All About

Good Food


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada yang masih sudi singgah di blog ni ribuan terimakasih lah ya
Walaupun sesekali timbul untuk mengupdate blog.
Alhamdulillah pengunjung blog tak pernah putus singgah di sini.
Baru ni kaknoor check jugak dekat
Wah!!!! happy lah sebab ramai yang sudi untuk jadikan rujukan blog Kak Noor
Hampir 1.800 pengunjung setiap minggu dari serata pelusuk negeri
Macam jadi sumber inspirasi jugak untuk terus mengupdate blog 
Dan resepi-resepi dari Dapur Kak Noor
IN Shaa Allah selagi terdaya dan diberi kesempatan oleh Allah..



Ini solok lada yang kaknoor buat dari lada yang di tanam di kebun sendiri dalam pasu je pun
Alhamdulillah suka suki tanam dapat makan hasil tanaman sendiri memang best sangat..



Bila dah dimasak lada akan bertukar warna yang pudar sikit lah
Maka nya kaknoor suka masak sekejab saja supaya warna lada tu tak terus pudar
Bagi kaknoor lagi rangup dan keras memang the best, tapi sebab pelanggan dalam rumah suka yang agak lembut terpaksa ikut selera semua lah, tukang masak biarlah jadi "pengalah" saja hehe..
Mesti orang seangkatan kaknoor trademark siapa "pengalah" ni, jawabb kalau ada tau..




Ini solod lada yang latest kaknoor buat dalam bulan syawal lepas
Hanya guna sweet cili yang di beli dari UK masa kesana kejab untuk majlis konvo anak kaknoor
Geram sangat tengok sweet cili kat supermarket terus rembat je dua tiga pack
Nasib baik masih ok dan keras lagi selepas seminggu di simpan dalam petiais..




Solok lada

Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
Disini kaknoor guna sweet cili sebab takde cili khusus untuk solok lada ni
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi kaknoor lebihkan ikan sebab terlebih cili nya
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali sweet cili tu, gaulkan dalam satu bekas besar dan rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak. Boleh jugak di masak dalam periuk bersama dengan sedikit santan yang telah di masukkan sedikit garam.



Solok Lada memang sinonim dengan Nasi Kerabu Biru ni
Memang pelengkap lah kalau ada Solok Lada ni..
Untuk resepi Nasi Kerabu bolehlah klik di bawah ni ya


Masa ni zaman rajin tanam cili scotch bonnet, sekarang ni baru nak start lagi
Sempat beli cili scotch tu baru ni untuk di jadikan benih
In Shaa Allah tunggu kelapangan dan kesempatan..




Seronok rasa nya kalau laman di penuhi dengan sayuran dan cili-cili yang berwarna warni macam ni
Berbagai bentuk, yang ni cuba tengok macam topi pun ada kan!!!
Unik sungguh ciptaan Allah Subhaa Nallah..



Tunggu mood rajin datang nak kumpul balik semua warna warni cili untuk jadikan hiasan laman
Usang yang tak seberapa sangat pun...



Alhamdulillah korek-korek gambar lama dapatlah jadi inspirasi dalam menjadi seorang petani dan tukang masak lepas ni, IN Shaa Allah jika badan sihat dan hati senang memang semua benda nak buat, tapi jika badan sakit dan hati kelam kabut tak menentu buat apa pun memang tak selesa.
Apa pun susah hati ke! sakit hati ke! semua nya di dunia saja, bila kita dah tak ada di dunia hanya amalan kita jugak yang di kira, jadi kena berpada pada lah seimbangkan amalan dunia dan akhirat
WALLAHUAKLAM


Assalamualaikum adik adik blogger semua! 
Walaupun syawal baru saja berlalu pergi dikesempatan ini
Kaknoor nak jugak memohon jutaan ampon dan maaf
Andai ada salah dan silap samaada sengaja atau tidak
Kita sebagai seorang insan memang tak terlepas dari kesilapan kan! 
Kekangan masa dan faktor kesihatan membuat kaknoor
Menyepi sehingga beberapa purnama..
Alhamdulillah dipetang yang hening ini ada sedikit ruang
Untuk kaknoor berbicara sepatah dua
Dan letakkan resepi Gajus Rugget 
Untuk jajan harian jugak boleh gajus ni atau untuk Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba..
 
 

Memang rangup dan krup krap krup krap gajus ni bila dimakan, pada yang suka kekacang wajib buat ni...

 

Asalnya dari Resepi Kacang Rugget tapi kaknoor gantikan dengan gajus, jadi lah Gajus Rugget 

KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish

Bahan-bahan 

500gm kcg tanah Kaknoor gantikan dengan gajus
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.
Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.

Untuk mencepatkan proses menggoreng kaknoor panggangkan sekejab dalam oven badam dan jagus ni agak-agak separuh  masak baru di salutkan dengan bahan lain. Jadi nya proses menggoreng taklah lama sangat dan kekacang kita gerenti ranggup dan tak lemau.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili 
Ketepikan
Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi
Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.

 

Kalau kat rumah ramai yang suka pedas jadi untuk resepi kaknoor tambahkan cili flakes dua tiga sudu besar sesuai selera keluarga, yang tak suka pedas cukup lah sekadar cili merah dan cili kering tu ok...

Abaikan jari beso makcik tu ok, biasa lah jari tukang masak memang debab banyakkk...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home