All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk semua nya
ALHAMDULILLAH bersiaran lagi hari ni
Kali ni menu yang pertama kali jugak membuatnya
Biasanya kalau Baklava ni beli je, sebab macam rumit membuatnya.
Tapi bila ada anak yang request nak makan, google punya google tak lah susah sangat pun.



Inilah dia antara bahan kekacang yang kaknoor gunakan, pistachio, badam dan pecan yang telah di cincang kecil




BAHAN NYA
1 peket filo pastri
1/3 cawan pistachio cincang
1/3 cawan almond cincang
1/3 cawan pecan cincang
1 sudu kecil  lemon zest
1 sudu besar butter di cairkan
1/4 cawan madu
1/4 cawan ground cinnamon

CARA MEMBUAT FILO CUP
Untuk mendapatkan filo pastri cup ni, kaknoor gunting bulat filo pastri ikut sukatan cawan yang sesuai, kemudian masukkan dalam acuan tart atau acuan muffin,letak mentega sikit dibahagian bawahnya,  kemudian buatlah sampai tiga lapisan filo, boleh jugak letak telur antara lapisan tu, memang agak lambat sikit membuat cup ni, tapi mudah tak payah nak potong baklava nanti, mudah jugak nak makan. Buatlah secukupnya filo cup. Kemudian bakarlah dalam 10-15 minit  150'C atau ikut kepanasan oven masing-masing sehingga kekuningan.  Untuk adunan filling baklava ni kaknoor hanya dapat dalam 18 biji sahaja, kalau nak lebih terpaksa ganda kan bahan kekacang tu ya..


CARA MEMBUAT BAKLAVA BITES
Dalam bekas yang besar, masukkan lah kesemua bahan kekacang yang telah di cincang tadi, lemon zest, butter yang telah di cairkan, madu dan serbuk kayu manis. Kacau rata biar sebati. Kemudian susunkan lah filo cup dalam tray, sudukan agak-agak 2 sudu kecil dalam setiap cup atau nak lebih pun terpulang lah. Lepas tu bakar lah dalam oven yang telah di panaskan dalam  8-10  minit saja dalam suhu 150'C. Biarkan sejuk dan boleh lah di nikmati.

Penggemar kekacang memang BAKLAVA BITES the best SEDAPPPP




Close up sikit filling baklava ni, kaknoor paling suka pistachio jadi memang letak lebih lah di banding dengan yang lain, sebab kita yang buat dia kan sukahati tukang masak lah hehe..




Alhamdulillah dah boleh mamam memang tak sedar dua tiga cup dah termasuk dalam perut




Lagi free show dan  sessi jamu mata..




Memang tak cukup ni cornfirm mesti nak buat lagi lepas ni, untuk tetamu yang datang 



Sekarang ni mudah kan, teringat nak makan, atau ada anak-anak yang request nak makan itu ini, walaupun sebenarnya kita tak mahir sangat dan pertama kali jugak membuat ni, tapi dengan bertanya Pakcik Google semua nya jadi mudah, tapi kena lah study jugak dua tiga hari dan cukup bahan baru lah bersilat kat dapur..

ALHAMDULILLAH RAJIN DENGAN TAK JE KAN..


Assalamua'laikum warahmatullah
Hari ni kaknoor nak  kongsikan aktiviti orang orang tua ni
Suka sangat dengan cili scotch bonnet ni
Untuk makluman cili ni memang pedas giler ni sebiji pun dah berdesing telinga ni..
Benih ni jauh ni naik plane sayang kan kalau tak tanam!!
Biarlah gambar saja yang bercerita ya supaya you all tak boring sangat membaca.



















Alhamdulillah dah penat memasak, suka keluar rumah tengok cili cili ni, bila dah masak nanti kaknoor show lah lagi ok, masak ni ada dalam 10 lebih pasu cili scotch bonnet ni, mudahan lah kesemua nya sihat dan subur..




Assalamua'laikum warahmatullah
Salam jumaat yang berkah semoga semua nya sihat walafiat disamping family ya..
Alhamdulillah hari ni ada sedikit ruang untuk meletakkan resepi simple tapi sedap.
Kadang-kadang ada hari nya kita takde selera nak makan nasi
Jadi cari cari resepi yang agak mengenyangkan terjumpa resepi Roti Puri ni
Macam senang je bila baca resepi.
First time mencuba ni 
ALHAMDULILLAH TAK MENGHAMPAKAN

Kaknoor dapat resepi ni dari blog



Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum*
1sudu teh yis kering brand mauripan*
1sudu teh gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu teh garam*
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit dan uli lah sehingga sebati
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong, kaknoor timbang dalam 40 gm satu supaya sama rata.
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. 
7.  Buatlah sehingga habis semua di gelek.
8.  Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar dan gorenglah api sederhana saja tau! 
9. Goreng satu-satu, sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung.
10.Balik - balikkan dan gorenglah sehingga kekuningan angkat dan hidangkan dengan kuah kari.
11.Boleh jugak di makan dengan sambal bilis atau sardin terpulang selera.




Sedikit Tazkirah Hari Ni



Sedang rajin ni ambik step by step boleh lah rujuk pada yang rajin..


Selepas di campurkan semua nya, doh nya akan jadi macam ni lah..




Dapatlah sebelas ketul bola pingpong ni..




Tak payah letak tepung pun memang tak melekat..




Dah standby untuk di goreng..



Sebelum tu sediakan kuah kari dulu ya, kari ayam ke daging ke terpulang lah
Resepi kari ayam kaknoor boleh klik DISINI
Resepi kari daging pun ada kat SINI
Pilihlah mana yang suka atau nak buat kari sendiri terpulang lah..





Memang sedap di makan masa panas-panas terangkat telinga hehe..




Bolehlah try lagi bila masa ada hari yang kurang selera nak makan nasi, memang mengenyangkan lagipun taklah terasa berat sangat badan ni kalau makan roti macam ni..











Assalamualaikum warahmatullah...
Semoga semua nya sihat-sihat walafiat saja dalam menjalani kehidupan seharian.
Resepi hari ni adalah satu dessert yang sangat ringkas daripada pisang dan nutella
Jom semak resepi di bawah ya..



Sedikit tazkirah untuk hari ni..
Semoga bermanafaat untuk semua..






Bahan yang di gunakan hanya pisang jenis pun asalkan yang agak besar supaya senang di letakkan nutella, nutella secukup nya, sedikit tepung gandum dan tepung jagung untuk jadikan batter dan minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara nya, potong pisang lebih kurang 2 inci, kemudian guna straw yang agak besar, lubangkan di tengah nya, kemudian picitkan nutella kedalam lubang pisang secukupnya, buatlah sehingga habis. Kemudian buatlah bancuhan batter, masukkan sedikit tepung gandum dan tepung jagung. Bagi yang kurang tau sukatan nya boleh lah ke SINI untuk sukatan batter tu ya..Kemudian celupkan pisang yang telah di letakkan nutella di tengah tadi ke dalam batter dan goreng lah macam biasa kita goreng pisang.  Sedap dimakan ketika suam- suam panas untuk mendapatkan nutella yang cair..

Sukatan pisang dan nutella terpulang sendiri lah 
Yang suka mesti nak buat banyak supaya puas makan hehe..



Rangup di luar dan lembut didalam di tambah dengan rasa nutella yang hmmm susah nak cakap tak cukup satu slice ni..



Satu lagi resepi dari nutella dan pisang ni ada lah..
Sediakan pisang madu secukupnya atau pisang pilihan sendiri lah..
Roti pratha yang telah di masak terlebih dahulu beberapa keping
Akhirnya nutella, yang tak suka nutella boleh jugak menggunakan peanut butter sebab kita yang buat dia kan terpulang selera lah..

Cara nya, letakkan roti pratha yang telah di masak tadi, jangan terlalu garing sangat ya, nanti susah nak gulung, kemudian sapukan lah nutella pada seluruh roti pratha, letakkan pisang di ujung roti dan gulung lah sehingga kemas, buatlah sehingga habis roti dan pisang. Biarkan sekejab beberapa minit supaya nutella pisang dan roti pratha tu sebati, kemudian baru lah di potong dan boleh lah di jadikan dessert petang atau pagi terpulang selera sendiri.




Dessert mudah dan murah 
Anytime pun boleh makan kan, disamping sihat jugak ni kan 



Terimakasih untuk anakanda mama bagi pinjam tangan tu, kalau tak susah mama nak ambik gambar takde yang nak pegang hehe...



Assalamua'laikum warahmatullah untuk semua yang sudi singgah disini.
Alhamdulillah di petang jumaat yang mulia dapat bersiaran lagi.
Ni projek dari petang semalam, sebab ada yang teringin nak makan 
Nasi Daging, cari cari rempah readymade kat supermarket tak ada
Jadi terpaksa kaknoor rajinkan diri "menggoogle" maka dapatlah resepi rempah homemade ni
Dari blog IZA AKMA jazakallahu khairan Iza kaknoor copy resepi rempah ni
Tapi kaknoor ubah sikit ikut selera family kaknoor ok.



Ini lah semua bahan bahan rempah homemade yang kaknoor gunakan

BAHAN REMPAH

1 sudu besar biji ketumbar *kaknoor guna yang dah diblend sebab dah out off stok 
2 sudu besar jintan putih *suka sangat wangi jintan putih jadi kaknoor letak dua sudu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji lada hitam
1 sudu besar biji halba
1 batang kulit kayu manis *nak lebih pun ok lebih wangi
2 biji buah keras di tumbuk dulu ya..
2 - 3 biji badam *kaknoor guna yang flakes sebab takde yang biji
1 inci halia dihiris nipis 
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Semua bahan bahan di atas di goreng // sangai tanpa minyak sehingga wangi kemudian di mesin sehingga halus, dan disimpan dalam bekas yang sesuai lah..



Camerawoman nya sedang rajin tu berfoto-foto dengan segala rempahan tu hehe..




Biji lada hitam, biji halba dan serbuk ketumbar




Jintan putih dan jintan manis



Wangi sangat rempah homemade ni tau, apa lagi lepas mengisarnya semerbak dapur maktok..



Alhamdulillah dah siap rempah baru lah boleh memasak nasi pulak kan..



Ini lah dia SET NASI DAGING UTARA  dah macam macam ada dah kat sana tu




CARA MEMASAK NASI DAGING UTARA

BAHAN NYA
1 kg daging dipotong sederhana besar, direbus untuk mendapatkan stok daging.
6 cawan beras basmathi di rendam lebihkurang 15 minit toskan..
Secukupnya daun pudina 
Secukupnya bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
3 sudu besar rempah nasi daging homemade
3-4  sudu besar mentega *boleh jugak guna minyak sapi
7  cawan air * ikut jenis beras basmathi yang kita gunakan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 biji buah tomato kisar bersama 1/2 cawan air
Sedikit garam 

1 inci halia, 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar di tumbuk untuk menumis 

CARA MEMASAK NYA

Panaskan mentega dalam periuk dan tumislah bahan tumbuk tadi.
Masukkan juga segala jenis rempah tumis dan daun pudina
Boleh jugak guna daun pandan untuk gantikan daun pudina
Kat rumah kaknoor banyak sangat daun pudina sampai melimpah ruah jadi itulah sebabnya kaknoor guna daun pudina saja daripada membazir tak berguna ye dak!!!
Bila bahan tumis tadi dah wangi masukkan daging, rempah nasi daging homemade, tomato puree,  susu cair dan jus tomato jugak sedikit garam
Kacau rata dan masukkan jugak stok daging atau air  bersama dengan beras
Masaklah nasi seperti biasa dengan menggunakan api sederhana, atau boleh jugak masukkan dalam Rice Cooker atau Noxxa terpulang lah




Daging yang dimasukkan dalam nasi tu di keluarkan dan dihiris nipis siap sedia untuk di cicah bersama air asam tomato.




Ini daging "Lalap" kata orang Brunei, kalau tak salah Kaknoor daging yang telah diperap dan di salai, yang ni bukan kaknoor buat, ni beli kat tamu Tutong.. Yang hijau dan putih tu brokoli dan cauliflower yang di goreng tempura, selera macam-macam kat rumah kaknoor buat saja janji ada yang happy.






Ini Air Asam cara kaknoor, sebab dalam rumah kaknoor, tak suka belacan, tak suka kerisik, walaupun tukang masak nya hantu belacan, hantu kerisik, terpaksa ikut majoriti lah, takpa biarlah tukang  masak berkorban ikut selera boss dan anak-anak.

Air asam kaknoor, hanya guna tomato yang dihirs, cilipadi + cilibesar di kisar, agak agak je nak pedas letak banyak lah, air limau kasturi, bawang besar yang di hiris, semua nya di gaul rata, tambah garam dan sedikit gula, itu je dah siap..




Ni pulak kerabu umbut hutan, rasa nya masam masam pahit, ikut sukahati tangan je nak letak apa apa lebihkurang macam air asam jugaklah bahan nya..




Ini pulak hidangan untuk yang tak makan daging, terpaksa kaknoor buat nasi guna ayam, tapi rempah nya guna rempah homemade lah..




Alhamdulillah asalkan semua nya happy tukang masak tak kisah, penat sikit berbaloii semua nya ada yang suka makanan kegemaran masing masing..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya adik adik kaknoor yang masih sudi singgah disini
ALHAMDULILLAH masih di beri kesempatan untuk ke udara hari ni
Resepi hari ni tersangat lah mudah nya, yang kadang kita tak terfikir jugak.
Semalam jenjalan di Pinterest ternampak resepi ni, kebetulan dah ada wantan, jadi terus lah hari ni merajinkan diri, agak lambat jugak membuat tapi senang dan sedap, boleh lah try nanti ya..





Kita yang perlukan 4 bahan sahaja

Kulit wantan secukup nya
Sosej terpulang lah nak ayam ke daging
Minyak untuk menggoreng
Sos pilihan lah nak pedas ke manis


Cara nak buat pun mudah sangat

Potong sosej bulat agak agak dalam 1/2 inci, kemudian lubangkan dengan menggunakan straw besar yang agak keras tu, lubangkan lah secukupnya sosej tu.  Kemudian ambik sekeping wantan, lipat macam kipas, jangan besar sangat lipat agak agak dapat masuk dalam lubang sosej kita tadi. Buatlah sehingga habis wantan dan sosej.  Lepas tu gorenglah sehingga kekuningan. Sediakan sos pilihan dan yeyyy dan boleh menikmati nya panas panas....

MUDAH DAN SEDAP MESTI CUBA NI BUAT KUDAPAN


Cantik kan riben tu, gerenti sekejab je licin ni



Sos ni campuran tiga sos, sos Thailand extra hot, sos ABC jugak extra hot dan sos Maggi
Terpulang pada pelanggan yang nak makan gabungan sos kegemaran..



Membuatnya agak lambat, tapi bila makan nya aduhhh tak sampai 5 minit dah habis sepiring ni, boleh cuba mesti nak berkali kali...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home