All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat pada semua nya.
ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH dapat lah bersiaran hari ni
RASA NYA resepi hari ni adalah yang terakhir untuk tahun 2017 kot
Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun 2018
Umur dah semakin banyak, amalan terasa macam kurang je kan
Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang berpanjangan 
Supaya dapatlah berbuat sedikit amalan yang mana ketinggalan zaman dulu-dulu tu kan...
ALLAHUMMA AAMIIN..




Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi muffin mudah je pun asalkan ada pisang dan nutella
Sebab bahan lain rasa nya memang dah sentiasa ada kat rumah kan!!
Lebihan pisang ni sebenarnya, dah buat cucur pisang cheese segala tapi belum jugak habis nya
Cari punya cari punya cari terjumpa resepi ni kat Pinterest macam senang jugak
Jadi kaknoor try lah dan Alhamdulillah memang sedap..
Boleh lah cuba pada yang suka muffin ok..






BAHANNYA
2cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji pisang sederhana besar di kisar
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
1 biji telur A
1/4 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kacang pecans
Nutella
*kacang pecans kaknoor ganti dengan chocolate chips

CARA NYA
Panaskan oven 350'F atau lebihkurang 160'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Dalam mangkok sederhana ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang,telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuiran tepung.
Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tins tu..
Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
Buatlah ikut kreativiti sendiri ya nak lorek macamana pun asalkan cantik hehe..
Bakarlah didalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
Bila dah masak boleh lah di keluarkan dari oven dan di hidangkan..




Dalam rumah kaknoor ada yang tak suka kekacang jadi terpaksa lah guna chocolate chip sebab nak bagi semua nya dapat makan, tukang masak sebenarnya memang HANTU KACANG tapi kena lah berkorban sesekali kan!!




CLOSE UP sikit nak bagi terliur siapa yang memandang tu hehee
Dan supaya jadi rajin membuat nya hehe..



Memang tak menghampakan rasa muffins ni, lembut dan berchocolate, kalau letakkan kekacang rasa nya memang lebih terangkat lagi ni, suatu hari In Shaa Allah kaknoor nak try yang letak kekacang pulak, ini khusus untuk tukang masak SAHAJA dan siapa saja pencinta KEKACANG..

SELAMAT MENCUBA YA



Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah malam ni bekesempatan berada di ruangan ini
Sebenarnya Masak Tempoyak Petai dah lama masak
Dah habis pun makan dan buang hehee
Cuma masa tak mengizinkan untuk update masa buat tu
Tapi kali ni agak ringkas sebab kak Noor masak tak lengkap sangat macam dalam resepi tu
Kak Noor hanya menggunakan Pucuk Ubi dan Petai sahaja, yang lain tu takde hehe
Tapi masih sedap di gandingkan dengan lebihan nasi biryani tu..





BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..




Resepi asal memang agak banyak menggunakan bahan, tetapi kalau tetiba teringin nak makan tapi bahan tak cukup, hati meronta nak jugak, jadi apa yang ada lah kaknoor masukkan, pandai-pandai kurangkan lah bahan tumbuk nya tu ya..




Kali ni Kak Noor hanya menggunakan pucuk ubi dan petai  sahaja sebab dah nampak macam sedap bila di gandingkan dengan lebihan nasi biryani jugak homemade tau..




Kalau ada yang tak suka petai boleh saja lupakan ya
Just letak pucuk ubi atau daun-daun fav sendiri..
Tapi jangan lupa cilipadi ya baru kick sikit




Ini selera orang veteren lah, orang muda mungkin tak pandang benda macam ni
Orang veteren dah jemu makan ayam daging dan sewaktu dengan nya
Jadi bila makan daun-daun macam ni memang terlebih sedap rasa nya...



Assalamua'laikum warahmatullah untuk yang selalu singgah di blog ni
Jutaan terimakasih kaknoor ucapkan pada mereka yang tak jemu-jemu berkunjung kesini
Alhamdulillah semalam 8 Disember 2017 kaknoor menerima jemputan dari Pusat Belia
Untuk membuat demo masakkan untuk para belia disini.
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun mula nya agak gugup dan segan hehe
Al Maklum lah bukan tugas kaknoor bercakap dengan pelajar macam tu
Biasa memasak didapur  tak payah pun bercakap dengan periuk pinggan segala
Ini tetiba kena suruh  bercakap memang lah agak segan kan..
Tapi dengan sokongan anak-anak Alhamdulillah semuanya beres..
Biarlah gambar di bawah ni menceritakan segala nya ya..


Tukang masak yang sedang gugup tu membaca resepi karipap


Tak senang berdiri duduk lagi makcik tu hehee
Ni sebelum sessi demo sementara menunggu peserta semua hadir

Anakanda yang bertudung putih tu yang mempelawa kaknoor untuk membuat demo ni, terimakasih Fizah sekurangnya aunty ada pengalaman sikit, sorry segala kekurangan aunty ok..


 Terimakasih untuk anakanda Maisarah yang menemani mama semasam sessi demo tu
kalau tak segan jugak kan sorang-sorang kat depan tu..


 Sedang tekun membuat doh karipap makcik tu..









 Anakanda kaknoor yang datang memberi sokongan moral hehee


 Perserta turut sama menggulung dan menggelak karipap


 Anak-anak belia yang bersemangat sekali membuat karipap pusing, tapi normal lah kalau pertama kali mencuba karipap kurang cantik, IN Shaa Allah kalau selalu praktis pasti menjadi, jangan putus asa ya anak-anak aunty semua..




Alhamdulillah 2 biji ni je yang kaknoor buat, yang lain semua nya anak-anak belia yang buat, Alhamdulillah ada yang boleh tahan jugak menjadi nya, dan ada jugak yang sebalik nya, tapi takpe first time kan, mana ada orang belajar sekali terus pandai kan!!!


Setiap peserta akan dapat salinan resepi Karipap Pusing Kak Noor


 Alhamdulillah tiga kumpulan terbaik membuat karipap yang cantik dan kemas akan mendapat buku Resepi Blogger kaknoor, tapi yang tak dapat tu boleh je beli Popular di Malaysia ya, samaada di Miri ke KL ke atau dimana saja kedai Popular In Shaa Allah ada buku tu ok..


 Macam perempuan je bertekun tekun ni kan...


 Apa pun tahniah yang telah berjaya ya, yang tak berjaya cuba lagi mana tau next time kena panggil demo lagi Practice Makes Perfect kan, cuba dan cuba lagi..


Alhamdulillah sessi bergambar ramai dengan para peserta dan AJK Pusat Belia
Maaf segala kekurangan aunty ok,..
Sesungguhnya yang nama nya Insan tu memang tidak pernah sempurna kecuali 
ALLAH YANG MAHA ESA

Assalamua'laikum warahmatullah
Selamat pagi pada semua yang masih setia dengan blog ni
Semoga kita semua didalam keadaan sihat walafiat dalam menjalankan aktiviti harian
Alhamdulillah di pagi isnin ni ada sedikit ruang untuk mengupdate blog yang dua tiga hari sepi
Kekadang masa sangat mencemburui untuk masuk kesini
Banyak yang lebih meminta perhatian, biasa lah jadi menteri macam-macam hehee..

Pada yang dah ada pisang tu boleh lah try Pisang Cheese bersama Sos Karamel memang terlajak sedap, semua rasa ada kat sini, tak percaya boleh cuba sendiri..




Untuk resepi pisang goreng nya.

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit kunyit
2 sudu besar minyak panas/mentega/planta
secukup nya air sejuk agak-agak pekat lah utk salutkan pisang tu
Cheddar Cheese untuk di taburkan di atas pisang

Cara nya

Gaulkan je semua nya,  akhir sekali letakkan minyak panas yang telah stanbye utk kita goreng pisang tu, sebelum masukkan pisang, letakkan sikit minyak dalam bancuhan tepung untuk merangupkan lagi gorengan kita. Gorenglah pisang yang telah di hiris nipis, salutkan pada tepung sehingga kekuningan dan tos kan.

Untuk menghidangkan nya, susunlah goreng pisang tadi didalam pinggan, sudukan sos karamel keseluruh pisang, taburkan cheese yang telah di parut, goreng pisang cheese dah boleh di nikmati
Bismillah..




Untuk merangupkan lagi pisang tu, jangan potong tebal pisang tau!!
Mesti agak nipis, kaknoor kalau pisang yang sederhana besar tu akan di belah 3-4 
Memang agak susah untuk kita salutkan tepung bila nipis tapi hasil nya terbaik..




Sangat sedap dimakan ketika masih panas atau suam-suam kuku tu, tak sedar beberapa keping pisang dah hilang

Resepi Sos Karamel ni kaknoor ambik dari Pinterest, memang best kalau kita ke Pinterest disamping gambar nya yang menarik, resepi kat sana memang banyak yang best dan selalu teruja nak mencuba, Alhamdulillah bila dah cuba sangat menepati citarasa..




Bahan Sos Karamel
1/4 cawan air
1 cawan (200gms) gula putih
2/3 cawan( 160 gms ) heavy cream
3 sudu besar butter ( 45 gms )
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh garam 

Cara nya
Masukkan air dan gula dalam periuk dengan api yang sederhana
Kacau rata sehingga gula larut dan berbuih
Dengan api dapur yang kuat kacau perlahan adunan gula sehingga bertukar warna
Bila dah berwarna kekuningan/keemasan tutup api dan alihkan periuk
Masukkan heavy cream kacau rata, kemudian butter, vanilla dan garam
Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan sejukkan
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan dalam petiais
Adunan akan menjadi lebih pekat bila kita keluarkan dari petiais




Sos Karamel ni memang tahan lama kalau kita letakkan dalam petiais, cuma akan jadi bertambah pekat bila lama-lama dalam petiais, tapi jika nak guna hanya masukkan dalam microwave dalam seminit dah cair semula, atau kalau takde microwave boleh biarkan di suhu bilik 30 minit, sos ni akan cair dan mudah di gunakan..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA ADIK-ADIK KAKNOOR YA..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home