All About

Good Food


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih sempat berbicara lagi disini di hari jumaat yang mulia ini
Resepi mudah lagi yang kaknoor ingin kongsikan
Hanya goreng je kadok yang banyak kat belakang rumah tu, kalau ada adik-adik semua yang banyak kadok kat rumah boleh lah try goreng macam ni, sedap dan berkhasiat lagi..
Antara khasiat kadok yang kaknoor sempat google cuba tengok kat bawah ni ya..

KHASIAT DAUN KADUK
  Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. 
Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu. 
Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.
 Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan. Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Boleh baca disini untuk banyak lagi khasiat kadok



Beginilah jadi nya gorengan kerepek kadok dan pegaga tu, sungguh rangup krup krap krup krap
Mesti cuba baru tau kelazatan kadok ni




Sayangkan kadok yang banyak kat belakang rumah, terfikir nak goreng lah pulak, sebab biasa nya kita selalu goreng bayam je kan, kadok pun sedap tau..




Pucuk kadok yang telah siap di cuci dan di lapkan supaya kering lebihkurang 20 - 30 helai, bila dah kering nanti senang nak salutkan dengan tepung, lagipun  mudah untuk bancuhan tepung tu melekat..




Bahan-bahan yang kaknoor guna, campuran tepung jagung dan tepung gandum, sedikit jintan putih, lada hitam, kunyit, garam dan cili flakes, semua bahan ni di bancuh dengan air sejuk dari petiais yang betul-betul sejuk, di kacau rata, agak-agak lah jangan terlalu pekat nanti banyak tepung yang tersalut jadi kurang rangup, dan jangan terlalu cair nanti takda pulak tepung yang tersalut, bila kita goreng jadi cepat hangus, sedang-sedang lah bancuhan tepung tu ok..




Bila dah di gaul rata, panaskan kuali dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan sesudu besar minyak panas dalam campuran tepung tadi, kacau rata, kemudian baru celupkan daun kadok tadi dan gorenglah sehingga kekuningan dan rangup, dan buatlah sehingga habis daun dan bancuhan tepung.




Dah siap kerepek kadok kita, cantik dan lazat, tak terasa makan kadok, tapi macam makan kerepek biasa je, maksudnya langsung takde bau kadok bila di goreng macam ni..



Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos, campuran sos cilipedas + sos cilimaggi + mayonis
kacau rata dan cicah dengan kerepek ni memang terangkat, tak sempat nak ambik gambar sos tu sebab cepat sangat licin..

Daun apa-apa pun boleh sebenarnya di buat kerepek macam ni, disini kaknoor selit jugak daun pepaga tapi taklah banyak sangat sebab pegaga tu kecik jadi nya lambattttttt, kalau kadok ni kan besar cepat lah siap kerja kita hehe..



Alhamdulillah hari ni sempatlah berbicara di sini lagi, kali ni resepi yang sangat mudah je pun, memang ramai yang dah tau, cuma ikut kaknoor suka tambah cili flakes dan serbuk buah pala untuk wangikan begedil tu dan cili flakes semestinya untuk pedaskan sikit begedil..


2 kilo kentang di cuci bersih, di belah dua dan rebus dalam noxxa selama 3 minit saja, tak payah buang kulit dulu nanti tak manis, lepas rebus tos kan, kemudian baru lah di kopekan kulit nya lebih senang sebab dah lembut




Kentang yang telah di rebus tadi di masukkan dalam blender dan kisar sehingga lembut dan hancur
Kalau nak tumbuk pun ok jugak cuma agak lambat sikit, kalau blender lebih cepat dan mudah.



Kisar lah sehingga habis kentang kita ya..




Ini lah bahan-bahan yang kaknoor guna agak-agak sajalah takde sukatan pun,  di tumiskan dengan sedikit minyak, biarkan bawang layu, baru masukkan burger ayam atau burger daging terpulang lah ya, tak letak ayam//daging pun ok jugak, dah ayam bertukar warna boleh lah letak bawang goreng dan daun bawang dan sup, kacau sebati.




Kemudian barulah di masukkan dengan bahan-bahan perasa di atas tu, pun agak-agak jugak, kaknoor lebih suka letak cili flakes sebab untuk rasa sedikit pedas bersama lada hitam, kalau ada yang tak suka boleh abaikan je ok., rasa lah ikut citarasa keluarga anda..




Bahan-bahan tumis yang telah di masak tadi, di campurkan kedalam kentang kisar, kemudian barulah di gaulkan sebati 



Alhamdulillah dah siap proses membuat begedil kita, lepas ni gentel bulat ke leper ke pun tak kisah mana yang senang dan ikut citarasa..



Dah buat banyak ni kaknoor lebih suka ovenkan sekejab dalam 15 minit, supaya lebih keras sikit mudah untuk kita simpan frezer,  bila-bila nak goreng hanya keluarkan saja. Untuk begedil ni kaknoor salutkan dengan telor, kemudian di gelek lagi sekali dengan campuran tepung gandum dan jagung untuk merangupkan bahagian luar begedil ni, tapi kalau tak salut tepung pun ok, lepas salut telor terus goreng saja dengan minyak yang panas sehingga kekuningan ok.




Ini lah dia hasil begedil tu digandingkan dengan soto ayam dan soto paru, selera macam-macam kat dalam rumah terpaksa layan semua..



Banyak nya bahan-bahan untuk soto ayam ni kan, sedang rajin layan saja lah, bila dah malas nanti baru lah masak nasi goreng bodo je hehe...


Sambal kicap ni wajib ada baru lah makan soto tu jadi berpeluh-peluh sikit..


Untuk Resepi Soto Ayam boleh lah tengok kat link di bawah ni ya
Soto Ayam Maslinda memang sedap



ASSALAMUALAIKUM 
Alhamdulillah berkesempatan lagi hari ni untuk berbicara disini
Resepi ulangan yang menjadi kegemaran anak-anak bila bila masa saja
Asal beli udang mesti ingat nak masak butterprawn saja selain dari cucur udang..
Masih setia dengan resepi yang sama cuma 
Kaknoor tambah telor kuning menjadi 3 biji sebab nak lebih floss nya, ikut selera masing masing lah kalau nak lebih banyak boleh tambah lagi dan lagi telor kuning tu ok..




Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.






Untuk masak butterprawn ni kaknoor lebih suka tambah sedikit gula, supaya lebih terasa sedap, terpulanglah nak letak brown sugar atau white sugar, tapi lebih sihat kita letak brown sugar lah ya, selagi ingat jaga lah kesihatan kita ok, makan tu makan jugak kan...



Kalau udang nya besar memang sedap sangat buat butter prawn ni, manis dan mmmm kolestrol pun senyum je tengok, tapi pandai-pandai  control lah ya pada ada K ni, jangan selalu amalkan, sesekali tu takde masaalah lah kan untuk melepaskan GERAM!!!


Alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk mengupdate blog hari ni.
Resepi yang biasa saja kita buat kat rumah time weekend bila anak-anak tak kerja dan sekolah
Kaknoor guna bakso ready made je, tak kuasa nak buat sendiri sebab agak lambat.
Resepi ni jugak dah ada dalam buku ke2 kaknoor
RESIPI BLOGGER
Pada yang takde buku boleh tengok resipi di bawah ni ya, kali ni kaknoor modified sikitlah ikut selera anak-anak kat rumah ni.





Kali ni kaknoor tak kisar segala bawangan tu, hanya hiris je semua nya, ditambah dengan tomato dua biji, leeks yang dihiris besar, jugak di tambah sedikit serbuk jintan putih ( sangai dan kisar ) dan lada hitam, ikutlah selera nak letak banyak ke sikit, bagi kaknoor suka sup yang agak wangi dengan jintan putih jadi memang letak banyak...

Kalau bahan-bahan tu di kisar, kuahnya agak pekat, anak-anak ni kadang tak suka kuah yang pekat, diaorang nak kuah yang jernih macam sup orang putih, jadi tukang masak ikut lah selera budak-budak ni, lepas tu di tapis lah supaya segala rempah nya tak tergigit...





Makan mee bakso ni kalau di tambah sambal rebus, tambah lagi bawang goreng rangup memang terangkat, berpeluh peluh jadi nya, penggemar pedas memang tak dapat tolak sambal ni hehe..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG AGAK RAJIN DAN SUKA KEDAPUR TU...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home