All About

Good Food

Selamat petang semua nya 
Hari ni agak santai maksudnya banyak sedikit masa ber blog
Jadi nya dapat buat dua entry hehe
Jom tengok gambar rambang sepanjang minggu ni..



Masa ni kaknoor nak keluar beli barang, anak kaknoor dah bancuh tepung untuk buat pretzel suatu hari tu, lepas tu cari punya cari punya cari, bikarbonat soda takde la pulak, jadi terpaksa lah keluar sekejab ke kedai, dan teman setia yang wajib di bawa adalah yang di belakang tu, pantang tengok maktok pakai tudung mesti nak ikut je...



Suatu petang pak haji terlebih rajin memindahkan pokok cili dari dalam pasu ke tanah di luar pagar sebab bila dalam pasu macam kurang subut, kita tengok nanti cili pak haji subur ke tidak ok...




ULaman segar yang mesti ada setiap hari, cuma ulaman nya saja di tukar ikut apa yang ada dalam petiais dan di luar rumah, awet muda kan kalau makan ulaman ni kalau tak percaya cer google hehe



Sambal goreng yang biasa kaknoor buat, disebabkan pak haji gue tak suka belacan, jadi semua sambal kaknoor memang tak letak belacan, kecuali tingin sangat nak makan sambal belacan memang kaknoor buat dua jenis sambal, yang ni hanya ikan bilis, bawang putih, bawang besar, cili padi, selepas di blender kasar di goreng campur garam dan gula jugak asam kulit..
Sedap di makan dengan apa saja, nasi goreng nasi ke nasi putih  hatta dengan ulaman..



Assalamualaikum dan salam hari minggu
Semalam membuka album lama 2 bulan lepas semasa di Norway
Memang banyak kenangan manis yang sukar di lupa kan begitu saja.
Kadang-kadang bila kita disana kita kurang menghargainya
Tapi bila dah balik di tempat sendiri terasa macam nak kesana lagi mengulangi segala kenangan.
Tak mungkin rasa nya kesana lagi kalau tiada yang penting dan terpaksa.
Cukuplah  sekadar gambar-gambar dibawah ini  menyatakan kerinduan tuan tanah kepada
Negara Scandinavia tu, walaupun bahasa dan loghat berlaian tapi sangat mesra alam dengan senyuman tanda selamat datang itupun sudah memadai kan...




Memang cantik pemandangan  Norway ni dari atas kerana banyak nya pulau-pulau kecil disekitarnya


Pasar pagi yang terdapat di Oslo Norway yang buat hati kita tak kan terlepas pandang, mesti nak singgah jugak tengok bunga-bunga yang cantik ni..



Dalam hati sudah ada tinyummm haha






Hari terakhir di Oslo Norway di apartment tu, ada buku mengenai Islam jugak didalam rak tuan rumah tu, terpegun jugak Islam dimana-mana, hatta di apartment yang kami tinggal tu pun, tempat laluan orang-orang bertudung jugak, tulah yang buat hati sedapp sangat berada disana..





Yang best sangat tengok bunga-bungaan yang berbagai warna yang jarang sangat kita jumpa ditempat kita, apa lagi di pasar pagi ni, bunganya sangat segar bugar, aduhhh betapa kerinduan menggamit untuk bertandang lagi dan lagi.
INSYA ALLAH jika di izinkan ALLAH tahun depan lah ada lagi sorang anak kaknoor yang akan graduate mana tau masih di beri peluang kan, mudahan akan ada lah rezeki tu nanti ...



Assalamualaikum dan happy weekend untuk semua yang masih sudi singgah sini.
Hari ni hanya nak kongsi sedikit ole-ole Bath dan London, sebab baru ternampak
Dulu sibuk dengan raya dan tempahan bagai, dah reda syawal pun dah sampai dekat penghujung
Barulah boleh korek kotak ole-ole tu.
Ini sebahagian yang boleh di kongsi lah jamu mata je ya
Kata orang Brunei barangan "damit" je yang agak besar dah masuk kontena belum sampai hehee
Tapi tak banyak pun sebab kita ni bukannya kayo rayo kan
Sekadar lepaskan tingin dan barangan perlu je..



Ini hanya mini tea set untuk hiasa je, sebab kecik bebeno kalau nak buat minum
Tapi benda dah suka maktok angkut je untuk jadi kan prop bila ambik gambar makanan



Rugi kalau tak beli Map of Bath ni sebab ada jugak lah kenangan kan, entah bila lagi dapat kesana
Kalau tak sebab anak-anak memang tak sampai lah kalau sesaja nak jalan..



Ternampak cawan yang awesome ni itu pun orang tua ni teringin hahaha



Walaupunn tak suka sangat minum tea tapi sebab tin nya lawa kaknoor rembat jugak 
English fine tea ni ber tin-tin rambang mata sungguh kan..



Ini baru cawan kopi maktok dan tokwan
dah rasmi dah semalam hehee sedapp rupa nya minum kopi dalam cawan ni
habis licin hihi...



Botol ber straw dua biji ni belum kena rasmi lagi so far jadikan prop dulu
Mana tau ada idea nak letak jus apa2 nanti tungguuuu ye..



Model kecik ni memang tak boleh tinggal, asal maktok bawa camera dia pun tak mau ketinggalan nak jugak suruh ambil gambar dia, sekarang ni dah pandai, bila orang suruh tengok camera, tak mau nak buat aksi spontan ish ish cukup pandai mengikut orang tua, sebab maktok selalu tak mau tengok camera, dia pun apa lagi kemana tumpah nya kuah kan!!!!


Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua nya.
Dah lama buat pretzel bites ni tapi baru berkesempatan untuk translate resepi nya.
Biasa lah kalau resepi baru nak translate memang makan masa jugak lah.
Tapi alhamdulillah berbaloi dan sedap sangat macam Auntie Anne's
So far 2x buat dalam masa tak sampai seminggu, cornfirm sedap sangat, tak percaya tanya IMan ni.

Sebenarnya pretzel bites ni anak kaknoor Madihah yang buat, dia ni memang kalau baking-baking macam ni memang agak rajin, jadi kaknoor lepaskan sepenuh nya pada dia, alhamdulillah menjadi dan sedap.



Iman paling suka makan pretzel ni, sampai bila dah habis pun minta lagi roti yang makcik buat hahaha 




BAHAN-BAHAN: 1 1/2  cawan tepung roti 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar gula 2 sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam 1 cawan air suam 1 pack (7 g) instant yeast 1 sudu besar minyak
AIR CELUPAN: 3 cawan air panas 5 sudu besar baking soda
SALUTAN: 1/2 cawan mentega - dicairkan 1/2 cawan gula 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
SALUTAN CREAM CHEESE: Kurang rajin nak buat haha 125 g cream cheese (suhu bilik) 2 sudu besar mentega (suhu bilik) 1 cawan gula icing 2 sudu besar whipping cream 1/2 sudu kecil vanilla extract




CARA-CARA: • Campurkan 1 cawan air suam dgn 2 sudu kecil gula serta yeast. Gaul dan ketepikan selama 10 minit (campuran akan berbuih) • Masukkan campuran yeast tadi ke dlm mixer, serta kedua-dua gula, garam dan minyak. Pukul hingga sebati. • Masukkan kesemua tepung roti dgn perlahan sehinga sebati. • Tukar ke doh hook dan masukkan tepung gandum. Uli sehingga doh menjadi elastik dan sedikit melekit. • Pindahkan doh ke mangkuk besar yg disapu dgn mentega dan tutup dgn plastik cling wrap. Biarkan doh naik selama 60 minit sehingga saiz doh menjadi dua kali ganda. • Sementara itu, kita sediakan salutan cream cheese. Masukkan cream cheese dan mentega dlm mangkuk dan pukul sehingga campuran lembut dan gebu. • Masukkan gula icing dan vanilla extract sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan whipping cream dan pukul selama 2 minit. Biarkan campuran sejuk di dlm peti ais utk dipakai nanti.
• Panaskan oven ke suhu 210C, dan sementara itu kita sediakan campuran utk salutan roti nanti. Masukkan campuran mentega yg telah dicairkan tadi ke dlm mangkuk dan dlm mangkuk berasingan, campurkan gula dan serbuk kulit kayu manis, ketepikan. • Setelah doh naik, pukulkan doh tadi dan keluarkan ia dari mangkuk. Bahagikan sama rata jadi 6 bahagian dan tutup dgn tuala. • Dlm mangkuk berasingan, masukkan air panas dan baking soda dan campuran akan berbuih. Campuran ini akan dipakai setelah doh siap diuli. • Ambil 1 bahagian doh tadi dan gulung sehingga menjadi tali panjang dlm 24 inci. Potong menjadi 1 inci keping saiz gigitan dan celup kepingan ini ke dlm campuran baking soda tadi. Setelah itu, letakkan kepingan-kepingan ke dlm tray yg dilapik dgn baking sheet. Bakar selama 8-10 minit sehingga kepingan nampak kekuningan perang. • Setelah siap dibakar, celupkan kepingan tadi ke dlm campuran mentega cair selama 2 minit sehingga ia menyerap, setelah itu barulah disalut dgn campuran gula icing/serbuk kayu manis. • Hidangkan cinnamon bites dgn celupan cream cheese tadi.

Sorry kalau translation nya agak kurang memuaskan ..



Gambar ni kali pertama buat sikit je tinggal nya ...




Ini dah kali ke dua Iman makan dengan selera sekali..




Memang lengkap lah dessert hari ni siap dengan model nya sekali kan..
Jangan tunggu lama-lama untuk mencuba tau
Anak-anak memang suka ni, itu pun belum buat yang cream cheese tu, kalau tak memang tak sempat nak tengok gamak nya kan..



Selamat petang semua nya.
Ada tak pernah makan bunga betik ni?
Orang muda memang tak pandang rasa nya bunga betik ni kan.
Tapi bagi yang veteren memang suka sangat ni sebab rasa nya agak pahit-pahit manis haha
Yang pahit tu kan ubat, jadi oklah telan je lagipun bila dah di kerabukan macam ni memang dah tak terasa pahit, hanya yang rasa SEDAPPPP JE...




Antara khasiat daun dan bunga betik

Banyak kelebihan bunga dan daun betik sbb tu sy makan setiap minggu sebagai suplemen secara x langsung.. Ulaman ni menggandakan pengeluaran sel darah yang baru & bagus sebagai penjagaan sendi.. Selain ia menguatkan sel kulit lebih tahan melawan arus penuaan diri..
Selain sedap sebagai ulam ia sgt berkesan sebagai ubat utk merawat demam denggi(dengan meningkatkan platlet darah), Malaria, sakit barah, mengurangkan kencing manis, darah tinggi, sakit kepala (migraine), sembelit serta menghilangkan panas badan, meningkatkan daya imunisasi dan penghadaman..
Sgt baik dimakan oleh wanita yg menyusukan bayinya seeloknya selepas 3 bulan melahirkan.. Sgt berkesan memekatkan susu ibu dn menyihatkan ibu.. Tetapi buah betik masak x boleh makan dalam pantang kerana ia sgt sejuk..
Bagi anda yg mengalami sakit sendi dn otot elok mencuba petua ni.. Layur ke atas api daun betik tua dn lekap pada bahagian yang sakit.. Kalau sakit sendi minum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan epal..(Pahit yg amat sgt)..


Resepinya kaknoor intai dari blog chef Hanieliza, dan ada jugak kaknoor tambah sikit2 lah ikut kegemaran keluarga..


KERABU BUNGA BETIK


Bahan

1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
2 sudu besar kerisek
1 labu bawang besar [hiriskan]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
1/2 cawan santan pekat [jika suka]
kaknoor tambah serai yang dihiris
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
5 tangkai cili merah
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering kaknoor tambah kerang

Cara Memasaknya
1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan agak lembut.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Hidangkan




Makan pulak dengan ikan pekasa goreng rangup ni alahai memang tak nampak telinga ni
Mana geng yang suka kerabu bunga betik ni angkat tangan cepat hehee...
Sorry orang muda memang gerenti tak makan punya ni kan...
Hari ni hari orang veteren tau, orang muda gi main jauh2...

Tapi kalau dah banyak khasiat terpaksa kena makan jugak ni kan hahaa...


Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni kaknoor dan family dah raya untuk kali ke2 dalam bulan syawal ni.
Best jugak sebab semua anak-anak ikut berpuasa jadi hari ni semua pun berhariraya heehe
Menu yang dihidangkan simple dimple je takde ketupat segala
Hanya nasi katok dan sambal 3 jenis pembuka selera.
Nasi katok ada lah nasi putih biasa je, bukan nasi lemak tau!!
DiBrunei nasi katok memang famous dijual hanya nasi dan sambal jugak seketula ayam.
Memang simple sangat tapi kaknoor ni dah ikut selera anak-anak, nak sambal telur puyuh, sorang lagi nak sambal bilis biasa, dan tukang masak pun nak jugak request sambal hijau petai.
Jadinya macam-macam sambal lah, dan boleh pilih yang mana suka.



 Ini adalah sambal petai, sambal telur puyuh dan sambal bilis

Resepi nya semua ikut macam nasi lemak yang biasa kaknoor buat
Cuma nasi je nasi putih biasa no lemak-lemak tau..


 Nasi putih polos ni lebih sihat dari nasi lemak jadi ON saja lah kan


 Ini tempe goreng rangup memang sedap dimakan dengan nasi katok ni


 Ini untuk tukang masak lah, anak-anak tak pandang ni, dah tak puasa lepas geram dengan yang busyuk-busyuk ni sebab kalau makan masa puasa memang bau mulut tak mau hilang haha..


 Sambal telur puyuh mudah di makan sebab kecik kan


 Ayam ni kaknoor perap ayam berempah tapi hanya guna fryer je tak berminyak sangat.
Asalkan masak udah lah kan, anak-anak pun sekarang ni dah pandai tak mau berminyak-minyak jadi nya mudah kerja kaknoor letak je dalam fryer tunggu masak dah siap..


 Sambal bilis pulak fav anak kaknoor yang ke4 tu Madihah, bila nak makan nasi mesti nak cari yang sambal yang merah-merah, jadi sambal ni memang sentiasa ada je dalam frezer bila teringat nak makan, hanya panaskan je..


Jom siapa yang dah beraya 6 hari ni jom singah umah kaknoor kita makan-makan nasi katok ni, semua nya ala nasi lemak hanya nasi je yang nasi air biasa, masih banyak ni kalau ada yang mau heheeeeee jom jamu mata utk orang jauhhh ok..



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk yang masih sudi singgah disini.
Resepi ulangan lagi sebab anak-anak suka sangat dengan portuegese egg tart ni
Kebetulan lebihan kuning telur daripada baking  macaron, sebab macaron hanya guna putih telur  jadi fikir2 nak baking apa hanya ini je yang terlaris dirumah kaknoor buat masa ni, so jadi lah portuegese egg tart sampai berkali-kali, resepi ni memang sedap sangat boleh try pada yang sudi.
Pada yang nak try boleh rujuk di 


Masa sedang panas memang dia kembong giler, tapi bila dah sejuk memang dah takde kembong lagi, entah lah dimana silap nya atau memang jenis nya gitu tapi tak kisahlah janji sedap kan



Sedang menggila-gila ni kembong nya..




Memang sedap sangat portuegese egg tart ni walaupun agar besar tapi memang tak cukup sebijik rasa nya..


Kaknoor memang sengaja kasi agak perang baru di angkat, sebab masa di Norway baru ni pernah jugak makan egg tart ni, masa diaorang serve memang agak hitam macam ni dan rasa nya memang sedappp, jadi kita ikut lah yang mana baik tu kan..




Alhamdulillah masa entry di post cornfirm portuegese egg tart ni dah licin sekadar boleh tengok gambar saja lah yang berbagai-bagai aksi .

Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya.
Dah hampir 3 minggu kita berhariraya kan.
Rasa nya dah hilang dah penat lelah dalam plane dan jetleg pun dah lari jauh-jauh
Dah ada kekuatan untuk mengambil tempahan kawan-kawan.
Alang-alang jugak kan, sebab ada yang dok whatsapp nak tempah itu ini..
Jadi bila dah buat tu biarlah banyak sekali daripada buat sikit-sikit letih nya sama jugak kan..
Jadi untuk seminggu dua ni boleh lah kalau ada orang Brunei Darussalam ni nak menempah contohnya macarons ke, karipap ke or tart cheese dan tart chilled.
Dah ada nombor telepon tu boleh whatsapp kaknoor untuk buat tempahan ya.



Macarons kaknoor ada filling salted caramel, chocolate, strawberry dan ikut lah pelanggan jika nak filling kegemaran insya ALLAH akan di penuhi.






Boleh whatsapp pada nombor kaknoor di atas tu jika ada yang teringin nak menempah ya, kalau orang bandar INSYA ALLAH akan di hantar di meet point GIANT RIMBA, jika order melebihi $50 sebab kaknoor tinggal di Sg Liang Belait, sejam jugak tu perjalanan..



INi tart chilled yang tak perlu di bakar hanya di sejukkan dan rasa nya memang menyegarkan dan pastinya tak cukup sebiji dua jika makan ni..



Ini pulak tart cheese blueberry deco kaknoor,  gambar ni masa masih panas baru keluar oven, memang agak montok,  tapi hingga kini kaknoor masih belum terjumpa cara utk mengekalkan kemontokan tart ni, sebab bila dah sejuk dia akan turun sikit lah, tapi masih lah montok, kalau ada yang nak kongsi cara mengekalkan montok tu boleh lah share ya please !!!!


Karipap pusing pedas kaknoor, sebab ramai yang minta karipap pedas, jadi trend sekarang ni karipap pusing pedas lah, tapi jika tak suka pedas boleh lah bagitau nak yang mild je, also can sebab kita yang buat dia kan takde masaalah punya lah..



Karipap pusing frozen ni jika ada yang minta goreng kan insya ALLAH takde charge jika order melebihi 50 biji sebab selain berbisnis kaknoor jugak ingin bersedekah minyak dan tenaga pada yang memerlukan.. Pagi tadi ada sahabat Fb dari KL yang minta nak order karipap ni, itulah jauh ssangat Brunei dengan KL kan, takut pulak bila sampai ke KL nanti karipap ni dah tak sedap kan!! Jadi tak dapat lah kaknoor nak janji karipap ni akan sedap selama dalam perjalanan tu kena panas dan macam-macam lagi...

Tapi kalau untuk orang Brunei Insya ALLAH masih boleh rasa kesegaran karipap ni, jadi jangan tunggu lama-lama tau kalau nak menempah tu..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home