
1 tongkol jagung yang direbus dan di ambil isi nya
2 tangkai kacang panjang di hiris kecil
1/2 botol cili sos maggi
sedikit cili flakes
sedikit sos tiram
secukupnya cheese cheddar di parut out of stock
planta utk menumis

CARA NYA
1.  Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.  
2. Masukan parutan sosej dan cili sos, sos tiram dan cili falkes.
3. Masaklah sehingga mendidih, kalau perlu boleh lah tambah sedikit air . 
4. Kacau sehingga kuahnya  pekat dan berkilat tutup lah api.
5. Semasa menghidangkan gaulkan pasta dengan kacang dan jagung
6. Tuanglah sos pasta dan nikmati lah keenakan pasta bolognise ni.




Terpulang kalau tak suka letak jagung dan kacang, biarkan polos je pasta pun ok
Selera di tangan sendiri ye dak!!



Jagung dan kacang adalah fresh dari kebun kaknoor, itu lah sebab nya apa saja makanan nak letak sayur fresh dari kebun.  Memang sedap terasa manis jagung dan rangup kacang panjang lembut pasta dan sos yang sedikit pedas tu., memang teruja kalau makan.
Boleh try pada yang suka lah yaaaa
Kalau tak suka jangan paksa pulak bahayo tu...



Assalamualaikum dan selamat hari minggu.  Selamat berehat untuk semuanya.
Hari ni cucunda Iman potong rambut,   sejak dah besar ni,  Iman dah rileks sikit kalau potong rambut,  kalau tak memang Umi atau Abi nya kena tunggu disebelah.
Kali ni Alhamdulillah Iman dah tak nangis lagi .

Encem tak Iman!  kakak- kakak,  aunty-aunty,  maktok - maktok semua!  Apa pun jawapan nya semoga semua nya sihat walafiat disamping menjalankan tugas harian ya.


Assalamualaikum dan salam sabtu.
Dah malam baru berkesempatan untuk update blog ni.
Menu ulangan lagi yang sedap di ratah begitu saja.
Bermula dari tengok kat tv rancangan Masterchef Australia tapi tak ingat musim ke berapa.
Sejak dari situ kalau ada babat ni mesti nak goreng je tak nak masak lain dah
Sebab anak-anak pun suka babat goreng, terasa macam makan sotong goreng lah pulak.
Resepi nya mudah sangat jom semak jom!!




BAHAN NYA
1/4 kg babat / berubut / perut lembu
1 biji telur 
1 sudu kecil jintan putih goreng tumbuk
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu kecil kunyit serbuk
secukupnya breadcrumbs golden
secukupnya garam dan sedikit perasa
minyak untuk menggoreng

CARANYA
1.  Babat atau berubut di bersihkan dan di potong nipis dan panjang, di rebus lembut.
2.  Tos dan ketepikan.
3.  Dalam bekas lain satukan jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan perasa dan masukkan babat.
4.  Gaul rata dan perapkan lah selama 1 jam atau lebih.
5.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, pecahkan telur dan kacau, celupkan babat didalam telur, salutkan dengan breadcrumbs golden dan goreng lah sehingga kekuningan
6.  Api hendaklah sentiasa perlahan supaya babat masak dengan rata \.
7.  Bila dah masak dan kekuningan angkat dan toskan.
8.  Buatlah sehingga habis babat dan telur jugak breadcrumbs.
9.  Boleh dimakan dengan nasi goreng atau nasi putih atau apa2 fav lah..




Nak pedas boleh hiris cili kat atas babat ni memang power ranger tau !!



Ini versi sedikit rajin letak bijan, lepas tu dicicah sos pilihan.
Dimakan dengan nasi goreng pun sodap ni.
Selamat berhujung minggu untuk semua nya.
Mesti ramai yang gantung periuk esuk kan coti-coti kan.



Assalamualaikum dan sejahtera
Sekali lagi hari ni kaknoor nk jamu mata adik- adik semua.   Sekejab lagi ada tetamu nak datang ini je yg mampu disedikan. 
Nasi Arab,   Acar Buah, Asam Pedas Ikan,
Nasi Ulam,  Ayam Kabsa,  Sambal Blacan,
Salsa,  Karipap,  Cottage Pie dan Fruit Cake.  ORANG UTARA mesti lupa bihun sup utara.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home